FOLLOWERS

Showing posts with label MLJ / TUNTUTAN KEMALANGAN. Show all posts
Showing posts with label MLJ / TUNTUTAN KEMALANGAN. Show all posts

Sunday, 12 August 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : TUNTUTAN KES KEMALANGAN JALANRAYA !!!!!



[1995] 3 MLJ 435
Neo Kim Soon (Administrator of the estate of Phanna Mannechuang, deceased) v Subramaniam a/l Ramanaidu & Anor
Case Details:

                Malaysia              COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
                                J–04–55–94

                Judges MAHADEV SHANKAR JCA
                                VC GEORGE JCA
                                ABDUL MALEK J

                Date      2 AUGUST 1995

                Citation                [1995] 3 MLJ 435


Catchwords:

Civil Law Act — Damages — Fatal accident — Deceased made no financial contribution to upkeep husband and infant son — Husband employed housekeeper to take care of son in lieu of services provided by deceased — Whether claimable — Whether action should be brought by administrator or by husband and son in their personal capacities — Civil Law Act 1956 s 7

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 1 Mei 1986, isteri plaintif (‘si mati’) telah terbunuh di dalam suatu kemalangan jalanraya, dan meninggalkan seorang bayi lelaki. Kemalangan tersebut disebabkan semata-matanya oleh kecuaian defendan pertama. Plaintif telah memfailkan suatu guaman di mahkamah sesyen. Di dalam pernyataan tuntutan, telah dinyatakan dengan khususnya bahawa tindakan itu telah dibawa dalam keupayaannya sebagai pentadbir pusaka si mati di bawah s 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 (‘Akta tersebut’), bagi pihak dirinya sendiri sebagai suami si mati yang sah dan bagi pihak anak lelakinya. 

Semasa perbicaraan, plaintif telah memberi keterangan bahawa akibat kematian si mati, beliau terpaksa menggaji dan terus menggaji seorang pengurus rumah untuk menjaga anak lelakinya pada gaji bulanan sebanyak RM500. Hakim mahkamah sesyen memutuskan bahawa perbelanjaan bulanan sejumlah RM250 adalah munasabah untuk tempoh selama 111Ú2 tahun. Walau bagaimanapun, defendan telah merayu ke Mahkamah Tinggi atas alasan bahawa: (i) tiada award yang boleh dibuat atas alasan kehilangan perkhidmatan atau teman isteri di bawah s 7(3) yang terpinda, melainkan jika penuntut dapat menunjukkan bahawa pergantungan sebenar, iaitu beliau telah menerima sumbangan kewangan daripada si mati; dan (ii) plaintif dan anak lelakinya harus mendakwa secara berasingan di dalam keupayaan peribadi mereka sendiri untuk gaji pengurus rumah itu kerana ia merupakan suatu tuntutan untuk kerugian persendirian dan bukan untuk kehilangan sokongan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) (Oleh Mahadev Shankar HMR)Apa yang telah dimansuhkan oleh s 7(3)(iii) yang terpinda ialah award ganti rugi kepada seorang suami atas sebab semata-matanya bahawa beliau telah kehilangan perkhidmatan atau teman daripada isterinya. Walau bagaimanapun, di mana seorang suami bukan sahaja kehilangan isterinya, tetapi telah mengalami kerugian dari segi kewangan yang diakibatkan oleh kecuaian secara terus, kerugian tersebut boleh didapatkan kembali, walaupun isteri itu tidak membuat apa-apa sumbangan kewangan kepada suaminya. Ini adalah kerana s 7(3) memperuntukkan bahawa pihak yang cuai harus membayar pampasan kepada penuntut bukan sahaja untuk sebarang kehilangan sokongan, tetapi juga sebarang perbelanjaan munasabah yang dialami akibat kelakuan salah itu.

(2) Walaupun s 7(1) dan (2) merujuk kepada tindakan oleh wakil diri sebagai suatu tindakan perwakilan yang dibuat untuk faedah pasangan yang masih hidup, ibu bapa dan anak, s 7(3) dengan jelasnya membenarkan tuntutan kembali kesemua kerugian yang boleh dinyatakan kuantitinya yang disebabkan secara langsung oleh orang yang bersalah dan yang dialami oleh orang yang ditetapkan itu. Kehadiran s 7(3)(iii) yang secara khususnya membenarkan perbelanjaan pengembumian didapatkan kembali memperkukuhkan pendapat ini.

(3) Setiap kali ia boleh ditunjukkan oleh seorang ibu bapa, pasangan yang masih hidup atau anak bahawa kehilangan wang atau nilai wang yang boleh dikira telah dialami dan akan terus dialami sebagai akibat langsung kecuaian orang yang bersalah, kehilangan tersebut boleh didapatkan kembali walaupun tidak terdapat sumbangan kewangan terus yang dibuat oleh si mati kepada atau bagi pihak orang untuk mana tindakan itu dibawa.

Obiter:

Seksyen 7(3)(iii) tidak menghalang seorang anak daripada mendapat ganti rugi kerana kehilangan perkhidmatan dan teman dari ibunya.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam,. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Sunday, 18 July 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES TUNTUTAN KEMALANGAN !


[1994] 3 MLJ 233
Chan Chin Ming & Anor v Lim Yok Eng
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL APPEAL NO
02–307–93

Judges PEH SWEE CHIN SCJ
EDGAR JOSEPH JR SCJ
MOHAMED DZAIDDIN SCJ

Date 12 AUGUST 1994
Citation [1994] 3 MLJ 233


Catchwords:

Damages (Personal Injury or Death) — Fatal accident — Appropriate multiplier — Claim by mother for loss of support in respect of unmarried son — Whether multiplier in s 7(3)(iv)(d) of the Civil Law Act 1956 applicable — Whether multiplier may be altered at court’s discretion — Civil Law Act 1956 s 7(3)(iv)(d)

Damages (Personal Injury or Death) — Fatal accident — Claim by mother for loss of support suffered on death of 24-year-old unmarried son — Duration of loss of support sustained by a parent compared with duration of loss of support sustained by a widow and her children — Possibility of the son getting married — Whether the possibility had been built into the statutory formula of 16 years’ purchase — Civil Law Act 1956 s 7(3)(iv)(d)
Damages (Personal Injury or Death) — Fatal accident — Claim by mother for loss of support — Mother received RM750 a month from son, half of which she spent on herself and the other half she spent on her other children — Whether mother could claim loss of support at RM750 a month — Civil Law Act 1956 s 7(1) & (2) — Guardianship of Infants Act 1967 ss 3 & 6

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif telah menuntut untuk kehilangan tempat bergantung disebabkan oleh suatu kemalangan yang membawa maut dalam mana anak beliau yang masih belum kahwin dan yang berumur 25 tahun (‘si mati’) terlibat. Hakim Mahkamah Tinggi telah memberi beliau award sebanyak RM144,000 atas dasar jumlah datum atau jumlah dasar sebanyak RM750 sebulan, tidak termasuk tuntutan untuk ‘lost years’. Hakim perbicaraan berpendapat bahawa jumlah itu merupakan purata jumlah wang bulanan yang diberi oleh si mati kepada plaintif sebelum si mati meninggal dunia. Defendan telah membuat rayuan.

Isu di hadapan mahkamah adalah:

(1) sama ada jumlah RM750 sepatutnya dikurangkan sebanyak separuh kerana plaintif hanya menggunakan separuh daripada jumlah itu untuk dirinya sendiri dan menggunakan separuh yang lain untuk tiga orang anaknya yang masih bersekolah; dan
(2) sama ada di dalam suatu tuntutan oleh seorang ibu bapa untuk penyaraan berkaitan dengan seorang anak lelaki yang belum berkahwin, jumlah tahun belian (‘years’ purchase’) yang telah ditetapkan oleh undang-undang sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam s 7(3)(iv)(d) Akta Undang-Undang Sivil 1956 (‘Akta itu’) terpakai.

Diputuskan:
Diputuskanoleh majoriti, membenarkan rayuan itu dan mengurangkan jumlah award itu kepada RM24,375 (Edgar Joseph Jr HMA bertentangan sebahagian):

(1) Di bawah s 7 Akta itu, orang yang berhak membuat tuntutan untuk kehilangan tempat bergantung berhubungan dengan seseorang si mati adalah isteri, suami, ibu bapa dan anak sahaja, tidak termasuk adik-beradik. Oleh itu, satu-satunya orang yang berhak membuat tuntutan di dalam rayuan ini adalah plaintif. Dengan itu, jumlah RM750 sebulan sebagai kehilangan penyara bersih bulanan dikurangkan kepada RM375 sebulan.

(2) (Oleh Peh Swee Chin HMA) Keadaan sistem undang-undang am yang berkaitan dengan tuntutan seorang ibu bapa sebagai seorang tanggungan untuk kehilangan tempat bergantung berkaitan dengan seseorang anak yang belum berkahwin sebelum penggubalan perenggan-kecil (d) adalah bahawa kehilangan tempat bergantung sedemikian akan dihentikan atau dikurangkan sebahagian besarnya apabila kontingensi yang hampir tetap berlaku apabila anak yang belum kahwin itu berkahwin. Jika hakim itu betul apabila membuat keputusan bahawa kemungkinan si mati itu berkahwin sekiranya beliau masih hidup merupakan suatu faktor yang telah diambil kira dalam penetapan formula statutori 16 tahun belian itu, ini akan bermakna bahawa aspek undang-undang ini telah dihapuskan atau ditukarkan. Parlimen tidak mungkin menyimpang daripada sistem undang-udang am tanpa menyatakan tujuannya secara teramat jelas yang tidak wujud di dalam kes ini.

(3) (Oleh Peh Swee Chin HMA) Bilangan tahun belian telah dikurangkan kepada tujuh tahun dan daripada itu, mahkamah telah menolak kehilangan tempat bergantung sebelum perbicaraan sehingga tarikh perbicaraan yang biasanya telah diawardkan. Oleh itu, kehilangan tempat bergantung telah dikurangkan kepada RM24,375.

(4) (Oleh Edgar Joseph Jr HMA (bertentangan sebahagiannya) Apabila menggubal peruntukan terperinci s 7(3)(iv)(d), Parlimen bertujuan untuk menghilangkan budi bicara mahkamah untuk memilih pengganda yang sesuai apabila mentaksirkan kehilangan mata pencarian seseorang si mati untuk tujuan tuntutan bagi kehilangan tempat bergantung di bawah s 7(1). Jikalau tidak, mahkamah boleh menulis semula statut itu atau mengetepikan peruntukan statutori yang sangat jelas dan memilih pengganda yang sesuai dengan menggunakan budi bicaranya.

(5) (Oleh Edgar Joseph Jr HMA) Kontingensi seperti kemungkinan si mati itu berkahwin sekiranya beliau tidak meninggal dunia di dalam kemalangan itu dan, dengan yang demikian, penyumbangan beliau bagi menyara ibunya akan dihentikan atau dikurangkan secara substansial, telah dimasukkan ke dalam formula statutori 16 tahun itu.

(6) (Oleh Edgar Joseph Jr HMA) Mahkamah tidak mempunyai kebebasan untuk mengurangkan bilangan tahun belian daripada 16 tahun ke tujuh tahun, walau sedikitpun. Untuk sebab yang sama, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat sebarang pemotongan bagi tempoh yang mahkamah boleh memberi award sebelum perbicaraan untuk kehilangan tempat bergantung sehingga tarikh perbicaraan, daripada bilangan tahun belian.
(7) (Oleh Edgar Joseph Jr HMA) Oleh kerana mahkamah tidak mempunyai budi bicara untuk menukar pengganda statutori, dalam cara yang sama, ia tidak boleh berbuat demikian secara tidak langsung dengan mengurangkan ‘multiplicand’.

Per curiam:

(1) (Oleh Peh Swee Chin HMA) Pengenalan perkataan, ‘kehilangan tempat bergantung’ ke dalam s 7(3)(iv)(d) Akta itu tidak menambahkan apa-apa yang baru kepada keadaan undang-undang, tetapi hanya mengandungi apa yang selalu diputuskan oleh mahkamah sebelum penambahan sedemikian.

(2) (Oleh Peh Swee Chin SCJ) Jangkamasa kehilangan tempat bergantung yang dialami oleh seseorang ibu bapa berkaitan dengan seseorang anak yang belum berkahwin biasanya tidak sebegitu panjang berbanding dengan, sebagai contoh, jangkamasa kehilangan tempat bergantung yang dialami oleh seorang balu dan anak-anaknya berkaitan dengan suaminya.
(3) (Oleh Edgar Joseph Jr SCJ) Fakta bahawa si mati telah memberi emaknya wang bukan sahaja untuk menyara dirinya sendiri tetapi juga membolehkannya untuk menjalankan tugasnya di bawah ss 3 dan 6 Akta Penjagaan Budak 1961, sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menyara, menjaga kesihatan dan pendidikan anak-anaknya yang masih bersekolah, tidak memberikan justifikasi kepada mahkamah untuk memperluaskan kelas orang yang dinyatakan di dalam s 7(2) Akta itu sebagai berhak membuat tuntutan bagi kehilangan tempat bergantung. Lebih-lebih lagi, suatu tuntutan untuk menambahkan nilai kehilangan tempat bergantung berdasarkan pertimbangan obligasi emak itu tidak boleh diramal secara munasabah oleh defendan pelaku tort dan oleh itu, adalah cacat kerana di luar duga.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

PETA PELAYAR