FOLLOWERS

Showing posts with label KESULTANAN KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label KESULTANAN KELANTAN. Show all posts

Saturday, 27 November 2010

KESULTANAN KELANTAN : DAULAT TUANKU !!!!





PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini, semalam memutuskan bahawa Tengku Mahkota Kelantan berkuasa penuh sebagai Sultan apabila Sultan negeri itu mengalami ketidakupayaan seperti yang peruntukan oleh Perlembagaan Negeri Kelantan.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata Perlembagaan Negeri Kelantan juga memperuntukkan bahawa Tengku Mahkota boleh melaksanakan tugas Sultan walaupun Sultan tidak mengalami ketidakupayaan.

“Kami berpendapat hanya seorang individu patut menguruskan hal ehwal Negeri Kelantan pada satu-satu masa,” katanya dalam penghakiman setebal 33 muka surat itu.
Oleh itu, kata, Zulkefli, Tuanku Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra, tidak mempunyai kedudukan dari segi undang-undang untuk meminta Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai persoalan berkaitan kuasa dan kewibawaan Tengku Mahkota itu ketika Sultan mengalami ketidakupayaan.

Panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Md Raus Sharif dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong, sebulat suara menolak petisyen Tuanku Ismail Petra selepas membenarkan bantahan awal peguam Tan Sri Cecil Abraham, yang mewakili responden, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra), bahawa ayahanda baginda tidak ada bidang kuasa merujuk persoalan itu kepada mahkamah berkenaan.

Tuanku Ismail Petra, yang memfailkan petisyen berkenaan pada 5 Mei dan 22 Jun tahun ini, menamakan Sultan Muhammad V dan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai responden. Dalam petisyen itu, Tuanku Ismail Petra memohon Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai beberapa persoalan undang-undang sama ada Sultan Muhammad V, yang memangku jawatan Tengku Mahkota ketika itu, mempunyai kuasa memecat atau melantik anggota Majlis Perajaan.

Sultan Muhammad V dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 24 Mei tahun lalu oleh Majlis Perajaan atas alasan ayahanda baginda gering.
Pada 13 September lalu, Sultan Muhammad V dilantik sebagai Sultan Kelantan oleh Majlis Perajaan. Tuanku Ismail Petra mengalami ketidakupayaan sejak Mei tahun lepas.

Zulkefli berkata, Tuanku Ismail Petra tidak boleh melaksanakan kuasa sebagai Sultan mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan, selagi Tengku Mahkota menyandang jawatan ketika baginda mengalami ketidakupayaan.

“Ini kerana, disebabkan ketidakupayaan pempetisyen (Tuanku Ismail Petra) sebagai Sultan Kelantan ketika itu, Tengku Mahkota Kelantanlah dan hanya Tengku Mahkota Kelantan saja yang akan melaksanakan kuasa yang diberi kepada ‘Sultan’ mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan,” katanya.

Katanya, Tuanku Ismail Petra hanya boleh melaksanakan kuasa itu setelah kembali semula ke Kelantan dan menyandang jawatan sebagai Sultan Kelantan.

“Mengikut fakta yang ada di hadapan kami, pempetisyen tidak berbuat demikian sebaik saja pulang ke Kelantan pada atau kira-kira pada Mac 2010. Malah, pempetisyen terus berada dalam keadaan tidak berupaya, manakala responden pertama (Sultan Muhammad V) terus menjadi Tengku Mahkota Kelantan.

“Berlandaskan alasan di atas, pempetisyen tidak boleh melaksanakan sebarang kuasa yang diperuntukkan kepada ‘Sultan’ selagi ada Tengku Mahkota.

“Pempetisyen, yang mengalami ketidakupayaan, tidak boleh melaksanakan kuasa itu, melainkan beliau pulih daripada ketidakupayaan yang dialaminya,” katanya.

Zulkefli berkata, tiada bezanya antara kuasa yang dilaksanakan Sultan Muhammad V ketika baginda menjadi Tengku Mahkota Kelantan dan kuasa yang dilaksanakan seorang Sultan yang memerintah, tanpa mengira sama ada Sultan Muhammad V dilantik oleh Majlis Perajaan atau oleh Sultan Kelantan ketika itu, Tuanku Ismail Petra. – BERNAMA

Penghuni Gua : daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Banyak pihak berkepentingan dalam hal ini. Banyak pihak cuba memanjangkan krisis ini dengan menggunkan berbagai cara. Ia tidak lain , hanya untuk melemahkan Institusi Kesultanan Melayu secara perlahan-lahan dalam jangka panjang. Kita semua perlu melihat ke arah itu. Hati-hati dengan perkara ini.

2. Tiga perkara utama yang akan melemahkan kerajaan dan orang melayu, Institusi Kesultanan, Pasukan keselamatan dan Kehakiman. Tiga institusi inilah tulang belakang orang melayu dan negara ini. Sebab itu , ketiga nya diserang kiri kanan sejak dahulu lagi bagi melemahkannnya dalam jangka panjang.

3. Hati-hati semua. daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. PG doakan semuga Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Ismail Petra segera sembuh dari kegeringan. Juga semua Allah memberikan perlindungan kepada Sultan Mohamad Ke V menduduki tahta Kerajaan Kelantan. Daulat Tuanku.

Sunday, 9 May 2010

KRISIS ISTANA KELANTAN : SENANGNYA PAK NIK CUCI TANGAN !





Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau gagal mentadbir negeri berikutan tindakannya berdiam diri berhubung kemelut Istana Kelantan...................................................... ..............................

Nik Abdul Aziz berkata, dalam Islam mendiamkan diri juga merupakan suatu nasihat daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengeruhkan lagi suasana dalam keluarga itu.............................................................................

"Soal kemelut raja, itu kerja anak beranak, saya sengaja tak campur tangan supaya berlaku di sekitar anak beranak," katanya. ........................................................................................................

Beliau menafikan sikap mendiamkan diri dalam isu itu sebagai tindakan lepas tangan daripada tanggungjawab sebagai penasihat dan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu kemelut istana itu kerana ia melibatkan krisis dalaman keluarga.

"Jadi, saya ambil sikap senyap, supaya ianya hanya berkisar di sekitar anak beranak, senyap itu juga, adalah nasihat, ada kalanya Allah Taala suruh senyap.

Ada kalanya suruh nasihat, jadi saya ambil sikap senyap, senyap itupun dianggap nasihat juga...," katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Senangnya cara penyelesaian Tok wali kita ini. Hanya berdiam diri ( ikut islam katanya ) bagi menyelesaikan masalah anak beranak keluarga DYMM Kelantan.

2. Masalah anak beranak? Masalah keluarag DiRaja sahaja?

3. TGNA !!! Jangan cuci tangan. Jangan nak lari dari tanggungjawab .Mungkin Tok Guru dan barisan pemrintahan PAS Kelantan malas berfikir dan menggunakan otak. Hanya ambil mudah dari awal. Bila dah keadaan krisis ini teruk, maka semua pihak termsuk TGNA mula cuci tangan. Dulu pandai sangat PAS dan TGNA bercakap. Nak selesai semua perkara ikut islam PAS lah dan musyawarah, syurolah dll. Sekarang mana semua perkara dan kaedah tersebut?

4. Laksanakanlah musyawarah, syuro dan segala macam kaedah yang anda war-warkan itu bagi selesaikan masalah ini. Bukan cuci tangan . Akhirnya PDRM jugalah yang terpaksa sedikit sebanyak mengambil tanggungjawab menyelesaikan kemelut ini.

5. Untuk makluman dan pengetahuan TGNA dan pimpinan PAS Kelantan ( yang dengarnya hebat-hebat belaka bab bercakap islam ) , krisis istana Kelantan ini bukan masalah anak beranak. Bukan masalah keluarga DYMM Tuanku Sultan Kelantan sahaja.

6. Ini masalah kerajaan Kelantan dan negara juga. Ia melibatkan rakyat. DYMM Sultan Kelantan dan keluarganya itu bukan keluarga tetapi itu sebuah institusi. Ia dicatat dalam perlembagaan. Ini bukan hal keluarga tetapi hal negeri dan negara ia melibatkan institusi tertinggi. Jika dibiarkan dan ikut cara berdiam diri TGNA maka krisis ini akan berpanjangan dan akan memburukkan nama seluroh institusi beraja di negeri-negeri lain di nagara ini.

7. Takkan perkara semudah ini, TGNA tak boleh berfikir?

8. Akhirnya PDRM yang setiap hari diburukkan oleh pimpinan PAS di seluroh negara itu jugalah yang cuba melindungi Institusi ini.

9. Jadi selepas ini, PAS jangan cakap banyaklah. Habok pun tak ada. Cakap boleh selesai semua masalah konon. Hampas semuanya. Nak faham perkara semudah itu pun terlalu sukar. Ada ke , kemelut ini dikatanya masalah keluarga.

10 Siapa agaknya yang memberi nasihat bernas ini kepada TGNA. Mungkin si Mahfuz dan si Tantawi kot?

Nota : Sebenarnya, pemimpin PAS Kelantan mempunyai berbagai kepentingan dalam isu ini. Semua tahu. Ada pemimpin PAS sokong orang itu, sokong orang ini. Itu je masalahnya. Jadi cara senang, cuci tangan dan segalanya. Akhirnya, PDRM lah juga penyelesainya. Itupun ramai pak kadok PAS dan PR dok hina PDRM dalam hal ini, kejam itulah, kasar pada kerabatlah dan sebagainya. dah pandai sangat, selesaikanlah sendiri. Mengapa nak cuci tangan. PAS dan TGNA serta pemimpinya hanya sibok berwirik dan merdoa. Usaha tiada hanya senyap. Mana nak Allah makbulkan doa. Doa sekali dengan usaha Pok Nik. Senyap bukan usaha. Ingat, ini bukan hak anak beranak, ini isu serius. Ia sebuah institusi wahai Pak Nik oii..................

Friday, 7 May 2010

PANEL 10 PAKAR PERUBATAN MENILAI TAHAP KESIHATAN DYMM SULTAN KELANTAN !





KOTA BHARU 7 Mei – Sebuah panel dengan 10 pakar perubatan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan hari ini memulakan pemeriksaan kesihatan ke atas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini Selasa lepas untuk rawatan susulan masalah jantung.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, kesemua pakar perubatan itu tiba di sini pagi ini untuk menjalankan pemeriksaan rapi ke atas Sultan Kelantan.

Menurutnya, pakar-pakar perubatan itu tiba di HUSM kira-kira 3 petang dengan menaiki kenderaan kerajaan negeri.

"Mereka melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status kesihatan baginda Al-Sultan Kelantan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan pakar perubatan itu akan berada di HUSM sehingga laporan status kesihatan baginda selesai dijalankan.

Bagaimanapun, Abdul Halim berkata, pihaknya tidak pasti berapa lama pakar perubatan itu akan berada di HUSM.

Beliau berkata, setelah siap, laporan itu akan diserahkan kepada Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra. – Bernama


Penghuni Gua : PG amat setuju dengan tindakan di atas. Tindakan ini akan dapat mengelakkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan memanipulasi tentang tahap kegeringan Baginda dan pemerintahan serta kedudukan DYMM Pemangku Sultan. Dengan lapuran lapuran perubatan oleh 10 penal Doktor ini nanti, maka Majlis Perajaan akan dapat menetukan kedudukan DYMM Sultan dan Pemangku Raja secara jelas. Ini akan menyelasaikan sebahagian masalah kalau tidak semua pun.

2. Kepada PDRM : Tahniah Polis Di Raja Malaysia. Apa pun orang mengata dan menghina pasukan ini, pada pandangan PG, PDRM adalah segalanya. Sejak Malaysia lahir ,andalah menjaga dan menentukan ketuanan negara ini. PDRM amat gah dengan gelaran Di Rajanya dan sewajarnya ia memperolehinya dan memilikinya.

3. Semuga panel 10 pakar perubatan tersebut dapat menyelesaikan serta menentukan status kesihatan DYMM dengan segera dan dengan itu dapat meredakan sebahagaian dari kemelut ini. Status kesihatan DYMM yang masih belum pasti itulah yang menjadi punca keadaan yang semakin keliru ini dan cuba diambil kesempatan oleh banyak pihak yang berkepentingan.

4. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Semuga Allah memelihara kesihatan DYMM dan DYMM terus dalam sejahtera. Amin.

Nota : Peguam Negara telah mengambil tindakan untuk menjawab affidavit Tengku Temenggong.


MStar
7 mei 2010

Peguam Negara Akan Jawab Afidavit Tengku Temenggong Kelantan

Oleh LOURDES CHARLES



PETALING JAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail akan menjawab kandungan afidavit difailkan oleh sekumpulan peguam dalam permohonan habeas corpus untuk membawa Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra keluar dari Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau berkata, pihaknya akan menjawab afidavit berkenaan di mahkamah nanti. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.

“Tetapi saya akan jawab permohonan habeas corpus itu di mahkamah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut enggan mengulas mengenai afidavit berkenaan.

“Saya serahkan perkara ini kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya,” jelas beliau.

Hari ini peguam yang mewakili Sultan Kelantan telah memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari HUSM di Kubang Kerian . Berita lanjut : KLIK

Nota : Juga Mahkamah Khas akan bersidang isnin ini bagi permohonan Harbeas corpus yang dipohon oleh DYMM Tengku Tenenggong bagi pihak DYMM Sultan Kelantan.....bagi " membebaskan" DYMM Sultan yang dikatakan ditahan ( sebenarnya diberi kawalan keselamatan ketat ) oleh polis.


MStar 7 mei 2010
Kemelut Istana Kelantan: Mahkamah Khas Bersidang Isnin

PUTRAJAYA: Mahkamah Khas dijadualkan bersidang Isnin ini untuk mendengar permohonan habeas corpus Sultan Kelantan bagi mendapatkan kebenaran supaya dibawa keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Perkara itu dimaklumkan oleh salah seorang peguam baginda, Datuk Mohd. Haaziq Pillay pada sidang akhbar petang ini lapor Utusan Online.

Terdahulu, peguam yang mewakili Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra pagi tadi memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari HUSM di Kubang Kerian, Kelantan, di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Writ itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas di sini kira-kira 11.45 pagi menerusi tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq.

Afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra, putera ketiga Sultan. Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon

HARBEAS CORPUS? TAK PERLU, BAGINDA HANYA DIBERI KAWALAN KESELAMATAN KETAT !





KUALA LUMPUR 6 Mei - Polis hari ini menjelaskan, tindakan mengawal ketat keselamatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di wad Diraja Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak bermakna baginda 'ditahan' di hospital.

Justeru, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim menegaskan, persoalan untuk memfailkan permohonan 'habeas corpus' tidak sepatutnya timbul.

Menurut beliau, kawalan ketat polis di hospital adalah bagi memastikan keselamatan Tuanku Ismail Petra terjamin berikutan insiden seorang pengawal istana ditembak pada minggu lalu.
"Polis telah menahan seorang kakitangan istana kerana disyaki terbabit dalam kejadian tembak itu dan ekoran itu, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra menitahkan supaya polis meningkatkan kawalan keselamatan terhadap sultan.

"Tengku Muhammad Faris juga menyenaraikan nama lima individu yang dibenarkan untuk melawat sultan dan sesiapa yang tidak berkenaan, kecuali doktor serta jururawat yang merawat sultan, yang ingin berbuat demikian perlu mendapatkan kebenaran daripada Tengku Muhammad Faris," kata Amir Hamzah.

Lima individu tersebut adalah isteri baginda, Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Hamid, anakanda Tengku Muhammad Faiz Petra dan Tengku Amalin A'ishah Petra serta dua ahli keluarga terdekat.

Bagaimanapun, nama Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry tidak tersenarai. Amir Hamzah berkata, polis sekadar melaksanakan titah pemangku raja dan menyeru orang ramai agar tidak mendengar khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan, siasatan kes tembak membabitkan pengawal istana minggu lalu berjalan lancar dengan penahanan seorang kakitangan istana tersebut. Amir Hamzah bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut kakitangan itu.

Penghuni Gua : Itu yang sebenarnya. Baginda DYMM Sultan Kelantan bukan ditahan tetapi diberi kawalan keselamatan ketat. DYMM bukan hak keluarganya tetapi adalah hak rakyat dan ia merupakan satu institusi. Polis bertanggung jawab menjaga Baginda.

2. Polis tidak mengetahui siapa musuh. Jika terjadi apa-apa , nanti dikatakan polis juga yang cuai. Jadi tindakan proaktif perlu diambil bagi keselamatan Baginda. Tak perlu pun para peguam ini sehingga memohon Harbeos corpus pun. Baginda bukan ditahan. Titah Pemangku Raja ada kekuatan undang-undang. Baginda pemerintah Kelantan. Baginda berhak untuk menitahkan ayahanda Baginda diberi kawalan keselamatan ketat dan ia lebih jauh melebihi kuasa dan kehendak Permaisuri Tuanku. ( Itu pada pandangan PG ajelah ).

3. Cuma satu sahaja, peguam-peguam politik : jangan campurtangan dan mengeruhkan keadaan lah. Juga masa bila pula si Gobind itu prihatin kepada institusi ini? Sama aje macam ayahnya. Juga kerabat-kerabat , PG pohonkan agar tidak mengganggu dan menambah kerohkan kemelut ini. Biarlah Duli Tuanku berehat dan mendapatkan rawatan dengan tenang. Lawatan perlu dihadkan. Titah Pemangku Raja sebagi DYMM Pemerintah Kelantan harus dipatuhi tanpa persoalan. Para Peguam, jika berniat baik, berilah nasihat yang betul kepada semua kerabat terdekat. Elakkan campurtangan melebihi yang sepatutnya.

4. Semuga Allah merahmati Baginda dan keluarga. Amin.

PETA PELAYAR