FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / HINA AGAMA / PAS. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / HINA AGAMA / PAS. Show all posts

Wednesday, 12 August 2009

HINA ISLAM : TAK APA, KITA NASIHAT AJE : KATA TGNA !






Penghuni Gua : Apa dah nak jadi dengan TGNA ini. Tidak perlu bantah kata TGNA terhadap mereka ( orang kafir ) yang menghina islam.

2. TGNA ini belajar di mana ilmu ini. TGNA kata cukup sekadar nasihat dan memberi penenrangan melalui forum dan dailog. Adakah ini yang diajar islam ?

3. Isunya disini bukannya kafir ini tidak faham bahawa penghinaan pada semua agama itu tidak baik ? Semua agama melarang penganutnya menghina agama lain. Semua mereka ini faham. Perkara ini mereka faham. Apatah lagi dalam perlembagaan negara jelas , agama islam adalah agama resmi negara. Penghinaaan terhadap islam menang sesuatu yang salah disisi agama dan undang-undang negara.

4. Berapa banyak lagi nasihat dan forum yang perlu PAS buat ( ada ke PAS buat forum sebelum ini untuk memberi faham kepada mereka ini? ). Mereka ini telah 52 tahun merdeka. Semua rakyat berbilang agama faham bahawa tidak boleh menghina agama lain yang orang lain anuti. PBB pun ada membuat deklarasi mengenai perkara ini.

5. Adakah pemimpin DAP contohnya masih tidak tahu perbuatan menghina agama lain adalah salah di sisi agama masing-masing?

6. Cukup lah berpolitik Tok Guru. Agama ini perkara yang paling suci dan paling tinggi darjatnya. Kita mempertahankannya ( semua agama pun ) dengan nyawa, darah dan air mata. Anak pun kita sanggup korbankan kerana agama. Adakah semudah itu kita boleh membenarkan agama yang kita agungkan untuk dihina oleh penjahanam politik ini?

7. Bolehkah kami juga menghina agama lain terutama agama pemimpin DAP seperti mana mereka menghina islam? Apakah reaksi dan respon pemimpin DAP jika kita yang islam ini menghina agama mereka.

8. Ada perkara yang kita boleh bertoleransi. Tetapi bukan bab agama. Jika dibiarkan semudah itu semua penganut berbagai agama boleh menghina agama lain maka huru haralah negara ini. Islam juga akan menghina agama buddha, Hindu akan hina buddha, islam akan hina Hindu begitulah sebaliknya. Kemudian PAS, DAP buat forum untuk semua penganut agama ini faham! Adakah itu maksud PAS.

9. Adakah boleh pihak PG menghina agama pemimpin DAP atas alasan PG tidak faham? Anak PG berumar 12 tahun sekarang pun tidak pernah meghina agama lain. Habis tidak pun beliau akan bertanya mengapa agama ini beribadat dengan cara sekian-sekian. Tak ada pun dia menghina ibadat dan sembanhyang agama lain. Adakah begini yang PAS mahukan dan maksudkan.

10. Berapakah lagi dan sebanyak mana forum dan dialog yang boleh dan akan PAS akan buat bagi memahamkan penjahanam ini.

11. Fikirkanlah wahai orang islam semua. Adakah anda boleh menghina agama lain atas alasan tidak faham akan agama lain. Tidak cukupkan internet dan buku-buku dan duru-guru yang mengajar di sekolah dan universiti bahawa menghina agama lain adalah satu perbuatan yang paling hina ?
12. Mengapa PAS boleh menyokong usul dan fatwa Iman Khomenie agar hukuman bunuh terhadap Salman Rushdee kerana menghina islam jika benar PAS kata tak perlu bantah dalam kes DAP. Parti PAS berarak tak cukup tanah dalam isu Salman ini dahulu. Terpekik terlolong siang malam agar fatwa imam Khomenie ini terlaksana. Kerajaan Malaysia juga dikecam kononnya menurut PAS kurang keras tindakannya berkaitan dengan isu ini. Sekarang mengapa berbeza?

Bukan maksud agar PAS keluar fatwa yang sama dalam isu di Malaysia ini. Tetapi ianya sebagai contoh mengapa PAS memberikan dan wajah yang berbeza antara kes Salman Rusdee dan menhina agama pemimpin DAP? Ini isunya

13. Cukuplah anda bermuka-muka PAS. PG cadangkan penghina mana-mana agama pun wajib diambil tindakan undang-undang yang keras berdasarkan undang-undang negara termasuk ISA. Jika tidak dikawal dari awal maka tidak mustahil akan berlaku seperti di India dan Indonesia dimana pertumpahan darah antara penganut agama yang berlainan hanya kerana sebab kelemahan kerajaan dalam memberi pengajaran keras kepada pengkhianat dan penjenayah agama ini.

Nota: Di Swiszerland 3 tahun lepas , ada diterbitkan wajah karton Nabi Mohamad. Mengapa PAS memberi respon begitu hebat dan berdemo juga berhari-hari. Seruan jihat juga kedengaran. Mengapa dalam kes DAP ini boleh ubah hanya dengan forum? Cukuplah berpolitik. Bab agama ini tak usahlah berpolitik dan dipolitikkan. Jadi pelacur kita semua. Sebab semuanya boleh. Janganlah kina menjadi munafik hanya untuk kepentingan politik. Kalau nak bersifat munafik juga maka buang serban, kopiah, janggut, tanda hitam di dahi dan juga jubah. Menyampah.

PETA PELAYAR