FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / DOA HAJAT PAS. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / DOA HAJAT PAS. Show all posts

Friday, 5 March 2010

SEMBAHYANG HAJAT UNTUK MOHSIN : CADANGAN BODOH ULAMA JAHAT !




Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mengeleng kepala PG bila membaca kenyataan ulama jahat ini yang mahu bersembahyang hajat bagi memohon Allah menghukum Mohsin. Disarankan oleh islam ke?

2. PG juga bersembahyang hajat agar PAS dan PR tidak akan dapat memerintah Malaysia sampai bila-bila kerana menjaja agama untuk tujuan politik dan kerana setiap waktu memfitnah dan memburukkan sesama islam.

3. Doa PG setakat ini dimakbulkan. PAS dari dulu dinafikan untuk memerintah kecuali di Kelantan. Ini mungkin hukum Allah kepada mereka. DSAI juga di tuduh di mahkamah kerana meliwat Saiful. Ini semua juga mungkin makbul doa PG.

4. Jadi bagaimana sekarang jika analogi sembahyang hajat dimainkan.

5. Sembahyang hajat PG atau sembahyang hajat ulama jahat ini yang dimakbulkan dan yang benar.

6. Kalau ikut sifir PAS, sekiranya ada sesuatu terjadi kepada Mohsin akan datang , maka penyokong dan pendokong PAS akan mendakwa sembahyang hajat mereka dimakbulkan. Jadi dengan sifir yang sama , PG menggunkan sembahyang hajat PG di atas juga di makbulkan oleh Allah.

7. Yang mana satu yang bentul dan benar?

8. Jadi kesimpulannya , janganlah menggunkan hal agama untuk menipu dan menakutkan pengikut. Akan terjadi lebih bodoh pengikut anda semua. Sudahlah. Cukuplah apa yang anda telah lakukan dan berbuat jahat di muka ini. Ulama buatlah kerja ulama. Tak payahlah bab politik pun nak gunkan agama untuk mengenakan pihak lain.

9. Sudah, sudahlah menjadi ulama jahat. Dah meluat sangat kami melihatnya.

PETA PELAYAR