FOLLOWERS

Showing posts with label MLJ / AKTA PEKERJAAN. Show all posts
Showing posts with label MLJ / AKTA PEKERJAAN. Show all posts

Sunday, 16 May 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PENJUALAN SYARIKAT / IMPLIKASI TERHADAP PEKERJA !


[1996] 1 MLJ 561
Radtha d/o Raju & Ors v Dunlop Estates Bhd
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
J–04–53–1994

Judges SHAIK DAUD JCA
NH CHAN JCA
ABDUL MALEK JCA

Date 10 JANUARY 1996
Citation [1996] 1 MLJ 561


Catchwords:

Labour Law — Employment — Termination of employment — Indemnity in lieu of notice — Change in ownership of business for purpose of which employee is employed — Notice of termination not given — Whether employee entitled to indemnity in lieu of notice — Whether fact of a change in ownership of business amounts to termination of employee’s service — Employment Act 1955 s 12(3)(f) — Employment (Termination and Lay-off Benefits) Regulations 1980 reg 8

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu digaji oleh Dunlop di ladangnya sehingga 31 Ogos 1990. Pada 1 September 1990 ladang itu dijual kepada Industrial Oxygen Industries Bhd dan Dynamic Plantations (‘IOI-Dynamic’). Pada 4 September 1990 perayu telah diberi surat tawaran untuk meneruskan penggajian mereka oleh IOI-Dynamic dan pada 7 September 1990 perayu telah menerima tawaran itu. Perayu menuntut bahawa Dunlop gagal mengeluarkan notis penamatan kepada mereka seperti yang dikehendaki oleh s 12(3)(f) Akta Pekerjaan 1955 (‘Akta tersebut’) lalu memohon tanggung rugi sebagai ganti notis mengikut s 13 Akta itu.

Penolong Pengarah Buruh telah menolak tuntutan mereka atas alasan bahawa peraturan 8 Peraturan Pekerjaan (Faedah Penamatan dan Pemberhentian) 1980 (‘the Employment (Termination and Lay-off Benefits) Regulations 1980’) (‘Peraturan itu’) terpakai dan tidak terdapat penamatan perkhidmatan kerana perayu telah menerima tawaran untuk meneruskan penggajian oleh IOI-Dynamic. Lagipun, perayu tidak mengalami apa-apa kerugian kewangan. Mahkamah Tinggi menolak rayuan perayu, dan memutuskan bahawa oleh kerana kontrak perkhidmatan perayu bukanlah untuk tempoh yang spesifik, kontrak itu berterusan sehingga ia ditamatkan, dan bahawa memandangkan tidak terdapat penamatan soal tanggung rugi sebagai ganti notis tidak timbul. Perayu merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) (Oleh Abdul Malek HMR) Seksyen 12(3) Akta tersebut jelas menyatakan bahawa satu pertukaran pemunyaan perniagaan di mana seorang pekerja digaji samalah dengan satu penamatan perkhidmatan pekerja itu dan bahawa satu notis penamatan adalah mandatori. Maka, terdapat penamatan perkhidmatan perayu apabila Dunlop menjual ladang itu kepada IOI-Dynamic dan oleh kerana tiada notis penamatan diberikan kepada perayu, mereka berhak mendapatkan tanggung rugi sebagai ganti notis (lihat ms 567H–I).

(2) (Oleh Shaik Daud HMR) Tujuan s 12(3) adalah untuk menjaga kedudukan pekerja di mana satu pertukaran berlaku dalam pemunyaan perniagaan atau sebahagian perniagaan di mana pekerja itu digaji. Sebaik sahaja terdapat pertukaran pemunyaan, hakikat penamatan khidmat pekerja itu wujud dan s 12(3)(f) berfungsi untuk menghendaki majikan memberikan notis penamatan perkhidmatan. Di dalam kes ini, satu hakikat penamatan berlaku apabila Dunlop menjual ladang itu kepada IOI-Dynamic dan oleh itu s 12(3) terpakai dan Dunlop dikehendaki memberikan notis penamatan kepada perayu bermula daripada 1 September 1990. Hakikat bahawa terdapat penerusan perkhidmatan dan bahawa tidak terdapat kerugian kewangan tidaklah relevan bagi tujuan mentafsirkan s 12(3) — mereka cuma relevan di mana tuntutan dibuat untuk faedah penamatan di bawah peraturan 8 Peraturan itu, dan bukan tanggung rugi sebagai ganti notis di bawah s 13(1) Akta tersebut seperti dalam kes ini. Oleh itu perayu berhak mendapat tanggung rugi sebagai ganti notis sedemikian (lihat ms 570D–571A).

(3) (Oleh NH Chan HMR menentang) Di dalam kes ini, s 12(3) tidak terpakai kerana tidak terdapat notis bertulis penamatan perkhidmatan pekerja daripada majikan yang memberikan sebab penamatan itu sebagai pertukaran pemunyaan ladang itu di bawah subseksyen (3)(f). Juga tidak terdapat penamatan penggajian pekerja oleh majikan tanpa notis di bawah s 13(1) kerana tidak terdapat bayaran yang dibuat atau diberikan oleh majikan kepada pekerja sebagai ganti notis mengikut s 13. Mengikut peraturan 8(3) satu pemindahan tidak berfungsi untuk menamatkan kontrak penggajian seseorang pekerja oleh pihak yang membuat pemindahan perniagaan tersebut (majikan itu). Ia memperuntukkan penerusan kontrak penggajian, atas syarat bahawa peraturan 8(3) dipenuhi, dengan penerima pemindahan. Kontrak itu mempunyai kesan selepas pemindahan itu seakan-akan ia dibuat antara orang yang digaji dengan penerima pemindahan pada asalnya tanpa pertukaran majikan yang menjejaskan kesinambungan penggajiannya. Dalam kes ini, perayu tidak berhak mendapatkan tanggung rugi sebagai ganti notis. Oleh itu rayuan ini patut ditolak (lihat ms 531D, 574G).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

PETA PELAYAR