
Isu berkaitan perarakan kepala lembu oleh sekumpulan penduduk islam di seksyen 23 Shah Alam masih hangat.
2. Berbagai pendapat pro dan kontra diluahkan. Banyak dipolitikkan. Yang hendak ditonjolkan disini ialah hipokrasi beberapa pemimpin, parti politik, pemimpin NGOs, Majlis peguam, Pejuang hak asasi dan SUHAKAM. Mengapa mereka ini setengahnya diam dan sebahagiannya mengecam demontrasi kepala lembu ini?
3. Dahulu merekalah yang memperjuangkan hak asasi rakyat untuk berdemo dan sebagainya. Mengapa dalam kes ini mereka pula bising. Mana Majlis Peguam dan juga SUHAKAM terutama Sivasubramaniam. Mengapa membisu. Mengapa tidak katakan ini hak asasi membuta tuli yang anda perjuangkan sebelum ini? Mengapa bila berkaitan dengan islam dan orang melayu dan berkaitan dengan bangsa dan agama anda ia tidak dibolehkan ? Mengapa anda semua meminta pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap pendemo ini dibawah akta Hasutan dan sebagainya?
4. Wal hal sebelum ini andalah semuanya yang begitu mendesak dan mengecam kezaliman akta ini dan meminta akta ini di hapuskan? Mengapa dalam kes ini anda pula mengesa supaya mereka ini dikenakan tindakan di bawah akta hasutan dan ISA juga yang selama ini anda kecam dan minta di hapuskan?
5. Anda sebenarnya rasis? BUkan memperjuangkan hak asasi sebenar rakyat Malaysia. Anda memperjuangkan hak asasi berpihak dan berkempentingan. Jika ia melibatkan perkara yang hal agama dan bangsa anda semua juga jika mempunyai kepentingan anda maka perkataan hak asasi tidak pula ditimbulkan.
6. Mana PKR, PAS , DAP dan sebagainya. Mana Mahfuz, TGNA, TGHH, DSAI, dan lain-lain semua yang sebelum ini begitu ke depan dalam memperjuangkan kebebasan berhimpun tanpa had ini? Mengapa dalam isu demo kepala lembu ini anda semua menentangnya? Jika inilah yang anda perjuangkan, bermakna tidak salah dan tidak jadi isu , mereka yang berdemo kepala lembu itu. Hak asasi katakan. Itu yang anda mahu dan perjuangkan oleh semua mereka ini. Biarkanlah. Mengapa membantah.
7. Sebenarnya , inilah hipokrasi dan munafiknya mereka yang disebutkan di atas. Mereka akan berwajah berlainan dan bertindak seperti sesumpah dalam isu yang sama.
8. Mujur dan bernasib baik Negara ini mempunyai berbagai akta seperti akta hasutan, ISA dan Akta polis, akta mesin cetak dan sebagainya yang mana golongan di atas sebelum ini begitu berusaha agar ianya di hapuskan dengan alasan ia melanggar hak asasi manusia. Mereka ini mengatakkan adalah menjadi hak rakyat dan dijamin oleh perlembagaan bahawa mereka boleh berhimpun.
9. Jika mengikutkan kepala mereka di atas, maka apa akan jadi jika sekatan-sekatan bagi perhimpunan dan memerlukan kebenaran pihak polis melalui akta di atas di mansuhkan? Tentunya negara akan terus huru hara.
10. Jadi kepada kerajaan: Selepas ini jangan melayan lagi desakan untuk memansuhkan semua akta -akta ini dan jangan sesekali membenarkan sebarang perhimpunan haram dengan ./ atas apa alasan sekali pun. Kebenaran polis adalah perlu. Mereka yang memperjuangakan kebebasan berhimpun tanpa had ini pun bukan ikhlas sebenarnya. Kebebasan berhimpun / hak asasi hanya dalam hal terpilih.
11. Jika kena bukan atas kepentingan mereka maka mereka menentang kebebasan berhimpun dan berucap. Jika menguntungkan mereka mereka halalkan dan mengecam kerajaan kerana menyekat mereka untuk berhimpun atau berucap.
12. Ini lah wajah sesumpah ini. Persetankan mereka ini. Mereka mempunyai agenda tertentu. Jangan layan desakan mereka ini untuk menghapuskan akta ini dan juga permintaan dan desakan mereka untuk berhimpun dan berucap tanpa had dan batas. Mereka sebenarnya hipokrit.
13. Mengapa perlu mengecam perhimpunan kepala lembu kalau sebelum ini sesumpah inilah yang memperjuangkan kebebasan mutlak berhimpun dan berucap? Pandangan AIM hari ini ada kebenarannya dan ada kaitan dengan tulisan ini:
Amnesty International Malaysia (AIM), bantah keputusan dakwa peserta demonstrasi.
KUALA LUMPUR 10 Sept. – Sebuah pertubuhan hak asasi manusia hari ini membantah keputusan pihak berkuasa untuk mendakwa peserta demonstrasi bagi membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam, dekat sini di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 27 Akta Polis.
Penyelaras Kempen Amnesty International Malaysia (AIM), K. Shan berkata, pihaknya berpendapat Akta Hasutan dan Seksyen 27 Akta Polis adalah undang-undang sembarangan yang menghakis kebebasan rakyat untuk bersuara dan berhimpun di negara ini.
‘‘Semua pihak harus diberi kebenaran untuk menganjurkan perhimpunan awam. Ini adalah hak asasi yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK
14. Kesimpulannya: kepada kerajaan ; selepas ini teruskan mengambil tindakan tegas atas semua perhimpunan haram ini tanpa sebarang keraguan. Jangan sesekali melayan desakan sesumpah ini. Mulut mereka dan wajah mereka akan berubah mengikut isu. Kadang kala mereka lupa apa yang mereka cakap dan perjuangkan sebelum ini.
15. Kadangkala kita pun gelak memikirkannya. Pejuang-pejuang hak asasi ini sebenarnya lebih perkauman dari kami semua diluar ini. Cuma kelebihan mereka mereka pandai memperdayai rakyat dengan mengubah warna mereka. Hanya AIM tu aje yang firm dengan pendirian: NGOs dan pemimpin serta parti politik lain hanyalah pelacur-pelacur hak asasi manusia.
