KUALA LUMPUR 2 Okt. - MCA sedia mempertimbangkan pertukaran kerusi dengan komponen parti Barisan Nasional (BN) dengan syarat calon yang dipertandingkan boleh memberi kemenangan kepada BN dalam pilihan raya akan datang.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, MCA juga tidak mahu mana-mana parti komponen dengan sengaja memohon pertukaran kerusi semata-mata untuk mendapatkan kerusi tambahan.
"Kami akan menyokong mana-mana parti komponen yang mempunyai peluang besar untuk menang,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media selepas Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-58 di sini hari ini. - Bernama
Penghuni Gua : Boleh jalanlah MCA. Jangan nak pusing lah. Cakap calun boleh menang. Mana MCA boleh menang kawasan Cina? Apa yang MCA dah buat perubahan sejak PRU 12. MCA dan pemimpinya hanya tidor dan makan kedarah serta jadi pacat aje.
2. Nak tukar dengan siapa? PG yakin , MCA hanya nak tukar dengan UMNO aje sebab hanya kerusi UMNO aje yang menjamin mereka menang. Boleh jalanlah.
3. PG cadangkan MCA tukar menukar kerusi MP dan DUN mereka dengan 2 lagi parti tidor iaitu PPP dan parti bapok GERAKAN tu. Mungkin BN boleh menang besar. Betul tak?
4. MCA, PPP dan GERAKAN ni, ada pun tak untung. Yang bagusnya , berambus aje dari BN. Semuanya beban kepada DS Najib dan BN. Buat semak!!!!!!!!!!!!!! Tak gitu ?
