
19 ogos 2009
AWANG tertarik dengan cadangan wartawan kanan, Datuk A. Kadir Jasin semalam supaya pemantauan dibuat ke atas akhbar-akhbar Cina di negara ini yang menurutnya semakin bebas mengeluarkan berita dan artikel bersifat cauvinis.
Beliau juga mencadangkan supaya Jabatan Penerangan menterjemah kandungan akhbar Cina supaya seluruh rakyat dapat mengetahuinya. Ia sudah tentu cadangan yang baik kerana majoriti rakyat negara ini tidak menguasai bahasa Cina.
Dengan cara itu, Awang pun akan dapat menyelami kandungan yang dimuatkan dalam akhbar-akhbar Cina dan mungkin lebih maklum setakat mana perjuangan dan pembelaan mereka terhadap kaum pribumi.
Ketika akhbar Awang diasak oleh pihak-pihak tertentu kononnya kerana ia akhbar perkauman ekoran memperjuangkan agenda Melayu, akhbar Awang tidak pula melupai agenda nasional.
Bagi Awang, setiap akhbar bebas memperjuangkan apa yang dirasakan perlu baginya selagi perjuangannya itu tidak menafikan dan mengikis hak pihak lain.
Sudah tentu kita mengharapkan pengawasan kerajaan berdasarkan standard yang sama ke atas semua akhbar di negara ini tanpa mengira bahasa yang digunakan supaya setiap laporan turut mengambil kira kepentingan negara yang berbilang kaum dan agama ini.
Awang - Telus.
Penghuni Gua : PG amat setuju dengan pandangan Awang Selamat dan Datuk A. Kadir Jasin mengenai akhbar-akhbar cina.
2. Akhbar ini amat rasis dan melapurkan berita hanya bersifat sensasi. Beritanya lebih banyak bersifat menghukum dan biasanya di dalam kes yang melibatkan mahkamah, mereka lebih dahulu menghukum dari mahkamah.
3. Setuju dengan Awang Selamat agar semua akhbar cina di terjemahkan perkataan demi perkataan oleh mereka yang berkelayakkan ( kalau boleh oleh orang melayu yang fasih berbahasa Cina ).
4. Akhbar cina di Malaysia seperti gangster dan raja dalam segala hal. Hentikan semua ini. PG amat mahir dengan telatah akhbar ini dan kerap mendengar beritanya dari kawan-kawan bernagsa cina yang juga mempersoalkan apakah akhbar cina tiada dikawal oleh sesiapa?
