FOLLOWERS

Showing posts with label KESELAMATAN / PDRM. Show all posts
Showing posts with label KESELAMATAN / PDRM. Show all posts

Monday, 31 May 2010

FAHAMI TUGAS POLIS : PANDANGAN LANJUT DR SHAMRAHAYU DAN DR ABD RANI KAMARUDDIN !


Pandangan 1 DR . Shamrahayu A. Aziz said...


Salam PG dan semua pembaca blog ini.


Pertama, terima kasih untuk PG kerana sudi mengambil pandangan saya untuk difikir dan dikongsi bersama pembaca blog ini.Saya amat berbesar hati sekiranya semua pembaca menganalisa pandangan tersebut secara ilmiah dan memberi hujah-hujah konkrit untuk kita pastikan kita mempunyai pasukan polis yang lebih cekap dan berintegriti.

Kedua, terima kasih untuk Dr Rani,Profesor Madya di Fakulti Undang-undang UIA, juga Director, Legal Unit, UIAM. Saya amat bersetuju dengan petikan peruntukan-peruntukan Kanun Acara jenayah tersebut. Yang sebenarnya, ruang tidak mencukupi untuk saya perincikan semua peruntukan tersebut kerana ruangan rencana yang agak terhad. Apa-apa pun saya amat berterima kasih kepada Berita Minggu kerana sudi menyiarkan pandangan saya.

Ketiganya, saya unjurkan kepada semua pembaca supaya memahami dan menghayati sesuatu pandangan untuk menambah baik semua aspek kepolisan. Kita perlu tahu (kepada mereka yang belum tahu) dan perlu ingat (untuk yang telah tahu), bahawa, kewujudan pasukan polis ialah sebagai pengkhidmat awam (Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan). Sebagai pasukan khidmat awam pada prinsipnya, pasukan berkhidmat untuk kerajaan dan rakyat semasa. Pasukan polis "although swims together with the government, will not sink together with the government". Oleh itu, penambahbaikan pasukan polis perlu menjadi agenda semua, bukan sahaja kerajaan semasa, tetapi keseluruhan rakyat negara ini. Kalaupun pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan pemerintah, emosi politik ini tidak seharusnya mempengaruhi pandangan mereka ke atas pasukan polis.

Itu sahaja PG dan pembaca, semoga tuan-tuan semua mendapat keberkatan Allah sepanjang minggu ini dan juga seterusnya pada hari-hari yang akan datang.

Wallahu'alam
31 May 2010 08:17


Pandangan 2 : Dr Abd Rani Kamaruddin UIAM

Tugas dan Kuasa Polis menguatkuasakan mana-mana undang-undng bertulis terkandung didalam section 3(3) Akta Polis

“The Force shall subject to this Act be employed in and throughout Malaysia (including the territorial waters thereof) for the maintenance of law and order, the preservation of the peace and security of Malaysia, the prevention and detection of crime, the apprehension and prosecution of offenders and the collection of security intelligence.”

Ringkasnya, Polis berhak menahan (dan menangkap jika perlu) mana-mana orang bagi tujuan mengenal pasti identitinya, atau kenderaan bagi mencari apa-apa benda yang mana perbuatan itu oleh mana-mana orang adalah menyalahi undang-undang.

Bagi mereka-mereka yang tidak memberikan kerjasama selain boleh ditangkap, mereka boleh juga didakwa dibawah Bab 10 Kanun Keseksaan berkenaan – Penghinaan Terhadapa Kuasa Sah Penjawat Awam, yang mana memperuntukkan hukuman penjara dan atau denda.

Seksyen 176 Kanun Keseksaan – gagal memberikan notis (laporan Polis) sedangkan wajib

Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugasnya

Seksyen 187 Kanun Keseksaan akan kesalahan enggan membantu polis

Maka tidak melaporkan mana-mana kesalahan, keengganan membantu polis bila dikehendaki, serta menghalang tugasan polis boleh dihukum dengan penjara dan atau denda dibawah bab 10 Kanun Keseksaan. Bab 10 juga menyentuh kesalahan mana-mana saksi yang enggan menjawab soalan, enggan menandatangani kenyataan, mana-mana orang atau saksi yang memberikan maklumat atau keterangan tidak benar dan banyak lagi.

Masaalahnya, PDRM tidak begitu ghairah hendak menghebohkan perkara ini. Mungkin sudah masanya dihebohkan dengan kerjasam Jom Heboh.


Abdul Rani Bin Kamarudin
31 May 2010 04:28


Penghuni Gua : Kedua komen Dr ini telah dihantar oleh 2 Pensyarah Undang-Undang ke blog PG semalam di KLIK berkaitan tajuk di atas dan PG paparkan semula bagi kepentingan kita bersama. Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar.Tq

Sunday, 30 May 2010

FAHAMI FALSAFAH KEWUJUDAN POLIS : DR SHAMRAHAYU A. AZIZ UIAM !




Fahami falsafah kewujudan polis
Oleh Shamrahayu A Aziz


Beban dan tanggungjawab kepolisan tidak semudah digambarkan di kaca televisyen

ANTARA isu yang terus bersarang di minda masyarakat sehingga ke hari ini, sudah pasti membabitkan pasukan polis. Malah pasukan ini antara perkhidmatan awam yang sering dinilai masyarakat tahap perkhidmatan dan pencapaiannya. Mungkin ramai tidak menyedarinya, tetapi ini disebabkan bidang tugas pasukan polis yang sebegitu intim dengan kehidupan masyarakat.

Tidak dinafikan, pasukan polis yang cekap, bersih, tegas, amanah, berdedikasi dan berintegriti adalah impian semua. Namun, indeks jenayah yang tinggi, ketidakcekapan polis, masalah pentadbiran dan pengurusan, serta publisiti negatif dan sensasi terhadap polis menjadi aspek penilaian masyarakat mengenai perkhidmatan pasukan polis sejak akhir-akhir ini.

Namun, apa yang menghampakan ialah sikap masyarakat dalam mengawal selia anggota mereka dan sering kali dipinggirkan daripada perdebatan umum, contohnya kegagalan ibu bapa mengawal selia anak mereka dengan baik atau ahli masyarakat yang gagal melaporkan kejadian penderaan kanak-kanak kepada pihak berkuasa.

Penilaian terhadap tahap perkhidmatan dan pencapaian pasukan polis, sama ada berkaitan fungsi dan tugasnya atau pentadbiran dan pengurusannya memerlukan seseorang itu mempunyai minda terbuka dan menghayati falsafah atau prinsip kepolisan. Dalam aspek pentadbiran dan pengurusan, ia mungkin sedikit berbeza dengan pentadbiran dan pengurusan jabatan awam lain kerana ia mengendalikan perkara penting dan asas dalam sesebuah negara, iaitu kestabilan dan keselamatan negara. Ini menjadikan pentadbiran serta pengurusan pasukan polis bukanlah semudah anggapan ‘orang luar’ daripada pasukan. Penggunaan beberapa sistem penilaian tahap kecekapan yang diperkenalkan ada kalanya memberi kesan berbeza antara pasukan polis dan perkhidmatan awam lain.

Merujuk aspek pengendalian tugas, beban tugas dan tanggungjawab pasukan polis tidak semudah seperti dilihat di kaca televisyen atau di skrin lebar. Tugas sebenar polis lebih daripada menerima panggilan telefon dan bergegas ke tempat kejadian jenayah yang dilaporkan dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dalam jangka masa satu jam saja seperti yang digambarkan drama televisyen.

Hanya mereka yang terlatih di dalam bidang kepolisan memahami hakikat tugas se benar pasukan polis. Malah ahli akademik yang berjela panjang biodata penulisannya, juga masih belum tentu memahami hakikat sebenar kerja kepolisan di lapangan.

Pasukan polis terbabit dalam interaksi antara manusia yang rumit dan ada kalanya amat luar biasa serta tidak tercapai akal manusia normal. Tambahan pula ada aspek tugas kepolisan tidak boleh atau mudah ditafsir penyelia seperti membuat keputusan dalam keadaan genting yang memerlukan seorang polis bertindak bagi tempoh masa, ada kalanya kurang sesaat. Sifat tugas kepolisan dalam banyak keadaan memerlukan mereka membuat keputusan dalam tekanan, bahaya dan kekeliruan.

Pada pengamatan saya, sekiranya dibandingkan tugasan seorang pakar bedah dan pegawai polis, kedua-duanya mungkin ada persamaan, iaitu terpaksa membuat keputusan mengenai hidup dan mati seseorang dalam keadaan tekanan dan kekeliruan. Tugas polis sebaliknya jauh lebih berbahaya kerana ia membabitkan banyak pihak yang tidak bersalah, termasuk diri polis itu sendiri. Namun penerimaan masyarakat kadang kala amat berlainan sekali bagi kedua-dua profesion ini.

Kita perlu memahami falsafah kewujudan pasukan polis serta kedudukannya di dalam masyarakat. Pembentukan pasukan polis ialah membolehkan majoriti, kalau pun bukan semua, ahli masyarakat berasa selesa, aman dan terjamin akan keselamatan mereka. Dalam menentukan keselesaan, keamanan dan jaminan keselamatan masyarakat, sudah tentu pasukan polis memerlukan pembabitan ahli masyarakat itu sendiri selain undang-undang lengkap dan kalangan anggota dan pegawai yang cekap.

Mengikut perundangan yang ada, terutama undang-undang berkaitan prosedur jenayah misalnya, masyarakat mempunyai peranan undang-undang untuk membantu polis bagi menguat kuasa undang-undang dengan cara memberikan maklumat atau membantu polis di dalam menjalankan prosedur yang lain (sebagai contoh lihat seksyen-seksyen 11, 12 dan 13 Kanun Prosedur Jenayah).

Namun begitu, peruntukan undang-undang ini tidak menyediakan hukuman ke atas sebarang kegagalan membantu pasukan polis.

Penulis ialah pakar Perlembagaan dan Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Penghuni Gua : Amat baik pandangan Dr Shamrahayu ini untuk kita fikirkan bersama.

Monday, 10 May 2010

JANGAN BIMBANG : KAMU AKAN DILEPAS DAN DIBEBASKAN !


Penghuni Gua : Dengan penuh yakin, PG berpendapat polis ini akan dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah nanti. samadda di peringkat Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan. PG percaya dan yakin dari fakta yang ada. Pada PG pun, beliau dituduh hanyalah sekadar / bagi meredakan keadaan sahaja. Tidak lebih dari itu. Doa kami bersama anda. Allah bersama anda.

Nota : Polis ini pun tak untung satu sen samada menembak atau tidak menembak remaja ini atau penjenayah yang sebenar pun. Biarkan penjenayah lain, lari pun tak rugi apa dan gaji anda pun tak dikurangkan. . Mengapa ? Anda bertindak dengan suci hati dan remaja ini mengancam nyawa anda dan pengguna jalanraya yang lain. Anda mempunyai sebab dan alasan kukuh untuk mengambil tindakan tersebut . Jadi jangan bimbang. Anda akan dipeliharakan oleh Allah jua. Amin.,.

Saturday, 8 May 2010

SAMAN PDRM ? TEPUK DADA TANYA DIRI SENDIRI !


Penghuni Gua : Saman lah , selagi terdaya, saman lah. Pokok isunya ialah buat apa tengah malam buta berdua-duan dan mengapa lari bila nampak polis. Ada apa-apa kot!! Kalau tak lari dari polis tak le jadi begini !! Itu je isunya. KLIK ( itupun kalau nak tahu berita lanjut ).

2. Yang lain bagaimana? PG tak pernah kena tembak oleh polis pun walaupun sehingga 5 pagi pergi memancing. Merentas negeri lagi. Dah berpuloh tahun pergi memancing , berkayak, berkuda, bermotosikal, cari lebah madu, jerat burong , tak ada sekali pun pihak polis nak menggangu apa lagi nak ditembaknya PG. Itu je analogi mudahnya. Tak usah analisis dalam-dalam. Tepuk dada , sendawalah kitanya. Pokonya apabila polis tahan , jangan lari. !!!!! Hairan ya ! Mengapa polis tembak anda? Dan tidaknya kami ?

3. He he he he !!!!!!!

Tuesday, 4 May 2010

ISU AMINULRASHID : PANDANGAN A KADIR JASIN !





KITA diminta bersimpati. Tetapi kita juga diajar jangan terlalu emosi. Kita kena faham pokok dan pangkal, baru kita menjadi orang berakal.Mati di jalan raya itu bukan tragedi. Mati minum Paraquat pun bukan tragedi. Ia sekadar kematian yang menyedihkan. “Tragic” dalam bahasa Inggeris. Tragis kata bahasa Indonesia yang kita guna pakai.Tragedi, dalam pengertian asalnya adalah drama atau sandiwara yang kesudahannya menyayat hati umpama Uda dan Dara, Romeo dan Juliet. Peristiwa yang menyedihkan tidak semestinya tragedi. Ia boleh menjadi komedi. Mati berlanggar di jalan kerana menandu tanpa lesen atau ditambah polis kerana enggan berhenti bukan tragedi.

Ia sekadar “tragic” – menyedihkan atau menghibakan.Tetapi apa nak buat. Banyak istilah asing apabila diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atau diserapkan ke dalam bahasa Melayu, lain pula maksud dan pengertian yang diberikannya.Saya pun tidak faham, malah naik sasau apabila perkataan “ori” khabarnya diterima pakai oleh DBP bagi membawa erti asli atau original. Emotional atau emosi sudah jadi “emo”.

Bahasa Inggeris, sepanjang pengetahuan saya, tidak pula menyingkatkan original menjadi ori atau emotional menjadi emo. Yang guna ori dan emo ni remaja. Tetapi orang tua pun sudah terikut-ikut.Satu Malaysia yang guna bahasa Melayu. Itu kata Perlembagaanlah. Tetapi kerana terbawa-bawa dengan bahasa Inggeris, maka kecewa disangka “frust”.

Jadi ramailah kerana “frust” lantas bunuh diri, mengambil madat, lari dari rumah dan macam-macam lagi.Lulusan universiti pun sangka “frust” itu adalah perkataan Inggeris untuk kecewa atau hampa. Jadi bila saya beri mereka kamus Oxford dan suruh mereka cari perkataan “frust”, mereka terpinga-pinga kerana tidak ada.

Istilah sebenar Inggeris adalah “frustration”.Jadi, budak 15 tahun mati ditembak polis ketika memandu dan enggan berhenti sekatan buka tragedi. Ia kejadian “tragic” (menyedihkan) yang tidak sepatutnya berlaku kerana BUDAK 15 TAHUN TIDAK LAYAK MEMANDU KENDERAAN BERMOTOR.

Yang menjadi tragedi ialah apabila sebahagian besar masyarakat tidak menyoal bagaimana Aminulrasyid Amzah yang berumur 15 tahun boleh bawa kereta sebaliknya bulat-bulat menyalahkan polis.Sedangkan soalan yang wajib ditanya dan dijawab ialah siapa yang mengajarnya memandu kereta sedangkan undang-undang berkata umur minimum memandu kereta adalah 17 tahun (Lesen Memandu D) dan motosikal 16 tahun (lesen B2 -250 kuasa kuda).Soal dia “pinjam” kereta kakaknya adalah perkara kedua yang tidak akan timbul kalau tidak ada persoalan pertama iaitu siapa yang mengejarnya memandu kereta sedangkan dia di bawah umur.Kita boleh salahkan polis kerana “trigger happy”.

Itu Ketua Polis Negara, Musa Hassan, wajib siasat dan wajib jawab kerana memang ada kecenderungan di kalangan sesetengah anggota polis menggunakan kekerasan.Tetapi nak salahkan polis bulat-bulat pun tak kena. Kerap juga anggota polis yang membuat sekatan jalan raya, mengawal lalu lintas atau meronda dirempoh sampai mati oleh penjenayah dan oleh pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.

Bayangkan, apa pula pendirian kita kalau budak-budak bawah umur ini membawa kereta dan berlanggar dengan orang yang ada lesen di jalan raya sampai mati atau cedera parah?Hanya orang yang ada lesen yang sah sahaja dibenarkan oleh undang-undang untuk memandu kenderaan bermotor. Budak 15 tahun tidak dibenarkan kerana dia belum berhak memiliki lesen memandu.Saya pun ada anak. Sejak mereka lahir saya sudah ada kereta. Tiga daripada mereka sudah ada lesen dan seorang sedang belajar dengan sekolah memandu.Sebelum mereka belajar dengan sekolah memandu dan lulus ujian memandu, saya tidak benarkan mereka menyentuh stereng – tak kira kereta saya atau kereta orang lain.

Saya tidak benarkan mereka memandu jauh-jauh atau lewat malam sehinggalah mereka cukup cekap. Sebenarnya tidaklah susah sangat nak disiplinkan anak-anak demi keselamatan kalau ibu bapa ada akal dan ada disiplin.Justeru itu, saya susah sikit hendak bersimpati dengan orang yang sayangkan anak sampai abaikan undang-undang dan keselamatan.Dan terlanjur Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, mengarahkan agar tidak ada apa-apa disembunyikan dalam siasatan kematian Aminulrasyid Amzah, pihak terbabit perlu siasat siapa yang mengajar dia memandu, kenapa begitu mudah membiarkan anak-anak melanggar undang-undang dan membenarkan remaja keluar rumah lewat malam.Sambil-sambil itu, cuba buat pemeriksaan di sekolah-sekolah menengah takut-takut ramai lagi budak 15 tahun bawa kereta atau tunggang motosikal.

Posted by A KADIR JASIN at 8:46 AM

Penghuni Gua : Tak apalah. Anak mereka orang baik-baik. Semalam pun seorang anggota polis patah kaki dilanggar mat rempit. 3 hari lepas seorang anggota patah tangan dilanggar mat rempit. 3 jam tertiarap di atas jalan, seokor spesis yang dikatakan manusia ini tak ada pun yang menolong.

2. Mana NGOs dan peguam-peguam yang handal mengenai hak asasi manusia ini berada . Ada ke mereka pernah melawat anggota polis yang dilanggar mat rempit ini. Contohnya dalam 2 kejadian tersebut? Ada ke mereka melawat dan menawarkan khidmat guaman. Mana GPMS atau Shahrizat atau pakar keadilan seperti PAS , DAP dan PKR ini. Tak berbunyi pun melahirkan simpati apatah lagi nak hulurkan bantuan guaman kepada anggota ini?

3. Keadilan ke arah mana. Hanya untuk anak orang baik-baik sahaja ke? Bab ini PG setuju dengan Tan Sri Musa.

4. Memang PG bertambah meluat melihat sesumpah hak asasi ini samada suaranya atau tindakannya.

5. Tahniah PDRM. Ramai lagi di luar ini menyokong anda.

PETA PELAYAR