KUALA LUMPUR 29 Sept. – Majlis Peguam menggesa pihak berkuasa menyiasat segera kes seorang paderi yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
Presidennya, Ragunath Kesavan berkata, jika siasatan terhadap kes tersebut dilengah-lengahkan, ia bakal menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan umat Islam.
Jelas beliau, pendakwaan di mahkamah juga perlu disegerakan sekiranya terbukti paderi terbabit bersalah agar semua berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan pihak berkuasa.
‘‘Dalam kes tersebut, Majlis Peguam berpendapat bahawa penggunaan Akta Hasutan adalah tidak relevan kerana akta berkenaan dilihat tidak objektif.
‘‘Justeru, tindakan harus dilakukan dengan mengguna pakai peruntukan Kanun Keseksaan Seksyen 298 iaitu mengeluarkan perkataan dengan sengaja untuk mengguris hati orang dalam sesuatu agama.
‘‘Seksyen 298A iaitu menyebabkan rasa tidak damai, perpecahan dan rasa tidak senang hati, prejudis kerana alasan agama juga boleh dikenakan. Kedua-dua seksyen itu lebih spesifik berbanding Akta Hasutan. Oleh itu, pihak berkuasa perlu melakukan siasatan dengan segera,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Terima kaseh Majlis Peguam. Ini kerana pendiriannya yang mendesak agar paderi ini dikenakan tindakan sedemikian.
2. PG bukan nak lebih-lebih dan mengecam Majlis Peguam selama ini pun bukan apa. Majlis Peguam sepatutnya seperti ini. Cakap apa yang patut cakap dan desak apa yang patut. Barulah Majlis akan dipandang tinggi dan berada di pihak yang benar. Kami pun bukan nak lebih. Kami cuma pertahankan hak kami.
3. Kami bukan nak ganggu hak orang lain.
4. Terima kaseh Majlis Peguam. Terima kaseh Regavan. PG amat setuju dengan saranan Majlis Peguam. Paderi ini bukan disiasat di bawah Akta Hasutan tetapi wajib di siasat di bawah seksyen 298 kanun keseksaan. sumbat paderi ini di penjara. Itu aje tempat yang sesuai untuk paderi ini.
Nota : Tarbiyah PAS selama ini masih tak berkesan. Atau semua ini kerana PAS dan sebahagian pemimpin Melayu islam dalam PKR yang terlalu memberi muka dan membuka ruang yang luas sangat serta terlalu liberal dalam semua perkara agama. Khalid Gereja mungkin ada jawapannya. DSAI jangan cakap lah. Semua boleh. Semua ini kerana merekalah sebab sebahagian ini terjadi !!!!!
