( Contoh mulut Majlis Peguam dan kebanyakkan peguam di Malaysia. Cakap je banyak, tetapi kosong !! )Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu wartawan pagi Khamis bahawa polis telah menerima tujuh laporan kes penipuan dan lain-lain yang berkaitannya terhadap peguam kes bunuh Datuk Sosilawati.Katanya ia melibatkan wang sebanyak RM7.1 juta.Laporan polis berkenaan untuk kawasan Banting sahaja sejak tahun 2005.Sebelum itu beliau mengiringi Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengadakan pertemuan dengan 700 orang penduduk, ketua masyarakat dan agama sekitar Banting.-16/9/2010
Penghuni Gua : Majlis peguam terus tidor. Majlis Peguam ini lebih cakap dari buat. Cakap berdegar-degar , kadangkala tak ubah dan sama seperti orang politi. Sibok berpolitik, menjaga ahli sendiri pun tak boleh. Undang-undang hanya dieksploit untuk kepentingan mereka sahaja.
2. Dah 5 tahun saspek ini menipu orang. Majlis peguam masih tidor sehingga saspek bebas menjalankan aktiviti guaman. Cekap ke Majlis ini. Kalau kerajaan dan polis bukan main mereka kata tak cekap, tak telus, lembab dan sebagainya. Kena tang diri sendiri dan tindakan kepada ahlinya ( kebanyakkannyalah ) lembab dan lebih lembab dari kura-kura.
3. Jadi kepada Majlis Peguam, selepas ini sudahlah. Jangan cakap banyak. Tumpukan perhatian memperbaiki perkhidmatan ahli anda kepada masyarakat. Bukan berpolitik.
4. Cakap tak serupa bikin. Seba itu, PG selalu cakap; peguam-pegaum ini banyak sangat cakap dan merasakan merekalah sesempurna insan. Walhal undang-undang hanyalah secebis dari keseluruhan kehidupan. Jadi Peguam dan Majlis Peguam jangan berlagaklah.
Nota : Opss!!!! Sejak pembunuhan Sosilawati, Malis Peguam dan para peguam dan pejuang hak asasi menjadi bisu seribu bahasa. Mengapa ye ! Tak tahu ke, ini kes kepentingan awam dan menarik perhatian masyarakat di Malaysia dan dunia !!!!! Perkara agama islam dan orang melayu, Majlis Peguam bukan main buka mulut. Nak tunjuk dan mendabik dada kononya mereka pejuang !!!! Sudahlah............Harkkkkkkkkkkkhhhhhh Puihhhhhhhhhhhhh!!!!!!
5. Tak gitu?

