
Utusan Malaysia
Raymond Tan sah sertai Gerakan
05/05/2009 11:00am
05/05/2009 11:00am
KOTA KINABALU 5 Mei - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang kini berhadapan dengan desakan supaya meletak jawatan, hari ini mengumumkan menyertai Parti Gerakan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Merdeka di sini hari ini. - Utusan
Penghuni Gua : Tahniah Datuk. Sabah tidak pernah mengecewakan. Tugas pertama Datuk ialah perbetulkan juga otak pemimpin Gerakan biar dapat menyerap konsep 1 Malaysia. Kepada PM, bolehlah difikirkan juga sedikit lagi hadiah atas pengorbanan besar wakil rakyat Sabah yang terus setia kepada kerajaan.
Berilah peruntukkan Menteri kepada Sabah lagi satu. Apalah sangat kalau beri lagi satu jawatan Menteri atau Tim. Menteri kepada mereka. Beri kepada pemimpin komponen BN yang kalah pun pun bukan boleh mendatangkan hasil atau dapat memperbaiki parti dan kerajaan. Menyusahkan lagi ada le.
Jadi pertimbangkanlah secara serius. Setidaknya , berilah peruntukkan yang besar untuk pembangunan jalanraya dan kemudahan asas Sabah yang amat jauh ketinggalan berbanding dengan kawasan pembangkang di Semenanjung. Berikan kepada kawasan ini pun bukannya mereka tahu berterima kasih. Jadi peruntukkan tersebut lebih baik di alihkan sedikit ke Sabah atau kesemuanya. Berbaloi.
Apa pun , tahniah kepada Datuk Raymond. Selamat datang ke barisan hadapan dan tingkatkan KPI pemimpin Gerakan di Semenanjung. Rendah sangat KPInya.
