PUTRAJAYA 1 Ogos - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memutuskan untuk membebaskan lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun lalu kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia.
Beliau berkata, pembebasan lapan pegawai terbabit dilakukan secara berperingkat dan untuk permulaan tiga daripada mereka dibebaskan esok manakala selebihnya dalam masa terdekat.
Katanya, keputusan tersebut diambil selepas kementerian mendapati mereka menunjukkan kesedaran dan keinsafan di atas kesilapan yang dilakukan selain berjanji tidak mengulanginya lagi. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Dah nak lepaskan mereka , baik jangan ditangkap. Buat letih dan buat penat aje. Membazir.
2. Lepas ini tangkapan di bawah ISA hanya akan diketawakan orang aje. Buat rasuah dan perdagangkan orang hanya tangkap dan tahan 60 hari kemudian di bebaskan. Senangnya hukuman. Kerana jenayah pemerdagangan oranglah maka Malaysia berada ditahap paling buruk diperingkat antara bangsa.
3. Alih-alih, bila kerajaan dan polis dah mengambil tindakan tegas, senang aje pak menteri membebaskan mereka ini.
4. Apa signifikannya tangkapan dan tahanan dibawah ISA ini kalau tangkap hanya untuk dilepaskan? Jom kita ketawa ramai-ramai pada Pak Menteri !!!!!!!! Kah kah kah kah kah kah kah !!!!!!!Kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!!!!!!
