( Pulau
Mabul Semporna mac 2012 )
Beberapa
orang jemaah di sebuah surau Jumaat di Taman Cempaka, Pandan Indah berasa
kurang senang dengan khutbah disampaikan seorang penceramah bebas yang
menyokong pendidikan tinggi percuma di Malaysia.
Seorang
anggota jawatankuasa Surau al-Falah, Ishak Darus berkata beberapa anggota
jemaah itu mengeluh kepadanya bahawa khutbah tersebut terlalu bersifat politik.
Katanya,
jawatankuasa itu juga memutuskan untuk tidak lagi menjemput khatib berkenaan
selepas ini.
Tambahnya,
penceramah berkenaan antara lainnya berkata bahawa banyak negara menyediakan
pendidikan percuma dan kerajaan yang gagal bertindak demikian adalah kerajaan
yang zalim.
Katanya
lagi, khatib berkenaan secara tidak langsung menyebut mengenai pinjaman pelajar
melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Jelasnya,
khatib berkenaan menggunakan teks khutbah sendiri walau dibekalkan teks yang
disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Penghuni
Gua : Inilah contoh Khatib jahat. Yang menggunakan mimbar
untuk tujuan politik.Membelitkan ayat quran untuk kepentingan mereka. Mereka
hanya membaca ayat-ayat yang membawa kepentingan politik mereka.
2.
Ayat-ayat Quran yang menekankan kewajipan umatnya membayar hutang di sorok .
Semua ayat yang di baca hanyalah untuk memburukkan PTPTN dan kerajaan. Mereka
menidakkan dan meyorok kewajipan membayar hutang yang ditekankan oleh Islam.
3. Apa
moral kisahnya ini? Tak lain ... inilah contoh Imam dan Khatib jahat.Menggunakan
mimbar untuk kepentingan politik bodoh mereka. Politik mereka , yang setiap
hari... mengeluarkan fatwa yang berlainan.
4.
Sebab itu sehingga kini... parti dan puak ini ... Allah masih tak benarkan
mereka memerintah. Allah hanya memberi sedikit sahaja kuasa di beberapa negeri
dan di dunia.Itu pun bukan main zalim lagi mereka. Darah sesama umat Islam pun
halal di setengah negara. Tetapi semuanya mengaku lebih Islam dari Islam yang
lain.... Sebab itu dari dulu sehingga kini.... Allah berikan sedikit kuasa
kemudian, Allah tarik kembali. PG percaya , Allah akan melakukan penarikan
kuasa ini sekali lagi di PRU13. InsyaAllah.....
5. Tak
ke bodoh dan jahat namanya ini. Jubah dan serban aje pelindung perbuatan jahat
mereka.
6. Tak
gitu ??? Boleh bbbbblllllaaaahhhhh lah........ah........
