
11 mei 10
PENDUDUK di Kampung Seri Kinta, Ipoh masih lagi di dalam ketakutan ekoran sering berlaku kecurian, pecah rumah dan ragut. Baru ini-baru ini berlaku kecurian di kawasan Surau Al-Khalidiah membabitkan kehilangan kerusi, kawah, pinggan mangkuk kegunaan surau itu. Kejadian itu disyaki berlaku selepas solar asar.
Di rumah saya yang berada di tepi jalan raya pun sudah kena pecah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab melalui pintu belakang. Barang yang dilarikan ialah tong gas memasak yang baru dibeli.
Oleh kerana kosnya terlalu kecil, saya tidak membuat aduan kepada polis. Saya berharap melalui surat ini, pihak polis dapat memantau dan mengawasi kegiatan jenayah di kawasan kami.
KALAM MUTIARA
Ipoh
Penghuni Gua : Minta maaf banyak-banyak mak cik dan pak cik-pak cik semua. Polis tak akan ditempatkan di taman-taman perumahan. Membazir aje mak cik dan pak cik.
2. Taman-taman ni , rumah orang baik-baik. Buat apa polis nak jaga. Mereka orang bijak pandai dan berkedudukan. Buat apa letak polis yang bodoh yang berkelulusan SRP dan SPM tu. Bukan boleh buat apa . Mereka tahu nak tembak aje !
3. Mak cik pak cik dan ahli taman tu pun orang cerdik-cerdik dan kaya. Jadi fikirlah cara lain selain minta bantuan polis yang tak guna tu. Gunakanlah akal mak cik dan pak cik yang cerdik tu untuk jaga tempat sendiri. Atau guna aje seriforce. Atau jaga sendiri. Sebab nya polis dan anda semua sekarang ni sama aje. Hanya boleh kejar penjenayah aje. Tangkap tak boleh. Apa lagi nak tempak.
4. Membazir aje mak cik pak cik oii. Ada polis pun buat habis ke beras aje. Mereka hanya boleh kejar aje penjenayah. Mereka hanya boleh kejar, sambil kejar kena tanya umur berapa. Kejar dan terus kejar terutama bila malam. Kejar boleh ajelah................ Hanya boleh kejar aje dan membontot di belakang yang dikejar. Sambil kejar , suroh berhenti dan bunyi siren.
5. Kejar dan suroh berhenti ajelah. Kalau tak berhenti pun , terus kejar aje lah. Jadi buat membazir aje ada polis pun , asyik mengejar aje. Bising lagi bunyi siren. Nanti tergangu pula bijak-bijak pandai dan orang baik-baik nak tidor.
6. PG cadangkan, agar minta aje Lateefa Koyakutee, si Tantawi, Karpal Singh dan sebagainya jaga taman anda tu. Atau minta aje bantuan dari PAS dari tentera hijau nya itu yang begitu pandai mengawal jalanraya dengan berberet merah. Boleh le mereka jaga dengan doa hajat sama. Minta aje pertolongan unit amal makruh PAS tu. Merekakan cekap. Lateefa Koya kutee juga sedia membantu. Free.
7. Minta maaf mak cik dan pak cik : PERMOHONAN ANDA DI TOLAK DAN TAK DAPAT DITUNAIKAN.....Maaf Pak Cik Mak Cik dan Pak Cik. Itu ajelah yang Polis di ajar sekarang. Minta maaf!!!! Tertib katakan.
Nota : Pihak polis hanya mempunyai masa kurang dari beberapa saat atau minit dan dalam keadaan begitu genting, untuk membuat justifikasi perlu tembak atau tidak. YAA Hakim-Hakim, mempunyai masa berbulan-bulan untuk membuat keputusan dan mencari justifikasi samada polis yang melepaskan tembakan terhadap remaja di Shah Alam itu wajar menembak atau tidak. Dalam keadaan aman damai pula tu..Cuba anda ( terutama yang pandai bercakap tu ) berada di kedudukan anggota polis yang dituduh tersebut !!!!
