FOLLOWERS

Showing posts with label KESELAMATAN / JI. Show all posts
Showing posts with label KESELAMATAN / JI. Show all posts

Sunday, 20 June 2010

ANCAMAN JI : MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA !





Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan digesa mendedahkan nama pengganas dan pertubuhan mereka jika terdapat bukti, mereka cuba menyerang tempat ibadat bukan Islam di negara ini.

Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, SM Mohamed Idris dalam kenyataannya berkata jika tidak ada bukti terhadap jenayah itu, mereka yang menyebarkan berita palsu berkenaan dengan tujuan untuk memburuk-burukkan Islam perlu diseret ke mahkamah. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Senang aje nak jawab kenyataan SM Idris ini.

2. Jawapannya ialah, mencegah adalah jauh lebih baik dari mengubatinya. Tak perlu belajar tinggi-tinggi. Itu aje jawapanya. Islam pun membenarkan perkara ini. Baca posting saya sebelum ini mengenai ISA.

3. Juga semua perkara bukan perlu diberitahu pada umum. Ada yang perlu dirahsiakan. hal suami isteri dalam keluarga pun, kita tak bagitahu semuanya pada anak-anak dan isteri. Kita gunakan perinsip perlu mengetahui. Kalau perlu , perlulah diketahui. Kalau tak perlu , tak perlulah dengan alasan keselamatan, belum masanya dan sebagainya.

4. Juga tahanan penjegahan tak salah dari segi perlembagaan. Perlembagaan membenarkan Akta Pencegahan di gubal dan ia diluluskan secara sah di parlimen.

5. Nak tuduh di mahkamah? Lihat ajelah bagaimana DSAI memanipulasi sistem keadilan dalam kes liwatnya. Banyak kelentong dan putar belitnya dengan memusing dan menggunakan kelemahan beberapa undang-undang negara.

6. Jangan jadi seperti di Indonesia. JW Marriot dan Bali di bom, barulah terkinja-kinja nak gubal akta seperti ISA. Itulah yang PG dengar keluhan secara peribadi oleh Pak Duta Indonesia sekarang dalam satu sesi tertutup di KL tahun lepas. Katanya , sekiranya Indonesia ada ISA sejak dulu, beliau pasti, kematian sia-sia di JW Mrriot dan Kuta Bali tidak akan terjadi. Juga Indonesia menurutnya tidak pernah mahu mendengar dan memandang enteng nasihat pihak keselamatan oleh Malaysia mengenai JI dan Abu Bakar bashir selepas Abu Bakar di buru di Malaysia dan lari ke Indonesia. Sekarang lihatlah! Itulah kata Pak Duta Indonesia masa itu.

7. Cegah sebelum parah !!!!

Nota : Cuba tanya anak TGNA tu, kumpulan mana dulu yang menyamun Southern Bank di KL ini bagi membiayai kegiatan mereka? (*&^%$#@#$%^&*()_)(*&^%$# keh keh keh........SM Idris, cuba tanya beliau. Jangan main sedap mulut aje cakap. Keselamatan negara jangan dok dipolitik dan dimainkan. US ( negara pujaan DSAI ) pun ada akta Patriot nya.

PETA PELAYAR