FOLLOWERS

Showing posts with label JENAYAH / PDRM. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH / PDRM. Show all posts

Tuesday, 16 March 2010

PDRM : TERUSKAN TEMBAKAN ANDA !


KUALA SELANGOR: Polis awal pagi tadi menembak mati tiga anggota termasuk percancang utama kumpulan Geng Gondol iaitu kumpulan pecah rumah dan samun yang sangat dikehendaki selama ini.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira 3.30 pagi di kawasan kolam tadahan air hujan di Tasik Kota Puteri, Ijok dekat sini.Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, kumpulan terbabit menjadi buruan polis sejak sebulan lalu.

Anggota kumpulan itu turut terbabit dalam dua kes samun di tiga buah rumah di Kuang dua hari lepas. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah PDRM. Teruskan tembakan anda. Musnahkan perosak negara dan masyarakat ini.

2. Persetankan dengan pejuang penjenayah ini yang kerap mempertikai tindakan anda. Berjuta lagi masyarakat awam di luar ini masih mendokong anda. Pedulikan kepada loyar-loyar burok dan pejuang hak penjenayah ini. Hak awam perlu diutamakan.

3. Sekali lagi, Tahniah PDRM. Teruskan tembakan anda. Kami akan terus doakan kesejahteraan anda.

Wednesday, 14 October 2009

TAHNIAH PDRM : 2 HARI BERTURUT PENJENAYAH DITEMBAK MATI !





BUKIT MERTAJAM 14 Okt. - Polis menembak mati seorang wanita anggota geng samun bersenjata api yang sangat dikehendaki dalam kejadian berbalas tembak di Taman Pearl di sini, malam tadi.

Ketua Polis negeri Datuk Ayub Yaakob berkata, wanita berusia 34 tahun yang dipercayai mempunyai hubungan dengan ketua kumpulan terbabit adalah rakyat Thailand dan berdasarkan rekod dia terlibat dalam beberapa kes jenayah seperti samun bersenjata api, culik dan pengedaran dadah. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah PDRM kerana dalam 2 hari berturut-turut telah berjaya menembak mati 4 pnjenayah yang amat kejam dan amat dikehendaki.

2. Semalam di Subang Jaya dan di Goh Tong Jaya pihak polis bejaya menembak mati 3 penjenayah dan hari ini seorang lagi berjaya ditembak mati.

3. Teruskan tembakan anda dan jangan takut serta gentar kepada sebarang kumpulan termasuk pejuang hak asasi penjenayah ini. Mereka semuanya sudah bisu disebabkan nyawa mereka sendiri mula terancam.

4. Jika tidak, dulunya pantang PDRM menembak mati penjenayah, maka melalaklah pejuang-pejuang hak asasi penjenayah ini . Si Pejuang dan pelupor slogan Trigger Happy pun dah senyap. sibok dengan tugas mengetuai pasukan untuk membela peliwat tegar negara . Kalau dulu dia lah juaranya yang menghentam polis kiri dan kanan dengan menggelarkan pihak polis pembunuh berlesen dan " Trigger Happy ".

5. Kini jenayah semakin meningkat. Maka pejuang hak asasi penjenayah ini sudah mula rasa terancam. Mulut mereka sudah mulai bisu. Setengah itu, penjenayah yang ditembak mati oleh polis pun dijadikan isu perkauman.

6. Inilah bodohnya pejuang-pejuang hak asasi penjenayh ini dan NGO's pak turut ini. Skarang mengapa diam?

7. Tahniah PDRM. Teruskan tembakan anda. Di luar sini majoritinya masih menyokong dan mendokong tugas dan tanggungjawab berat anda. Jangan takut pada sindrom jubah hitam. Mereka ini hanya harapkan bergaya dengan jubah sahaja. Tetapi habok pun tak ada. Kadangkala perangai dan tindakan mereka pun lebih dari penjenayah lagi.

Monday, 24 August 2009

4 PEROMPAK DITEMBAK MATI : TAHNIAH PDRM !


Berita Harian

24 ogos 2009

4 perompak ditembak selepas serang polis



SEREMBAN: Empat perompak yang dipercayai warganegara Indonesia mati ditembak selepas cuba menyerang polis dengan parang panjang dan pistol jenis revolver di sebuah terowong kecil di bawah Kilometer 276.3 Lebuhraya Utara Selatan di sini, jam 5.20 pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata penjenayah yang memandu kereta Wira Aeroback dengan nombor pendaftaran WJP5728 sebelum itu ditahan pasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Labu.

"Mereka berhenti tetapi apabila anggota kita keluar dari kereta, penjenayah terus memecut ke arah Nilai dan masuk ke jalan kuari sebelum terlanggar tengah terowong dalam ladang Sime Darby," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah PDRM Kontinjen Negeri Sembilan. Jangan bagi muka kepada penjenayah seperti ini. Keselamatan anda paling utama.

2. Komitmen anda dihargai dan diluar ini masih ramai yang hargainya. Persetankan kepada pejuang-pejuang hak asasi ini. Mereka semua pun bukannnya ambil berat hal anda. Teruskan tembakan anda. Sebahagian besar rakyat Malaysia ini masih bersama anda semua.

3. Tahniah PDRM.

Friday, 21 August 2009

2 PENJENAYAH DITEMBAK MATI : TERUSKAN TEMBAKAN MAUT ANDA PDRM, TAHNIAH !



Penghuni Gua : Tahniah PDRM . 2 lagi penjenayah berjaya ditembak mati awal pagi tadi. Teruskan tembakan maut anda. Jadikan Malaysia neraka bagi penjenayah lain.

2. Nampaknya tidak ada lagi suara-suara pejuang hak asasi yang menghentam PDRM dan mengecam PDRM kerana bertindak begini. Dulunya bukan main kutuk dan mengecam polis dengan gelaran " Trigger happy lah, pembunuh berlesenlah dan sebagainya. Sekarang bila jenayah mula meningkat, masing-masing termasuk pejuang hak asasi ini mula kecut telor. Penjenayah yang mereka sayangi dan yang dibela oleh mereka mula nak mengigit mereka balik ( contohnya seorang peguam juga mati bunuh minggu lepas dengan bahan pelarut di Pulau Pinang ).


3. Orang yang mengelar PDRM Trigger happy pun dah kemetot dan tak berbunyi langsung. Dengar khabarnya sekarang menjadi ketua pasukan pembelaan kes liwat DSAI. Happy lah dia sekarang kot.

PETA PELAYAR