Bekas isteri yakin ADUN Melor mampu bayar RM3j
19/11/2009 6:33pm
19/11/2009 6:33pm
KOTA BHARU 19 Nov. — Bekas isteri Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Melor, Siti Aishah Chou Abdullah, 25, yakin bekas suaminya mampu membayar tuntutan mutaah sebanyak RM3 juta berdasarkan kemampuan defendan.
Siti Aishah yang berasal dari Kemboja berkata, ini kerana defendan Wan Ismail Wan Jusoh pernah memberitahu bahawa dia (Wan Ismail) mempunyai wang simpanan sebanyak RM1 juta dalam bentuk saham amanah termasuk aset yang lain.
"Bekas suami pernah beritahu ada wang simpanan sebanyak RM1 juta dalam saham amanah tidak termasuk di bank simpanan yang lain.
"Defendan juga selain itu ada beberapa ladang getah di Gua Musang dan mempunyai syarikat di luar negara,” katanya ketika menjawab soalan peguamnya, Mohd. Sibri Ismail di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Abdullah Man. - Bernama

Penghuni Gua : Wow banyaknya harta ADUN Melor ni. Sudah buat pengistiharan harta pada MB Kelantan ke? Kalau tak istihar salah tu dan.................
2. Sudah berapa penggal YB ni jadi ADUN Melor? Saja-saja nak tahu. Minat juga PG nak jadi ADUN macam ni......................Terutama ADUN PR. ADUN dan MP PR tak susah. Pandai putar beli sikit, pandai cakap sikit dan rajin pergi ceramah cukup le , lepas tu sebar fitnah banyak-banyak. Orang bagi duit pun boleh ambil kerana takkan jadi rasuah . Itu sedekah dan beri dengan ikhlas. . Bukannya perlu fikir pelan strategik untuk bangunkan negeri dan negara. Senang bukan ?