Harakah DailyAdakah wujud unsur diatur dalam keputusan mahkamah?
Abdul Aziz Mustafa Fri May 22, 09 6:26:51 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) Dengan mengemukakan maklumat yang diterimanya sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan adakah wujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
Mahkamah rayuan petang ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.
Menurut Husam, posting beliau dalam blognya tiga hari lalu telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.
"Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis Barisan Nasional (BN) sekali lagi Isnin atau Selasa ini.
"Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan ini?
"Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini," katanya. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : PAS sudah mula mendendang irama lama. Menang adil, kalah tak adil. Menang sah, kalah diatur. Kenyataan Dato Husam di dalam blognya : http://cetusan-hati.blogspot.com/. amat bahaya dan satu fitnah dan menghina badan kehakiman.
2. Inilah kedangkalan para pemimpin tertinggi PAS. Kebanyakkan pemimpin mereka ini tidak menghormati langsung pandangan dan pendapat orang lain. Mereka akan menghormati dan mendengar pandangan pihak lain sekirannya pandangan dan pendapat itu sama dan ia memberikan keuntungan kepada mereka.
3. Mereka ini hanya mendengar nasihat dann pandangan dari pegum serta mereka yang berpihak kepadanya sahaja. Sebab itu pandangan mereka jumud dan terkongkong dan sebab mereka kerap tewas dalam banyak perdebatan di mahkamah dan politik. Ini kerana juga mereka merendahkan kebijaksanaan orang lain / lawan.
4. Juga kita lihat dalam krisis Perak ini, DAP dan peguam mereka hanya diam dan sebagai pemerhati sahaja. Mereka membiarkan peguam PAS bermatian di mahkamah. Kita lihat dalam hal ini samada Karpal Singh, Gobind dan Jagjit Singh, hanya dia membisu. Apa sebabnya.
5. Pada pandangan PG , mereka tahu kes ini memang kebenarannya kepada BN. Mereka membiarkan dan melihat kebodohan PAS melalak kesana- kesini memperjuangkan kerusi MB yang hanya diperolehi belas ehsan DYMM. Jawatan MB yang jatuh dari langit. Memang mereka / PAs tak jangka jadi MB .
6. Oleh sebab itu, bagai nak gila mereka mempertahankannya dengan alasan tindakan yang begitu dangkal dan keanakkan.
7. Lihatlah dalam ulasan Dato Husam ini. Beliau seolah tahu kesemuanya dan seolah Pak Nujum.
8. Beliau juga mengatakan memperolehi maklumat bahawa keputusan kemenangan ini telah di aturkan. Kepada SPRM dan Peguam Negara serta pihak PDRM, siasat perkara ini. Kertas siasatan perlu dibuak berkaitan kenyataan Doto Husam ini di dalam Harakah dan di blognya ini. Jika maklumat yang dikatakan diperolehinya ini ( bukan ramalan ) dan jika tidak benar, maka satu tindakan menghina mahkamah/fitnah boleh diambil ke atasnya.
9. Jika dibiarkan maka , Bandan Kehakiman tidak lagi dihormati selepas ini. Jangan biarkan mereka membaling batu sembunyi tangan. Ajar mereka ini tentang tanggung jawab dan bertanggung jawab atas tulisan dan kenyataan mereka. Bukan sedap cakap aje.
10. Semua aspek undang-undang telah ada / lengkap di negara ini. Cuma kelemahannya ialah penguatkuasaan oleh pihak berwajib. Itulah yang menjadi punca ramai dari mereka ini mula besar kepada dan biadap terhadap semua perkara.
11. Bertindaklah segera.
