Berita harian20 apr 2009
Lim dibidas guna media isu Fairus
GEORGETOWN: Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim hari ini membidas tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menggunakan media sebagai perantaraan untuk menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap parti itu serta penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
GEORGETOWN: Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim hari ini membidas tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menggunakan media sebagai perantaraan untuk menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap parti itu serta penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, tindakan Lim menyuarakan kekecewaannya berhubung isu calon pengganti Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) serta peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti menerusi media adalah tidak wajar kerana kedua-dua parti itu mempunyai saluran dalaman untuk berbincang.
"Sebagai parti yang bergabung di bawah satu pakatan, mengapa beliau tidak boleh berbincang sendiri dengan Anwar atau saya berhubung isu mencari calon pengganti Mohammad Fairus sebagai TKM1 dan Adun Penanti? Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Marah nampaknya orang kuat DSAI. Apa nak marahkan KM Lim Guan Eng. Bagus le YB LIM bagi tahu surat khabar / media. Kerajaan PR memang dan menjunjung ketelusan dan integriti ( CAT ) yang kerap dilaungkan . Jadi inilah CAT . Telus. Apa nak sorok. Memang KM Lim tak senang dengan keadaan ini dia akan suarakan. Lim yang menjadi Ketua Pentadbir di Pulau Pinang. Jadi dia berhak untuk suarakan pandangannya kerana ini akan menjejaskan kewibawaan dan kecekapan kerajaan yang diterajuinya.
Atau yang Dato Zahrain marah sangat kerana Lim desak DSAI percepatkan perlantikan TKM1. Mungkin dia bimbang dia akan terlepas peluang untuk menjadi TKM1. Itu yang berkehendakkan pun. Semua dunia sudah tahu. Itu yang kata Fairos malas lah dan tiada berjumpa dengan pengundi lah. Inilah Zahrain. Siapa tidak kenalnya. Dari dalam UMNO lagi dah macam tu.

Jadi jangan hipokritlah. Kalau kerajaan anda pejuang CAT apa nak takut. Telus. teluslah. Apa nak sorok dari pengetahuan rakyat. Buang sahaja prinsip dan slogan CAT tersebut. Dulu bising dan tuduh kerajaan BN telus dan suka sembunyi malumat lah dan berbagai tohmahan lain. Kena batang hidung sendiri semuanya nak di sorok. Nak sangat kot TKM1 tu kot. Sabarlah. Apa nak bising-bising. Kalau Dato bising sangat lagi tahi dipunggung akan lebih berbaunya dan mungkin melepasi selat Pulau Mutiara tu.
Telus, telus. PR memang telus. Sokonglah anda semua. Selalunya mereka yang berkehendakkan sangat jawatann tu maknanya......................................lagi teruk dari yang dah letak jawatan.
Lu Fikirlah sendiri................................
