
Kongsi 4Semuanya bermula apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada Mac 2008 apabila mereka hanya ditinggalkan laci-laci yang kosong, tanpa sehelai kertas pun.
"Kami tidak tahu hendak mula daripada mana. Kami tidak tahu apa yang telah berlaku. Ia ambil masa 3 bulan untuk (kerajaan negeri) pulih."
Demikian cerita exco perlancongan Selangor Elizabeth Wong - yang mencadangkan diperkenalkan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) - tentang kepentingan maklumat kepada kerajaan dan orang ramai. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Enakmen kebebasan maklumat? Kebebasan maklumat ? PR nak bercakap kebebasan maklumat. Diam ajelah.
2. PR nak cakap hal kebebasan. Hentikanlah. Utusan, Berita Harian dan beberapa akhbar lain serta TV3 pun dilarang sehingga kini untuk membuat liputan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah serta Kelantan. Lapuran yang tidak menyebelahi mereka , dilaranglah segala media membuat liputan. Bab baiah pun dikunci semua mulut pemimpin PAS untuk berkata sesuatu.
3. Eli wong nak bercakap mengenai kebebasan? tak payahlah. Pendedahan media mengenai kebogelannya pun di larang dan dibuat berbagai cara untuk menutupnya. Alasanya, hal peribadilah dan sebagainya.
4. Sudahlah Eli. Sudahlah PR. Sudahlah. Bebas semuanya bila menguntungkan anda. Bila terkena batang hidung sendiri, ahli nak bercakap pun di gam dan disingkirkan dari parti. Lihat ajelah apa jadi pada YB Zahrin, Zul Kulim, kes baiah PAS dan sebagainya.
5. Cakap di mulut mengenai kebebasan boleh lah. Lihat aje bab curi pasir di Selangor! Mengapa marah-marah dan berbelit-belit alasanya bila media dan orang ramai serta tokoh politik dedahkannya. Sepatutnya dengan lapang dada siasat. dah nak kebebasan maklumat sangat, mengapa menepis bila kena isu curi pasir dan lombong pasir ini?
6. Kebebasan ? PR ini cakap aje boleh lah. Dengar boleh, ikut jangan sekali.
