FOLLOWERS

Showing posts with label PELAJARAN / KELUARGA. Show all posts
Showing posts with label PELAJARAN / KELUARGA. Show all posts

Thursday, 19 November 2009

KEPUTUSAN UPSR : TAHNIAH NOOR MATTA SIMMIA BIN ARIF



Baru sekejap tadi isteri PG menalifon untuk memaklumkan anak PG yang ketiga ,Noor Matta Simmia ( gambar ) yang mengambil peperiksaan UPSR di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Berendam telah mendapat keputusan peperiksaannya dengan cemerlang. Dapatlah 5A. Alhamdullillah. Mungkin nak masukkannya ke MRSM Terendak Kem , Melaka kalau dapat.InsyaAllah .

2. Anak ini juga baru sahaja dapat hadiah minggu lepas dari sekolah yang sama kerana akan mewakili Negeri Melaka dalam acara menembak Air Pistol dalam SUKMA pada Oktober tahun 2010 di Melaka.

3. Tinggal seorang lagi yang belum mendapat keputusan Peperiksaan iaitu anak ketiga Noor Saddam Marwan yang masih menunggu keputusan PMR yang akan keluar sebulan dua lagi. Mudah-mudahan mendapat keputusan cemerlang juga.

4. Setakat ini syukor alhamdullillah semua anak PG menjadi juga le. Yang sulung perempuan Nor Dalila Diyana akan dapat ijazah di UUM dan dijangka tamat pengajian pada June 2010. Juga Yang kedua masuk Kolej Mara di Kelantan dalam bidang IT . Dah tahun 2.

5. Inilah sahaja harta yang ada pada PG . PG pun masih belajar walau dah tua bangka ini. sedang menghabiskan masters di UKM. Dijangka tamat pada 29 Dis 2009. Ini pun sedang menonggeng juga le di KL untuk siapkan tesis. Masih tak siap-siap. Dah panas punggung dan seluroh badan dah mula berpeluh.

6. Ok le. Alhamdulillah. Syukor. Terima kaseh kepada isteri yang bertungkus lumus menjaga anak-anak. Semuga anak-anak anda juga demikian atau lebih lagi cerdiknya.


PETA PELAYAR