FOLLOWERS

Showing posts with label MLJ / KUASA MAHKAMAH. Show all posts
Showing posts with label MLJ / KUASA MAHKAMAH. Show all posts

Wednesday, 30 November 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KUASA MAHKAMAH / MELUCUT HAK HARGA BARANG TERKAWAL !!!!!



[1996] 4 MLJ 213
MP Machinery (M) Sdn Bhd v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA KINABALU) — CRIMINAL APPEAL NO
K41–14 OF 1995

Judges TEE AH SING JC

Date 5 DECEMBER 1995

Citation [1996] 4 MLJ 213



Catchwords:


Criminal Procedure — Forfeiture — Price control offence — Failure to indicate price — Whether court has discretion to forfeit goods seized — Whether goods seized were price controlled goods — Whether goods should be forfeited under s 407(2) Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) or s 14(2)(b) Price Control Act 1946 — Whether magistrate exercised his discretionary power to forfeit correctly

Bahasa Malaysia Summary
:


Perayu, seorang penjual runcit, telah dituduh di bawah perintah 3(1) Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 (‘Perintah itu’) kerana tidak melekatkan label, teg atau tanda harga pada beberapa barang runcit yang tertentu. Perayu mengaku bersalah dan telah didenda RM1,000 dan barang runcit yang menjadi perkara dalam pertuduhan itu telah dirampas dan dilucut hak oleh majistret di bawah s 407(2) Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) (‘KAJ’). Perayu merayu di atas alasan yang berikut: (i) bahawa majistret tidak mempunyai kuasa untuk membuat perintah perlucuthakan di bawah s 22 Akta Kawalan Harga 1946 (‘Akta itu’); (ii) bahawa majistret membuat kesilapan dari segi undang-undang dalam memutuskan bahawa barangan itu boleh dilucut hak di bawah s 407(2) KAJ itu kerana s 14(2)(a) dan (b) Akta itu berkaitan dengan perlucuthakan yang hanya digunakan ke atas barang harga terkawal manakala perkara dalam pertuduhan itu bukan barang harga terkawal; dan (iii) bahawa perintah perlucuthakan adalah berlebihan memandangkan faktor peringanan dalam kes itu.
Diputuskan:

Diputuskan, menolak rayuan itu:


(1) Di bawah s 14(2)(b) Akta itu, mahkamah mempunyai budi bicara sama ada untuk melucutkan hak mana-mana barang harga terkawal yang dirampas ataupun tidak. Barang yang disebut dalam pertuduhan di bawah A 3(1) Aturan itu adalah barang harga terkawal kerana Aturan itu dibuat di bawah kuasa yang diberikan oleh s 13(1)(d) Akta itu, dan s 14(4) Akta menyifatkan barang harga terkawal sebagai ‘mana-mana barang atau kelas barang yang mana pengawal harga telah ditetapkan tanda atal label untuk dipamerkan di bawah s 13(1)(d)’. Maka, majistret mempunyai budi bicara untuk memerintahkan perlucuthakan barang yang disebut dalam pertuduhan di bawah s 14(2)(b) Akta itu (lihat ms 216I, 217A–F; PP v Chu Beow Hin [1982] 1 MLJ 135 diikut).

(2) Walau bagaimanapun, majistret telah membuat perintah perlucuthakan di bawah s 407(2) KAJ. Dengan mengambil kira bahawa s 14(2)(b) Akta itu adalah peruntukan khas yang dibuat dalam statut khas, prinsip generalibus specialia derogant mesti dipertimbangkan dan oleh itu Akta itu menggantikan peruntukan am KAJ. Majistret sepatutnya menggunakan kuasa budi bicara perlucuthakan di bawah s 14(2) (b) dan bukannya s 407(2) KAJ. Dari alasan keputusan majistret itu, beliau telah menjalankan kuasa budi bicaranya untuk mengarahkan perlucuthakan dengan betul, dan dengan menjalankan kuasa kembalian, mahkamah boleh membuat satu perintah perlucuthakan di bawah s 14(2)(b) Akta itu (lihat ms 217G–I, 218A–C; PP v Chu Beow Hin [1982] 1 MLJ 135 diikut).]

Penghuni Gua
: Semoga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Wednesday, 7 September 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KUASA MAHKAMAH MENGUSIR SUAMI KEJAM !!!!!



[1996] 4 MLJ 421
Jayakumari a/p Arul Pragasam v Suriya Narayanan a/l V Ramanathan
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — PETITION NO S5–33–155–96

Judges JAMES FOONG J

Date 29 MARCH 1996
Citation [1996] 4 MLJ 421




Catchwords:


Civil Law Act — Common law — Circumstances under which common law and equitable rights not available — Whether British Domestic Violence and Matrimonial Proceeding Act 1976 and English authorities relating thereto are binding in Malaysia — Civil Law Act 1956 s 3


Civil Procedure — Jurisdiction — Matrimonial causes — Application to evict husband from matrimonial home — Whether court has jurisdiction to make such an order — What principles should be applied in granting such relief


Family Law — Matrimonial property — Application to evict husband from matrimonial home — Factors to be considered

Bahasa Malaysia Summary:


Pempetisyen telah berkahwin dengan responden 19 tahun yang lalu mengikut adat Hindu dan kemudiannya mereka mendaftarkan perkahwinan mereka mengikut Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (‘Akta itu’). Mereka memperolehi dua orang anak hasil daripada perkahwinan itu. Keluarga itu menetap di kediaman suami isteri bersama ibu pempetisyen. Pada 27 Februari 1996, pempetisyen telah meninggalkan kediaman suami isteri itu dengan ibu dan anak-anaknya dan menetap sementara di rumah sepupunya kerana penentang telah menyerang dan mengugut untuk membunuh pempetisyen setelah mengetahui bahawa pempetisyen inginkan perceraian. Pada 4 Mac 1996, peguam pempetisyen telah memfailkan petisyen untuk pemisahan kehakiman dan satu saman dalam kamar (‘lampiran 8’) telah dikeluarkan di mana pempetisyen memohon relief daripada mahkamah iaitu:


(i) supaya penentang ditahan sama ada secara sendiri atau melalui wakil atau ejennya daripada mencabul, mengganggu berulang kali, mengugut, mendera, menyerang atau mengacaunya dalam apa-apa cara sekalipun; dan


(ii) supaya responden diperintahkan untuk mengosongkan kediaman suami isteri dan tidak memasukinya sehingga diperintahkan sebaliknya. Apabila permohonan ini dihadapkan ke mahkamah pada 18 Mac 1996, mahkamah tanpa apa-apa bantahan daripada penentang menerima persetujuan penentang berkenaan relief pertama yang dipohon oleh pempetisyen mengenai halangan daripada mencabul dan menganggu berulang kali. Walau bagaimanapun, mahkamah perlu memutuskan tentang relief kedua yang dipohon oleh pempetisyen di dalam lampiran 8. Isu-isu yang berbangkit di sini adalah: (i) sama ada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memberi relief jenis ini; dan (ii) apakah prinsip-prinsip yang harus dipakai dalam memberikan relief sebegini.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan untuk relief yang kedua:


(1) Di bawah Akta itu, adalah nyata bahawa tiada peruntukan untuk relief sebegini. Juga, Akta Keganasan Rumah Tangga dan Prosisding Perkahwinan 1976 di United Kingdom dan autoritiautoriti Inggeris yang berkaitan dengannya tidak mengikat mahkamah tempatan kerana kesemuanya berdasarkan undang-undang statutori yang diluluskan pada tahun 1976 manakala s 3 Akta Undang-Undang Sivil 1956 memperuntukkan bahawa cuma common law dan ekuiti Inggeris seperti yang digunakan di England pada 7 April 1956 mengikat undang-undang Malaysia (lihat ms 426C–D, H–I, 427A; HG Warren v Tay Say Geok & Ors [1965] 1 MLJ 44 dan Chan Ah Moi v Phang Wai Ann [1995] 3 MLJ 130 tidak diikut).

(2) Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mengusir suami dari kediaman suami isteri sementara menunggu kes itu dibicarakan, jika terdapat bukti berdasarkan prinsip-prinsip yang dipertimbangkan untuk berbuat demikian, jika tidak isteri itu akan dibuli daripada memperolehi remedinya atau dihalang oleh kerana tekanan daripada mendapatkan pertolongan mahkamah. Lagipun, seseorang isteri bukannya tidak mempunyai hak dalam kediaman suami isteri walaupun rumah itu kepunyaan suami, dan haknya untuk menetap di situ adalah dianggap di sisi undang-undang sebagai telah dikurniakan ke atasnya oleh suaminya berikutan daripada konsep perkahwinan. Maka, mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memberikan relief untuk mengusir suami yang bersalah dari kediaman suami isteri itu (lihat ms 427C–F, 428A; Silverstone v Silverstone [1953] P 174, Bendall v McWhirter [1952] 2 QB 466 dan Gurasz v Gurasz [1969] 3 All ER 822 diikut).

(3) Faktor-faktor atau prinsip-prinsip yang perlu dipertimbangkan dalam tuntutan untuk mengusir seorang suami dari kediaman suami isteri adalah sama ada perintah sebegitu diperlukan untuk melindungi isteri dan dalam mempertimbangkan perkara itu, tingkah laku pihak-pihak yang terlibat serta kedudukan dan kepentingan mereka, termasuk anak-anak (jika ada), mestilah diambil kira. Hanyalah apabila kelakuan dan tingkah laku suami itu adalah begitu keterlaluan sehingga menjadi mustahil untuk kedua-dua pihak hidup bersama permohonan sebegitu akan dibenarkan. Oleh itu, melihat fakta-fakta kes ini, ia adalah jelas bahawa tingkah laku penentang adalah begitu keterlaluan sehinggakan permohonan untuk mengusirnya dari kediaman suami isteri itu boleh dibenarkan oleh mahkamah. Ia adalah mustahil untuk pempetisyen hidup dalam rumah yang sama bersama penentang (lihat ms 428C–I, 429A–C; Akingbehin v Akingbehin(1964) 108 SJ 520, Gurasz v Gurasz [1969] 3 All ER 822, Hall v Hall [1971] 1 All ER 762 dan Jones v Jones [1971] 3 All ER 1201 diikut).

Per curiam


Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (‘AKR’) walaupun telah diluluskan oleh Parlimen pada 24 Jun 1994 belum lagi menjadi undang-undang negara ini kerana keperluan dalam s 1(1) AKR itu belum dipenuhi sebab menteri yang bertugas mengimplementasikan AKR itu belum lagi memberikan notifikasi dalam Warta mengenai penguatkuasaan AKR itu (lihat ms 426E–G).]


Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pelajar dan pembaca. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

PETA PELAYAR