FOLLOWERS

Showing posts with label KESELAMATAN NEGARA / POLITIK. Show all posts
Showing posts with label KESELAMATAN NEGARA / POLITIK. Show all posts

Sunday, 4 July 2010

ISTANA AIR MATA : AGENDA HALUS.........................YANG TAK PERNAH HENTI !!!



Ezam bidas laporan 'istana air mata'
Salhan K Ahmad
Jul 3, 10
2:20pm


Bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor menggesa Malaysiakini dan The Star disiasat oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung laporan nasib yang menimpa buruh pembinaan istana baru di Kuala Lumpur.

"Malaysiakini dan The Star patut disiasat kerana laporan itu disulam motif untuk merosakkan institusi diraja," katanya ketika dihubungi hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah bukti fitnah yang ditaburkan oleh pembangkang dan mereka yang mempunyai agenda jangka panjang untuk menjahanamkan isntitusi Raja-Raja Melayu. Ia serupa dengan berjuta fitnah dan gelombang cercaan yang sentiasa dilemparkan bagi melemahkan instusi ini.

2. Mereka tahu , kekuatan orang Melayu dan kerajaan selama ini adalah bergantung kepada 2 perkara pokok. Pertama institusi ini dan keduanya kepada PDRM. Inilah dua benteng utama untuk melindungi negara , kerajaan dan orang Melayu. Lemahnya kedua instusi ini maka lemahlah kesemuanya. Bertali arus mereka mencerca dan mengeluarkan berita yang tidak benar bagi melemahkan kedua institusi ini untuk jangka panjang. Begitu halus tindakan mereka.

3. PDRM sebagai pelindung ketuanan Melayu di negara ini sejak dahulu sepanjang masa di lemparkan berbagai tohmahan bagi melemahkan institusi ini. Mereka ini semua tahu, PDRM inilah yang melindungi dan mempertahankan Melayu , kerajaan dan negara ini sejak merdeka lagi. Jika mereka ini berhajat berkuasa dan bermaharajalela di negara ini, maka tidak lain , tidak bukan, kedua institusi ini perlu dilemahkan secara perlahan-lahan dengan berbagai cara.

4. Cara yang terbaik ialah seperti yang dilakukan oleh The Star dan Malaysiakini. Malaysiakini seperti mana kita tahu adalah salah satu platform bagi kumpulan ini berperanan untuk melemahkan istitusi ini dalam jangka panjang dan secara beransur-ansur. 2 ke 3 kerat melayu di dalamnnya hanyalah kuda tunggangan yang tidak tahu agenda sebenar kumpulan ini. Hanya kerana mendapat habuan sedikit , mereka buta tentang agenda menghancurkan bangsa melalui cara melemahkan isntitusi ini.

5. The Star seperti biasalah. Namanya aje dikuasai MCA tetapi seperti mana kita tahu , mereka semua sama. Agenda jangka panjang mereka adalah sama.

6. Kepada MCA dan Chua Soi Lek!!! Jangan jolok sarang tebuan. Jangan baling batu sembunyi tangan. Had kesabaran kami pun ada sempadannya. Tak ada ke orang bijak pandai seperti KJ untuk mendesak Chua Soi Lek meminta maaf. Ada telor lagi ke Pemuda UMNO di bawah KJ? Sampai kini langsung tak berkokok?

7. Ingat muda mudi melayu. Ingat , ini lah sebenarnya agenda puak ini. Tiada lain. Inilah agenda jangka panjang dan dibuat sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Anda semua harus berfikir untuk jangka panjang. Ingat, negara ini akan diwarisi untuk anak cucu kita. Ia harus diwarisi dalam keadaan baik kalau tidak sempurna pun.

8. Kepada kerajaan, ambil tindakan segara. Jangan hanya amaran, amaran, amaran dan terus amaran. dah naik menyampah mendengar amaran demi amaran. Akhirnya hanya amaran keras. PERKASA yang tidak menulis perkara bohong pun , kerajaan sibok sangat memanggil editornya. Tetapi 2 akhbar ini bagaimana?

9. Adakah menunggu sehingga kucing bertanduk. Ambil tindakan tegas ke atas kedua akhbar ini.

Nota : Sebab itu , puak-puak ini tidak putus-putus mendesak supaya ISA, Akta Pencegahan, Akta Penerbitan dan sebagainya dihapuskan. Semuanya bagi menentukan agenda mereka akan terhasil dengan lebih cepat. Republik Rakyat Malaysia. Inilah agenda akhirnya. Melayu hanya akan gigit jari. Melayu-Melayu yang bersekongkol dengan puak ini pun lebih teruk keadaannya.................Fikirlah sendiri keadaannya. Lihat aje di Singapura. Bila Lee Kuan Yew berkuasa, semua rakan melayu dan cinanya di humban berpuluh tahun ke dalam penjara tanpa bicara. Yang terakhirnya hanya dibebaskan 2 tahun lepas dan kini sudah berumur 89 tahun. Fikirkanlah akibatnya. Ingat semua orang muda melayu. Ingat.....!!!!!Jangan kita menjadi seperti nasib Pak Pandir........................

PETA PELAYAR