FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / AGAMA. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / AGAMA. Show all posts

Thursday, 3 June 2010

PERANAN ULAMA : PERPADUAN BUKAN PERPECAHAN !





KOTA BAHARU 31 Mei - Kecenderungan ulama masa kini terlibat dalam politik sehingga timbul kesangsian terhadap mereka adalah antara faktor golongan ini tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat, kata Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan, Datuk Prof Hussin Abdul Rahman.

Sambil menyifatkan ulama masa kini semakin kebuntuan untuk mengutamakan antara ideologi politik dan kebenaran, beliau berkata ulama kini seharusnya melihat kepada legasi ulama terdahulu yang merupakan pemimpin yang dihormati dan diingati kerana mampu menegakkan kebenaran meskipun terpaksa mengetepikan kehendak dan naluri sendiri.
"Istilah ulama sebenarnya merupakan golongan pemimpin yang memahami tuntutan kebenaran, mereka merupakan golongan yang menyelesaikan, pemikir yang berfikir dengan berpaksikan kebenaran untuk dijadikan satu teladan.

"Namun, disebabkan delima politik, terdapat perilaku ulama yang menimbulkan kesangsian dan kebuntuan sehingga harapan masyarakat kepada ulama kini tidak lagi dipenuhi. Sebagai contoh mereka sepatutnya menyumbang kepada perpaduan tetapi mereka jadi benih perpecahan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara di sini hari ini.

Hussin berkata bagi menimbulkan kesedaran terhadap kedangkalan ulama antara mempertahankan kebenaran dan politik, UiTM menganjurkan Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara itu bagi mengangkat kembali martabat ulama di negara ini dengan cara mencontohi dan mengingati perjuangan ulama terdahulu. - Bernama

Penghuni Gua : Fikirkan. Jangan sampai ulama hilang penghormatan dari rakyat awam seperti kami. Sekarang ini , melihat telatah setengah ulama kita sebagai awam ini semakin naik menyampah. Mulut mereka lebih teruk dari kami semua . MasyaAllah!!!. Siapa mereka? Semua sudah tahu.!!!!

Thursday, 11 June 2009

USTAT BERMULUT KOTOR : INI KAH CONTOH KEALIMANNYA?



Dipetik dari blog :Pejuang Bangsa

Inikah contoh mereka yang bergelar ustat? Percakapannya lebih teruk dari mereka yang kafir. Tiada adap. Menghina fizikal Dr Zambry. Fizikalnya pemberian Allah. Apa yang dihina fizikalnya begitu. Anda lebih hina darinya kerana memburuk dan memperlekehkan kesucian Allah yang menjadikan Dr Zambry berfizikal sedemikian.

2. Ribut di Perak dikatakannya gempa bumi dan bala Allah. Apa ni. Rujuklah dengan jabatan Meteorologi. Ini main hentam aje. Langsung tak berilmu. Agama jauh sekali. Asyik memburukkan orang dan menghina orang dan menyebar fitnah sahaja.

3. Jadi , kepada semua pelayar: fikirkanlah sendiri. Adakah orang sebegini layak menjadi tempat rujukan kita dalam hal agama? Mungkin inilah contoh ustat yang bakal ke neraka yang telah Allah janjikan.

4. Semuga Ustat Badrul ini cepatlah bertaubat. Bertaubatlah sebelum terlambat. Lagi banyak cakap lagi jauh kesesatan anda ustat. Nanti tak sempat bertaubat seperti mana Buniyamin dulu. Nasib baik Tun M ampunkan. Buanglah kopiah tersebut sebelum anda menghina orang, fitnah dan menghina ciptaan Allah. Tak lah nampak kedunguan anda dan tidak merosakkan imej Islam.

PETA PELAYAR