
Penghuni Gua : Kematian meningkat lagi hari ini dengan jumlah kematian meningkat kepada 38 orang akibat selsema babi.
2. Bila lagi kerajaan akan mengerakkan MKN atau mengaktifkan MKN. Berapakah angka tunjuk bagi kerajaan mengaktif dan menggerakkan Majlis Keselamatan Negara ( MKN )? Adakah sehingga kematian meningkat 50 orang, 100 orang, 200 orang atau sehingga 1000 orang baru diambil kira sebagai krisis?
3. Fikirkanlah kepada semua mereka yang bertanggungjawab di Putra Jaya. Nasihatkan kepada kerajaan dengan betul. Akibatnya buruk kepada kerajaan dan negara. Mereka yang dipetanggungjawabkan terhadapo krisis ini adakah masih dibuai mimpi?
4. Kepada DS Najib Perdana Menteri Malaysia : Istiharkan segera bahawa Malaysia berada dalam krisis kesihatan. Gerakkan dan aktifkan segera MKN . Nyawa bukan perkara yang boleh di perjudikan . Masa amat penting.
