
KOTA BAHARU: PAS Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan ia tidak ada kena mengenai soal politik.
Setiausaha Badan Perhubungannya Mohd Zaki Ibrahim berkata parti itu yakin Nik Aziz mampu menyelesaikan sendiri isu berkaitan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan menunaikan haji ke Tanah Suci.
"PAS Kelantan tidak pernah membincangkan soal ini kerana ia bukan perkara politik sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat badan perhubungan parti itu di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : PAs Kelantan kelihatan aneh dalam soal rasuah haji TGNA dan menantunya di PMBK . Juga rasuah menantunya mempergunakan TGNA untuk dia sendiri pergi Mekah dari rasuah syarikat yang berkepentingan dengan PMBK. Kata PAS Kelantan mereka tidak mencampurinya kerana ia bukan perkara politik dan boleh diselesaikan sendiri oleh TGNA.
2. Apa yang PAS Kelantan cakap ini. PMK dan kerusi Menteri Besar itu kepunyaan TGNA dan PMBK itu hak TGNA serta menantunya? Ini bukan soal politik atau TGNA boleh selesaikan sendiri. Ini isu kepentingan ramai dan melibatkan kepentingan negara. Duit orang ramai membayar cukai. PBMK itu pun bukan kepunyaan TGNA seperti stesen Minyak Petronans anaknya. kalau mengenai Stesen Petronans anaknya kita semuapun tak akan campur tangan.
3. Mana prinsip PAS yang berteraskan islam, berani tegakkan hukum Allah, integriti yang selalu diperjuangkan, mana ketelusan? PAS Kelantan sudah menjadi menuafik dan takut menegur walaupun salah dari segi islam. Ini bukan politik . Ini jenayah dan kepentingan umat. Ia menyangkut kepentingan masyarakat. Ia bukan hal anak beranak dan bukan hal anak menantu.
4. Laugan PAS nak tegakkan hudud kalau kita semua dengar nak demam kita dibuatnya. Tetapi cakap ajelah. Kalau di lihat dalam kes ini, nak tegur TGNA pun tak berani apa lagi nak laksanakan hudud. Allah dan Mohamad S.A.W pernah memperingatkan : Berkata benarlah walaupun pahit. Ini tak pahit mana pun. Boleh ditegur dan boleh dihukum pun menantunya dan paling tidak poun sebagai MB boleh menyingkirkannya dari PMBK. Takkan perkara ini pun PAS Kelantan tidak berani menegur.
5. beginikah parti dan pemimpin yang mengwar-warkan dengan gahnya akan laksanakan hudud? Perkara sekecil ini pun, tidak berani hendak diakukan. Hanya mengur dan menasihati TGNA. Bukan suroh bunuh dia pun. yang salah, tetap salah. Mengapa cuba mengalihkan dengan mengatakan TGNA boleh selesai sendiri danmengatakan ini bukan isu politik ?
6. Kepada PAS : Sudahlah. Buang ajelah kopiah, tanda puttu di dahi ( macam tattoo ajje pun ) buang segala jubah dan serban , hatta janggut yang mengurai tu, kalau perkara ini boleh dimainkan dan masih hendak diputar belit. satu perkara juga : isu ini juga menyentuh aspek agama pegangan kita. Islam halalkan ke rasuah dan tidak amanah dalam tugas ?
7. Kalau begitu senang lah..................PM pun boleh juga le cakap macam PAS Kelantan iaitu , isu PKFZ tu pun bukan isu politik dan PM boleh selesaikan sendiri. Macam mana? Sama bukan?
8. SENANGNYA CARA PAS KELANTAN MENCUCI TANGAN DAN SENANGNYA CARA PEMERINTAHAN ISLAM PAS KELANTAN. KALAU MACAM NILAH ! DAP, GERAKAN DAN PKR PUN CAKAP DIA JUGA MEMERINTAH MENGIKUT ISLAM.!!!!
