FOLLOWERS

Showing posts with label KELUARGA / RUMAHTANGGA. Show all posts
Showing posts with label KELUARGA / RUMAHTANGGA. Show all posts

Friday, 6 November 2009

MENYARA IBUBAPA / MERTUA : SUSAH SANGAT KAH !





KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam.

Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lainSEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat. Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa nak dikata. .......................................................................................

2. Kita hidup ini hanya ada Ibu , bapa, ibu dan bapa mertua dan isteri serta anak-anak. Inilah harta kita yang amat perlu dijaga dan dilindungi. Tidak perlu dilindungi dengan harta dan kemewahan. Semua mereka hanya perlukan doa dan harapan . Terutama ibu bapa dan mertua hanya perlukan doa dan ingatan anak menantu kepada mereka sahaja . Satu deringan telepon sebulan sekali pun sudah cukup untuk membahagiakan mereka. Kemudian gelak ketawa anak cucu : pun sudah lebih dari membahagiakan mereka.

3. PG malas lah nak bincangkan bab agama. Tetapi kalau susah sangat nak jaga 2 orang tua di atas tu, PG sanggup jagakan dan berinya tempat tinggal. Berapa sen sangatlah perbelanjaan untuk makan minum dan perubatannnya.

4. Kita pun bukannya lama sangat hidup pun. Sekejab aje , alih-alih kita dah tua rupanya. Jadi pusingan ini akan terus berjalan. Sejarah akan berulang. Jika ini yang kita lakukan kepada ibu bapa dan mertua kita maka ia pasti akan terjadi kepada kita.

5. Kita kahwin dengan seseorang itu bukan kahwin dengan suami atau isteri kita sahaja tetapi dengan seluroh keluarga isteri dan keluarga suami kita. Insaf dan ambil pengajaran dari peristiwa ini. Dalam hal ini yang utama ialah si suami. Betul si suami mengemudi rumahnya , maka betullah haluannya.

6. Pening kepala memikirkan perkara-perkara sebegini masih berlaku dalam masyarakat dan agama kita. Semuga Allah menunjukkan jalan yang benar kepada semua mereka yang terlibat dengan perkara-perkara seperti ini.
!@$%^&*(*&^%$#@!@#$%^&(*&^%$#@#$%^&^%$#^%$#%^

PETA PELAYAR