Utusan Malaysia
SMS bawa keluar Sabah: Pembangkang terdesak
SANDAKAN 11 Mac — Parti pembangkang kini dalam keadaan terdesak meraih
sokongan rakyat di negeri ini sehingga sanggup menggunakan isu yang mustahil
untuk dilaksanakan.Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, parti pembangkang berani
menggunakan banyak isu kerana mereka hanya pandai bercakap dan tidak mampu untuk
melaksanakan janji yang dibuat.
"Ada di antara isu yang mereka gunakan itu sangat berbahaya tanpa mengambil
kira keadaan keselamatan negara dan keamanan yang dinikmati,” katanya kepada
pemberita selepas merasmikan majlis Penerangan Perdana UMNO Zon 5 di sini, hari
ini.
Beliau diminta mengulas berhubung penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) di
negeri ini yang menyatakan sebuah parti pembangkang menyokong tindakan untuk
membawa Sabah keluar dari Malaysia jika memerintah Putrajaya.
Sehubungan itu, Musa mahu rakyat di negeri ini supaya bijak menilai isu-isu
yang dibawa oleh parti pembangkang yang hanya mahu memesongkan pemikiran mereka
untuk meraih sokongan.— BERNAMA
Penghuni Gua : Inilah peri pentingnya ISA. Ia penting untuk menangani isu-isu keselamatn beginilah. Pengkhianat sebegini perlu di ajar dengan ISA aje.
2. Mereka inilah yang nak pecahkan negara. Bukan apa ... hanya nak dapat sokongan politi . Jadi mereka sanggup buat apa sahaja. Ia melibatkan pihak di Sabah dan satu parti mangkok dan sampah dari Semenanjung.
3. Kepada kerajaan... ambil tindakan segera untuk ISA kan mereka ini. ISA masih lagi berkuatkuasa. ia masih belum dibatalkan oleh parlimen. PM hanya mencadangkan ISA untuk dibubuar. Tapi masih belum bubar selagi parlimen belum batalkannya.
4. PDRM!!!!! Ambil tindakan segera. SMS amat berbahaya!!!!!! ISA kan mereka ini !!!!! Jangan mengira siapa !!!!!
