PKR tidak kompromi dengan politik ekstrem
Dzulfikar Mashoor
Dzulfikar Mashoor
PETALING JAYA, 5 Okt: PKR tidak akan berkompromi dengan dengan mana-mana anggota parti yang bersekongkol dengan politik ekstrem Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa).
"Kita tidak akan berkompromi dengan api perkauman yang ditiupkan oleh Perkasa dan Umno ini.
"Parti Keadilan Rakyat adalah parti untuk semua bangsa, ayuh kita tolak anasir ekstrem Perkasa dan Umno ini," ujar kata Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub tengah hari tadi di Akademi Keadilan. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Biar betul. Macam tak percaya sahaja PG dengan kenyataan Naib Presiden PKR ini. Macam mimpi pun ada.
2. Tolak politik ekstrem? He he he he !!! Cakap biar betul. Ini cakap macam lidah biawak aje. PERKASA mana ada perjuangkan politik ekstrem. PERKASA juga bukan berjuang atas dasar politik. PERKASA adalah NGO yang berjuang untuk mempertahankan hak Melayu dan Bumiputra seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Jadi apa ceritanya kata PERKASA perjuangkan politik ekstrem?
3. Perkara yang diperjuangkan oleh PERKASA memang dah termaktub dalam perlembagaan. Apa masalahnya. PERKASA cuma pertahan dengan cara menyuarakannya dan mengikngatkan semua pihak mengenai keujudan hak tersebut. tak lebih dari itu. PERKASA bukan ambil hak orang lain. Hanya pertahankan hak Melayu dan Bumiputra seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
4. Siapa yang berpolitik ekstrem? PERKASA atau PKR. Yang ekstrem pada pandangan PG ialah PKR. Sejaka 1998 asyik berdemo sahaja dan menjahanamkan harta benda. Merusoh sana sini menyalahkan orang lain bagi membebaskan seorang penjenayah.
5. Siapa yang berdemo haram tiap hari sejak 1998. Kereta TV3 di rosakkan, kereta polis dirosakkan. Siapa dok berdemo haram sampai ke Istana negara.
6. Siapa berdemo haram di masjid negara 1998 dulu. Tak kumpulan ini?
7. Kepada PKR dan Naib Presiden ini, lihat diri sendirilah.....................Punggung sendiri penuh najis.
8. Kesian PG melihat gelagat mereka ini. Mereka sebenarnya mengutuk diri mereka sendiri. Pengundi muda..............Fikirkan. Inikah manusia yang kita nak berikan amanah untuk menjaga negara dan anak cucu kita di masa depan? Maaf lah untuk PG.

