FOLLOWERS

Showing posts with label PENGANGKUTAN AWAM / TEKSI KL. Show all posts
Showing posts with label PENGANGKUTAN AWAM / TEKSI KL. Show all posts

Friday, 14 August 2009

PEMANDU TEKSI BERPERANGAI SAMSENG / PENYAMUN DI HENTIAN PUDU RAYA ! TIADA TINDAKAN !

Penghuni Gua : Pagi tadi jam 0800 PG menaiki bas Transnasional dari Pudu Raya ke Melaka.

2. Apa yang hendak diceritakan ialah gelagat penyamun / samseng pemamndu teksi di kawasan pudu raya ini. Kawasannya ialah di tempat parking di hadapan Hentian Pudu Raya iaitu betul-betul disebelah hotel Citin. Pemandu teksi penyamun / samseng ini menjalankan kegiatan mereka.


3. Hampir 30 minit PG perhatikan mereka ini mengambil penumpang dengan menggunakan tambang tanpa menggunakan meter. PG melihat sendiri di mana seorang pelancung India yang hendak ke KLCC apabila ditanya mereka mengatakan harganya RM30.00.

4. Semua teksi yang parking di sini akan mengenakan tambang tanpa meter. Selain itu menyusahkan bas dan kenderaan yang lau lalang untuk bergerak kerana teksi ini meletakkan kenderaan secara berlapis. Juga kawasan ini adalah hanya untuk Bas Bertingkat sahaja. Ia bukan parking untuk teksi.

5. Pihak JPJ ada membuat pemantauan di kawasan ini iaitu di kawasan menghadap ke Centarl market. Mengapakah perkara ini ( terutama mengenakan tambang tanpa meter ) dibiarkan tanpa sebarang tindakan. Ia telah lama berlaku dan menjadi sungutan penumpang.


6. Susah sangatkah untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap teksi samseng ini? Kemana JPJ dan LPKP. Masih tidor lagi. Atau akan mula bekerja hanya apabila PM melawat Hentian Pudu Raya sekali lagi ?

7. Sudah berbuih dan letih PM mengarahkan agar sistem penyampaian diperbaiki. Bos-bos masih memandang syiling di kerusi empuk masing-masing. Mana manalah 6 NKRA PM akan tercapai kalau ketua-ketua jabatan seperti ini masih tidor?

PETA PELAYAR