
KUALA LUMPUR 1 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Tahniah kepada kerajaan " kafir dan jahiliyah". Tahniah kerana telah bertindak pantas dalam misi menyelamat rakyat Malaysia yang berada di Mesir ( kebanyakkannya pelajar ).
2.Akhirnya kerajaan " kafir dan jahiliyah " jugalah yang menguruskan semuanya. Yang lain asyik berdemo haram ajelah. Itu pun tak berterima kasih.
3. Biarlah kerajaan " kafir dan jahiliyah" kita yang uruskan. Walaupun misi ini dinamakan sebagai misi menyelamat tanpa ada perkataan Islam pun, tetapi Allah tahu apa yang kerajaan dan kita semua lakukan.
4. Semuga semua rakyat Malaysia di Mesir selamat tiba di Tanahair nanti. Allah bersama kita. Amin.
