
KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi mengesahkan dua hakim mahkamah tinggi telah diarahkan supaya melepaskan jawatan mereka secara sukarela kerana tidak mencapai tahap kecekapan yang dikehendaki.
Selain dua orang hakim mahkamah tinggi tersebut, dalam usaha yang dilihat untuk meningkatkan kecekapan dalam sistem mahkamah Malaysia, dua orang kakitangan mahkamah telah turut dipecat dan ada yang diturunkan pangkat.
Perkembangan terbaru ini memperlihatkan Zaki sedang menghantar mesej yang jelas kepada para hakim dan pegawai mahkamah - tingkatkan keupayaan kerja atau ditunjuk jalan keluar.
Zaki telah mula memantau prestasi para hakim di bawah seliaannya sejak beliau dilantik ke jawatan tertinggi kehakiman negara Oktober tahun lalu. Menjelang bulan depan, genaplah setahun beliau menjadi ketua hakim negara. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Tahniah Tun Zaki kerana pantas dan berani bertindak. YAA Hakim juga seperti orang lain. Tiada istimewanya. Kadangkala mereka berlindung disebalik jubah hitam mereka. Bagus dengan tindakan Tun Zaki ini.
2. Tunjukkan jalan keluar kepada YAA Hakim yang malas dan tidak menunjukkan KPI yang memuaskan. Semua kemudahan sudah disediakan di mahkamah-mahkamah di Malaysia. YAA Hakim tidak perlu lagi menitiskan peluh untuk menulis. Tidak juga perlu mencari tukang urut untuk mengurut tangan mereka kerana letih menulis. Jadi tidak ada alasan untuk kes dilewatkan.
3. Tahniah sekali lagi.
