
SHAH ALAM 8 Dis. - Seorang anggota polis mendakwa, Aminulrasyid Amzah bukan sahaja gagal mematuhi arahan berhenti, malah berani menghimpit kereta peronda polis sehingga nyaris terbabas pada malam remaja itu mati ditembak 26 April lalu.
Konstabel Mohd. Izham Mahayadin yang memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berkata, kejadian itu berlaku beberapa kali semasa kereta peronda yang dinaikinya mengejar kereta Proton Iswara BET 5023 dari Bangunan Sirim sehingga ke Bulatan Kayangan.
''Aksi himpit-menghimpit berlaku dua tiga kali bermula di Persiaran Masjid sehingga kereta peronda yang saya naiki hampir terbabas ke atas pembahagi jalan.
''Saya anggarkan kelajuan Proton Iswara antara 120 hingga 130km/j. Koperal Azhar Hashim cuba memintas tetapi kereta Proton Iswara langsung tidak beri peluang dengan cara menghalang jalan.
''Apabila sebuah lagi kereta peronda tiba untuk memberi bantuan dan cuba memintas kereta tersebut, ia turut dihimpit sehingga hampir terbabas ketika berada di Persiaran Kayangan menuju ke Bulatan Kayangan,'' katanya.
Mohd. Izham yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam mengaku mula melepaskan tembakan ke arah belakang kereta yang dipandu Aminulrasyid semasa berpusing di Bulatan Kayangan.
Katanya, tembakan itu dilepaskan ke arah tayar kanan belakang dalam keadaan dia separuh berdiri dan badannya berada di luar tingkap kereta sebelah penumpang hadapan. ...............................................................................................
Menceritakan rentetan kejadian pada malam tersebut, Mohd. Izham yang meronda bersama Azhar mula mengejar Proton Iswara terbabit apabila ia melanggar lampu isyarat merah dan memintas mereka dengan laju di hadapan Bangunan Sirim.
Katanya, Azhar menyalakan lampu dan membunyikan siren manakala dia pula memberi arahan menggunakan pembesar suara agar kenderaan tersebut mengurangkan kelajuan serta berhenti di tepi jalan.
Bagaimanapun, jelas Mohd. Izham, Proton Iswara itu bukan sahaja tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti malah dipandu semakin laju walaupun arahan berhenti diberikan beberapa kali.
Selepas arahan tidak dipatuhi selain aksi himpit-menghimpit, dia terus membuat hebahan semasa berada di Bulatan Setia Jasa bagi meminta bantuan kereta peronda berhampiran untuk menahan kereta tersebut.
''Semasa tiba di persimpangan hadapan Hotel Concorde, kereta Proton Iswara langsung tidak menekan brek dengan membelok ke kiri serta melanggar lampu isyarat merah sehingga hampir merempuh sebuah motosikal.
''Semasa sampai di satu simpang tiga di Persiaran Kayangan, kereta itu hampir merempuh sebuah kenderaan yang kemudiannya bertindak memberi laluan apabila melihat kereta peronda hampir terbabas,'' katanya. .............................................................................................................
Pelajar Tingkatan Tiga itu bagaimanapun mengakui mangsa memandu secara berbahaya tanpa menghiraukan keselamatan mereka mahupun orang awam semasa cuba melarikan diri daripada kereta peronda polis. .................................................................................... Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : KPL Jenain!!! Self Defence anda mencukupi. InsyaAllah anda akan dibebaskan. Amin. Kepada adik Aminulrashid, semuga Allah menenmpatkan beliau di kalangan mereka yang beriman. Amin!!!

