
Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.
Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Berani buat berani tanggung Dato Khir. Apa pun PG amat menyanjung tinggi Khir Toyo yang mengatakan undang-undang akan membersihkan namanya.
2. PM pun kata, terserah kepada AG untuk bertindak dan kerajaan tidak ada kena mengena dengan kes ini. Biar mahkamah yang memutuskan samada beliau bersalah atau tidak.
3. Itulah contoh pemimpin kerajaam seperti Khir Toto dan pendirian kerajaan dalam hal ini. Tak seperti juara demokerusi dan pemimpinnnya termasuk pemimpin PAS dan DAP. Bila aje di siasat atau ambil keterangan oleh SPRM atau dituduh oleh SPRM atau polis aje terus akan mengecam kerajaan dan menuduh kerajaan berkonspirasi. Menjerit dan melolong satu dunia kononnya ini kerja kerajaan nak jatuhkan parti dan pemimpin mereka. Rasuah Pok Nik dikata haji. kes liwat, kes curi pasir, kes rasuah Ronnie Liu dan sebagainya. Asal sahaja disiasat maka melolonglah mereka ini menyalahkan kerajaan.
3. Pemimpin mereka yang tak ada kena mengena dan tak tahu apa pun memfitnah bahawa ini kerja kerajaan untuk menjatuhkan pemimpin mereka.
4. Inilah perbezaan pemimpin kerajaan dan mereka ini.
5. Kepada Khir Toyo , PG ucapkan selamat jalan. Berani buat beranilah menanggung padahnya. Kita tunggu keputusan akhir perbicaraannya. Jika kalah dan dipenjarakan pun terimalah. Jika kelak didapati oleh mahkamah beliau tidak bersalah, Alhamdullillah.
Nota : PG juga angkat topi kepada Khir Toyo yang terus sahaja meletakkan jawatan sebagai Ketua pembangkang DUN Selangor. Inilah jiwa besar beliau. Tak perlu disuroh. Beliau tahu tanggungjawabnya. Jangan menjadi liabiliti kepada kerajaan dan kepada parti dan pemimpin lain DUN Selangor. Tahniah Dr Khir. Berdirilah atas kaki sendiri. Itulah sifat yang tak ada pada pemimpin dipihak satu lagi.
Mereka ini cakap aje lebih. Hapah habok pun tak ada !!!!!!! Tak gitu ?
