Di bawah ini disertakan gambar-gambar pengeboman masjid-masjid yang berlaku di Pakistan akibat persengketaan mazhab Sunnah vs Syiah. Kedua pihak mengebom masjid dipihak satu lagi. Begitulah perulangan berlaku ( lebih dari 10 tahun ) . Beribu jemaah yang tidak berdosa dari kedua mazhab dan aliran ini terkorban.
2. Siapa lebih syahid? Atau siapa yang syahid? Sunnah mengatakan mereka syahid , syiah pun mengatakan jemaah mereka mati syahid. Sikafir hanya gelak sehabis suara. Kah , kah , kah , kah..
3. Semua ini berlaku kerana setengah pihak merasakan pegangan agama islam mereka lebih islam dari yang lain. Jika berlainan dalam perkara cabang pun , terus dianggap kafir. Maka terjadilah perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Siapa penggeraknya? Penggeraknya adalah para ulama samada secara langsung dan tidak langsung.
4. Ini juga terjadi kerana ulama berlebih sangat dan berlumba nak jadi umarak. Sepatutnya ulama hanya menasihati umarak. Jika ada yang baik untuk jadi umarak ok lah juga. Ulama tak semistinya menjadi umarak. Ulama sepatutnya mendamaikan pihak-pihak bertelagah ini. tetapi apa yang berlaku di Pakistan ( sudah lebih dari 10 tahun, tiada nampak cahaya perdamaian ).
5. Ulama hanya pandai mencipta persengketaan . Hendak mendamaikan langsung tidak ada. Yang mereka tahu hanya salah menyalah antara satu sama lain. Akan ada yang akan dikambing hitam untuk menghalalkan tindakan ganas mereka.
6. Itulah sebabnya , pada pandangan PG, Allah masih belum lagi merestui dan memakbulkan doa golungan ini untuk memerintah secara total. Sesama beragama dan sesama ulama pun tidak pandai mencari titik perdamaian . Bukan dalam perkara politik pun. Dalam perkara titik bengik dan hal kehidupan harian dan hal-hal cabang dan fardhu kifayah pun mereka berbunuhan.
7. Gulongan ini pun bersepah di Malaysia. Termasuklah ulama yang sibuk berpolitik melebihi dari menyeru kepada kebaikan dan persaudaraan. Tapi jika ditegur pun tak boleh, nanti terus dikafirkan. Adalah ayat dan hadith bagi mengkafirkan mereka yang tidak menyertai kumpulan mereka.
8. Jadi berfikirlah kita secara bebas. Jangan lah sekali-kali membenarkan kepala dan minda kita dikongkong oleh mereka yang merasakan mereka lebih islam dari orang islam yang lain.........Amin.
9. Lihat gambar - gambar masjib yang di bom di bawah :








