FOLLOWERS

Showing posts with label JENAYAH / LIWAT DNA DSAI. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH / LIWAT DNA DSAI. Show all posts

Saturday, 5 March 2011

DNA : MUNGKIN CARA AMBIL " SALAH " TETAPI KEPUTUSAN DNA BETUL DAN TEPAT !!!!



Dipetik dari blog : Malaysia Instinct com



Blog-blog hari ini melaporkan bagaimana Anwar berceramah dengan nada baran, bengang dan geram di Merlimau.

Nampaknya Anwar tidak dapat lagi mengawal diri untuk terus berlakon tenang, tersenyum dan berceramah penuh falsafah di hadapan orang ramai.

Kalau selama ini kita menyaksikan bagaimana wajah Anwar berubah menjadi semakin hitam setiap hari, maka kita bakal melihat pula bagaimana sikap Anwar juga akan berubah hilang kawalan dari sehari ke sehari bermula dari hari ini.

Puncanya tidak lain tidak bukan ialah pengesahan mahkamah berkenaan DNA ‘Lelaki Y’ yang bertepatan dengan DNA dirinya. Kerana itu Karpal Singh, peguam hidup dan mati Anwar juga telah kehilangan punca dan arah berhujah.

Karpal tidak mampu lagi mempertikai bukti DNA. Satu-satunya pilihan yang ada hanyalah mempertikai cara sampel DNA diperolehi dengan menuntut ‘perbicaraan dalam perbicaraan’ mengenainya.

Nampaknya Karpal tidak lagi berusaha membuktikan Anwar tidak bersalah tetapi hanya berminat untuk mencari kesilapan sampingan di pihak pendakwa.

Apa yang pasti ialah, DNA Anwar mungkin boleh diperolehi dengan cara paling kotor dan paling jahat.

Malah Anwar mungkin dibelasah separuh mati untuk memperolehi sampel DNA darinya.

Dan Karpal mungkin berjaya membuktikannya sehingga polis yang bertanggungjawab ditangkap dan dihukum kerana mendapatkan DNA secara salah.

Namun, keputusan ujian DNA itu tetap tidak salah. Iaitu sampel yang diperolehi secara salah dari Anwar itu adalah sama dengan sampel DNA yang diperolehi dari dalam dubur Saiful.

Dalam ertikata lain, sahlah hari ini bahawa Anwar telah meliwat Saiful.

Hanya penyokong-penyokong tegar yang benar-benar bahlol sahaja yang tidak memahami bahawa walau apapun keputusan ‘perbicaraan dalam perbicaraan’ itu nanti pada hakikatnya Anwar telah pun dibuktikan bersalah oleh mahkamah dan peguamnya sendiri juga sudah tidak lagi mempertikaikannya.

Penghuni Gua : PG setuju dengan penulis, " mungkin " cara DNA diambil salah ( apada pandangan karpal lah , tak salah sebenarnya ), tettapi keputusan DNA takkan silap. DNA lelaki mungkin sama dengan seorang lelaki lain ialah 60 billion keberangkaliannya. Bagi wanita 70 billion keberangkalian persamaan antara mereka.

2. Bagi cap jari lelaki, 6 juta keberangkalian sama dengan cap jari seorang lelaki sain. Sementara wanita keberangkalian persamaan ialah 7 juta sahaja. Takat ini seluruh dunia tak ada lagi dijumpai cap cari manusia ini sama. Itu cap jari yang juta aje.

3. Ini DNA yang keberangkaliannya 60 billion. Bukan juta kawan-kawan. Tapi 60 billion. PG pun sanggup bagi air mani PG kepada ahli kimia liwat DSAI bagi dibuat ujian . Mungkin DNA PG sama kot dengan DNA air mani DSAI. Nak? datang le ambil. Atau emailkan kepada PG jika setuju. Tak ada masalah. Jika DNA PG sama dengan air mani Y yang dijumpai di dalam jubur Saiful, PG rela dituduh meliwat Saiful.

4. Kalau nak , datang le? Tak gitu?

Nota : Bill Clinton bekas presiden US pun kantoi DNA air maninya ada pada seluar dalam Monica Lewensky. Cuma mangkok-mangkok Melayu peminum air kencing DSAI aje yang buta mata dan mata hati mereka. Itu le, belajar satu perkara aje dan dengar ceramah PAS dan PKR aje. Otak pun tertutup.

PETA PELAYAR