FOLLOWERS

Showing posts with label KESELAMATAN NEGARA. Show all posts
Showing posts with label KESELAMATAN NEGARA. Show all posts

Wednesday, 16 June 2010

PENGKALAN UDARA SG BESI : SETUJU DENGAN HUJAH YB DATO MAHFUZ !




Rancangan kerajaan untuk mengadakan projek pembangunan di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi akan membahayakan negara kerana ia bertentangan dengan konsep pertahanan menyeluruh, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Tindakan itu akan menyebabkan negara kehilangan sebuah pangkalan pertahanan di tengah bandar sedangkan ia merupakan satu elemen penting kepada pertahanan nasional yang menepati konsep dan perlaksanaan pertahanan menyeluruh. .............................................................

.....................................................................................
Mahfuz berkata pangkalan TUDM di Sungai Besi bukannya sekadar ruang-ruang pejabat malah ia adalah pusat operasi tentera udara serta pusat integrasi maklumat radar pertahanan udara di bawah tanah dengan hubungan terus dari Butterworth di utara, Kuantan di timur dan maklumat radar mobile dari Bukit Ibam yang mana masa yang begitu lama terpaksa diambil untuk memastikan sistem tersebut betul-betul berfungsi dengan baik dan tepat.

"Pangkalan itu juga merupakan pusat sistem MADGE (Malaysia Air Defence Ground Environment) yang menggunakan sistem Hughes Air Defence Radar
," katanya.

Mahfuz juga mempersoalkan jaminan kerajaan berhubung jurang masa pemindahan (transfer gap time) yang mana akan melibatkan beberapa tahun lagi.

"Itu belum lagi diambilkira kosnya sedangkan segala kos yang tersembunyi dalam proses pemindahan itu akhirnya terpaksa ditanggung oleh TUDM, angkatan tentera dan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau juga mempersoalkan tentang risiko pemindahan Electronic Warfare Support Centre (EWSC) memandangkan kemudahan di pusat itu amat sensitif dan kritikal.

"Mengapa kerajaan buat-buat tidak sedar mengenai perkara itu sedangkan electronic warfare amat penting dan kritikal untuk pertahanan masa kini.

"Tidakkah pemindahan demi kepentingan komersil beberapa xxxxxx itu akhirnya akan menjejaskan keupayaan sistem tersebut dalam mengumpul, menafsir, menyebar data-data dan memprogramkan semula electronic warfare termasuk dalam tindak balas elektronik dan langkah-langkah sokongan," kata Mahfuz.

Beliau juga yakin, oleh kerana pangkalan tersebut merupakan pusat operasi tentera udara, akan wujud tempoh tertentu yang mungkin panjang di mana negara kehilangan kawalan semasa proses pemindahan fasiliti penting itu. ...................................................................................................................................................

"Bagaimana pula maklumat tentang kos perolehan , kos tidak langsung dan pampasan?" soal beliau.

Mahfuz juga membayangkan kerajaan mungkin mengulangi kesalahan yang dilakukan berkali-kali sebelum ini apabila ia menyisihkan komuniti tentera dari bandar seperti di Kem Majidee, Kem Transit Ampang, Markas 2 Div di Pulau Pinang, Kuarters Tentera di Batu Uban sehingga mengakibatkan negara ketiadaan kemudahan sokongan yang penting untuk keselamatan negara.

"Adakah tentera negara kita hanya layak tinggal di pedalaman dan dalam kuarters flat tanpa halaman?

"Mengapa hendak dimusnahkan keadaan pangkalan Sungai Besi yang kemas dan tersusun dengan binaan kuarters yang selesa dan dengan infrastruktur yang tersedia untuk memberi pulangan kepada beberapa kroni untuk membuat binaan konkrit yang bakal menjadi satu lagi projek gajah putih memandangkan ruang pejabat di Kuala Lumpur pun berlebihan tanpa mengambil kira ruang-ruang yang pejabat yang tidak digunakan di Bangsar South, Petaling Jaya, Cyberjaya dan lain-lain," katanya.

Selain itu, Mahfuz juga berkata pembangunan semula pangkalan TUDM di Sungai Besi akan memusnahkan peninggalan sejarah yang penting dalam pertahanan negara sedangkan ia adalah pangkalan udara yang pertama di negara ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kali ini PG amat setuju dengan hujah Si YB Mahfuz ini.

2. Semua sekali hujahnya PG terima. Kepada Zahid Hamidi pun, sejaak jadi Menteri Pertahanan ini PG lihat, projeknya main billion semua. Ada apa-apa ke>

3. PG malas nak tambah apa-apa tentang hujah YB dato Mahfuz ini. Itu lah yang PG nak terangkan sejak Pengkalan Sg Besi dicadang nak di bangunkan. Cuma sempat si Mahfuz dulu yang keluarkan hujahnya. Tahniah Dato Mahfuz atas pandangan ini.

4. Cuma PG nak tambah satu aje : PG perhatikan , 1 bangunan dan 3 hangar baru bagi unit udara polis baru aje dibangunkan dan baru siap dalam bulan lepas. Kosnya dengar kata hampir RM 200 juta. Jika dibangunkan, buat membazir aje semua itu.

5. Kepada kerajaan : PG cadangkan batalkan aje pembangunan kawasan berkenaan. carilah tempat lain. Kawasan ini adalah adalah begitu strategi bagi pertahanan negara. Jangan fikir bab untung kepada 2 ke 3 orang jerung yang kan menyambar aje!!!!

6. Batalkan ajelah hasrat membangunkan kawasan ini. Batalkan aje. Jangan ikut sangat kepala hotak si Zahid Hamidi tu!!! TAHNIAH MAHFUZ, TAHNIAH!!!

PETA PELAYAR