JAKARTA: Kes penyebaran video lucah kononnya milik penyanyi Ariel dan model Luna Maya memasuki episod terbaru apabila kedua-dua artis tersebut hadir bagi menjalani pemeriksaan forensik.
Kedua-dua pasangan itu tiba pada waktu yang berbeza di Pusat Makmal Forensik, balai polis, Jalan Trunojoyo, Jakarta, semalam. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Apa pengajaran yang kita boleh ambil dari tindakan dua artis Indonesia ini yang dengan senang sahaja pergi untuk menjalani ujian forensik bagi kes vedeo lucah yang di dakwa adalah gambar mereka.
2. Tak ada pun nak sibok tangguh sana, tangguh sini, halang sana , halang sini, konspirasi sana, konspirasi sini. Tak ada pun kepoh kedua mereka walau pun terkenal dan berotak bijak juga.
3. Ada seekor hamba Allah di malaysia ini, habis buat silat dan kuntau untuk mengelak ujian forensik dan DNA dalam kes liwatnya.
4. Berani kerana benar, takut kerana salah!!!! Keh keh keh keh !!!! Betul kot kes yang di Malaysia ni barangkali. Bukan sekali ., tetapi dua kali. Yang beliau terlepas dari penjara tempoh hari pun bukan kerana hamba Allah ini tak bersalah, tetapi kekurangan bukti untuk sabitan pada tarikh hamba Allah ini dituduh. Tetapi ketiga YAA Hakim mengesahkan liwat benar berlaku dan beliau memang seorang pengamal homoseksual. Itu kata YAA Hakim.
5. Jadi fikirlah sendiri!!!!! Jadi harus pakai otak untuk berfikir sikit. Tak perlu banyak. Fikir sikit aje. Sains tak pernah menipu. Itulah satu perkara anugerah Allah kepada manusia. Itu pun jika kita nak berfikir. Jangan kita semua diperbodohkan oleh sesiapa jua. Apa lagi oleh hamba Allah yang seorang tu!!!!

