Utusan Malaysia
Janji beri tanah menang PRU-13, hanya janji kosong Pas - MB Pahang
KUANTAN 26 Jan. - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menasihatkan
rakyat supaya tidak termakan dengan janji Pas untuk memberikan mereka tanah lot
rumah sekiranya parti itu menang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)
nanti.
Beliau berkata, ia hanya berupa janji kosong yang agak mustahil untuk
ditunaikan kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga
peratus tanah sahaja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di
seluruh negeri.
"Yang lain adalah tanah rezab seperti rezab hutan, lombong dan tasik yang
tidak boleh digunakan. Rakyat negeri ini pun kini berjumlah 1.5 juta orang dan
dengan keluasan tanah hanya 100,000 hektar yang boleh digunakan, adakah Pas
boleh berbuat demikian?.
"Jadi, orang jahil ini hanya boleh tipu orang jahil sahaja, kalau mereka yang
tidak jahil, dia tidak boleh tipu,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri
majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan
Tionghua Kuantan di sini hari ini. — BERNAMA
Penghuni Gua : Janji air liur basi boleh lah. Itu jelah keja puak serban ini. Dalam serban tu penuh dengan ulat dan idea nak bohongi rakyat aje. Kerjanya tak lain hanya nak perabih tanah di tiap negeri. Jani dapat memerintah.
2. Itulah yang terjadi di Kelantan. Habis segala bukit, lurah di teroka haram. Sebab banyak sangat YB-YB PAS ni berjanji mulut / air liur masa PRU. Jadi lepas PRU maka berbomdonglah mereka ini meneroka tanah dengan alasan telah dijanjikan oleh YB PAS. Itulah yang PG lihat semasa bertugas di Kelantan sekitar 1990an dulu.
3. Kerja lain tak ada. Berkuasa aje , tak lain ada dalam serban......................kira nak bahagi tanah sesama sendiri aje. Cuba siasat betul-betul.................baik pak haji PAS atau pak lebai PAS di Kelantan. .............Tanah masing-masing boleh buat jirat cina ( banyak dan luasnya ). Kalau berbual dengan ketua cawangan / kawasan PAS aje cukuplah...................berbual dan berbangganya mereka ini bila bincang bab tanah aje . Siang malam..............................Asal ada tanah kosong .................tak sampai dua hari................siaplah. Esoknya kita lihat bukit dan hutan pun licin berminyak / gondol ditarahnya.
4. Inilah kerja Parti Adat dan Sukan ni. Kira nak kedarah tanah aje. Janji nak bagi tanah............kemudian mereka yang lebih makan kedarah tanahnya................................semua kita dah tahu perangainya..............
