BERNAMA
Penghuni Gua : Pihak saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi tahniah kepada Datuk Shukri Mohamed yang sejak dari mula tidak kira siang atau malam sejak krisis ini bermula mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut krisis ini.
2. Mengenali Datuk Shukri, beliau adalah seorang peguam yang cukup terkenal di Kelantan walaupun beliau tidak banyak bersuara. Beliau lebih kepada tindakan dan mencari jalan menyelesaikan masalah. Bekas suami penyanyi Azharina ini, begitu low profile. Dari dulu beliau begini dan PG mengenali sedikit beliau sejak 1988 semasa di Kelantan dahulu ( tak adalah begitu rapat , dan kali terakhir PG makan bersamanya dan rakan-rakan PG yang lain ialah pada 2006 di Restoran White House Kota Bharu. Datuk Shukri yang belanja . )
3. Walau pun beliau aktif berpolitik dan pernah menjadi ahli parlimen , tetapi dalam hal krisis / kemelut ini, beliau berjaya memisahkan diri dari politik dan begitu profesional dalam menjalankan tanggungjawab beliau bagi memelihara Institusi Kesultanan ini dan secara tidak langsung dan secara langsung membantu kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS mengatasi krisis ini. Beliau berada di tengah dan bertindak hanya untuk menamatkan kemelut ini.
4. Dari kebijakkan, keberanian beliau , akhirnya kemelut ini nampaknya menemui jalan penyelesaian walaupun masih jauh. Ini semua kerana keikhlasan beliau . Tahniah Datuk. Semuga usaha Datuk berterusan dan di redhai Allah hendaknya. Semuga Datuk terus dapat mempertahankan dan memelihara Institusi ini . Banyak sangat pihak yang nak ambil kesempatan bagi meruntuh dan melemahkan Institusi ini. Termasuk mereka yang berprofesion seperti Datuk.
5. Tahniah Datuk Shukri !!! Tahniah !!!!!!
