KUALA LUMPUR 17 Sept. – Perjuangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dilihat selari dengan matlamat Barisan Nasional (BN) kerana ia tidak pernah menjejaskan kepentingan kaum lain.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, apa yang diperjuangkan oleh Perkasa adalah untuk kepentingan kaum Melayu sama seperti UMNO yang merupakan salah satu parti komponen dalam BN.
‘‘Saya percaya kaum lain di negara ini juga mempunyai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mereka sendiri yang berusaha untuk memperbaiki nasib dan membantu menyelesaikan masalah kaum mereka sama seperti apa yang Perkasa lakukan sekarang.
‘‘Oleh itu, adalah penting bagi kami sebagai pihak yang memerintah mendengar apa yang diperjuangkan oleh Perkasa dan NGO-NGO lain supaya kami boleh sedar di mana kekurangan dan dalam masa yang sama dapat membaiki kelemahan sekali gus memuaskan hati rakyat,’’ katanya………………………………………..
Selain itu, menurut Mukhriz, kerjasama dengan NGO seperti Perkasa dapat membantu memperkemaskan lagi hala tuju negara pada masa hadapan.
Katanya, kerjasama tersebut tidak merugikan sebaliknya memberikan faedah kepada semua pihak.
‘‘Jadi kami amat terbuka untuk berdialog bukan sahaja dengan Perkasa malah dengan NGO-NGO lain jika ia adalah untuk kepentingan kita bersama yang hidup di bawah satu bumbung,’’ jelasnya…………………………………………………………………….. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Hello Khairi. Adakah anda masih bermimpi? Tak payah bagi salam pada KJ ni. Mungkin salam pun dia tak reti nak jawab kot. Begitu juga kot dengan Nazri dan Ku Nan. Namanya aje melayu tapi tak berjiwa melayu!!!!
2. Kepada KJ, Nazri dan Ku Nan, tiap butir percakapan kita, perlu pakai otak. Mukhriz cakap pakai otak. PM pun pakai otak. Anda dahlah cakap tak pakai otak tetapi di lihat tak berotak. Jadi hayati kata Mukhriz di atas. Jangan memusuhi PERKASA. Ia NGO melayu yang sah. PERKASA hanya pertahan hak Melayu yang termaktub dalam perlembagaan. PERKASA bukan nak ambil hak orang lain.
3. Kepada 3 spesis Melayu di atas tu, hayati juga pandangan PM kita yang tidak pun memusuhi PERKASA. Hanya 3 spesis ini aje yang lebih sudu dari kuah.
4. Cuma PG nak ingatkan kepada orang ini, apa yang kau orang nak memusuhi PERKASA yang sah mengikut perlembagaan? Dengan Hindraf , satu pertubuhan haram dan perkauman pun PM DS Najib mendengar suara dan pandangan mereka. Mengapa pula anda nak memusuhi PERKASA. Cuba buat bancian di dalam UMNO cukuplah, siapa MP dan ADUN-ADUN UMNO yang memusuhi PERKASA? Hanya 3 orang anda sahaja.!!! Tak percaya sila 3 mangkok ini buat bancian !!!
5. Mengapa anda bertiga , tidak mendesak MCA dan MIC menjauhi Hindraf dan Pertubuhan Cina SIQUI yang asyik membuat tuntutan melampau dan asyik nak menganggu hak orang Melayu dan Bumiputra di dalam perlembagaan?
6. Kepada KJ, Nazri dan Ku Nan, Pakai otak lah sikit . Apa yang PERKASA perjuangkan adalah ruang kosong yang ditinggalkan dan yang Melayu lihat Pemuda UMNO dan sebahagaian pemimpin UMNO tidak mampu perjuangkan. Jadi jangan dan bermusuh dengan PERKASA.
7. Kamu bertiga yang nak berbaik sangat dengan pertubuhan Cina serta parti Cina : Apa yang kamu dapat? Sokongan mereka? Jangan haraplah !!!!!!!!!!!! Kamu bertiga hanya diperbodohkan oleh mereka sahaja!!!!!
8. PG kesian juga kepada PM DS Najib kerana memiliki para pemimpin yang " slow " dan tiada berpandangan jauh. Berbuih PM / Pengerusi BN berusaha memulihkan kerajaan dan BN , tetapi 3 pemimpin ini masih tidor dan kerap merosakkkan apa yang kukuh. Ketiga mereka ini kerap menaruh harapan kepada yang belum pasti dan sentiasa nak berpaut pada dahan yang rapuh. Dahan yang kukuh nak dipotong / di kerat. Tak ke bodoh namanya!!! Tak gitu ?
Nota : Kepada DS Najib, adalah lebih baik singkir dan jauhkan ketiga spesis di atas dari UMNO. Ada mereka bertiga pun, buat semak UMNO aje. Mereka bertiga ini satu liabuliti kepada UMNO dan kepada kerajaan pun!!!!!!!!!!!! Tak gitu ?
2. Ingat !, kita tak kacau hak orang lain. Kita dan PERKASA hanya pertahankan hak kita sahaja seperti termaktub dalam perlembagaan!!!





