
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar 'katak' sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang turut melompat parti.Beliau bagaimanapun mengakui pernah menganggotai banyak parti - Berjasa, Umno, Parti Semangat 46 (S46) dan kini menjadi wakil rakyat Bebas.
"Kalau dibandingkan dengan orang lompat parti, ada setengahnya lima enam tujuh parti. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Marah nampaknya Ibrahim Ali kerana ada yang memanggil nya katak.
2. Menurut Ibrahim, YB lain ada dan ramai juga yang lompat parti tetapi mengapa dia sahaja yang kerap dipanggil katak. Biarlah YB. Tak apa. PG kenal secara rapat dengan YB Ibrahim sejak tahun 1990. YB ini tahu mengapa saya kenal dan rapat dengannya.
3. Bagi menjawab pertanyaan Ibrahim senang aje . Katak-katak lain semua katak kemetot dan jenis katak "wong " ( bahasa Kelantan dan Terengganu untuk merujuk katak yang memanggil hujan ). YB Ibrahim adalah katak lain. Katak yang mempunyai standard yang tersendiri.
4. Sebab itu setiap perbuatan, percakapan dan batok Katak Ibrahim ini amat diberi perhatian dan berbisa pada ramai orang. PAS pun digoreng bulat-bulat dan dibodohnya sebegitu rupa sehingga boleh menyerahkan bulat-bulat Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Ali. Inilah kelebihan Ibrahim.
5. Anda lantrang dalam segala hal. Semua kawan dan lawan menghormati dan mengeruni anda. Biarlah apa yang mereka kata kepada anda. Anda berada pada kelas yang tersendiri. Sebab itu mereka ini tidak bising pada katak-katak lain. Katak-katak lain hanyalah katak wong ( yang hanya boleh buat bising aje ) dan katak puru sahaja ( diam dan kosong ideanya ).
6. Respon yang anda terima termasuk kritikan dan sebagainya dari perbuatan dan percakapan dan tindakan anda adalah kerana dan menunjukkan berbisanya tindakan, perbuatan dan percakapan anda. Jadi kritikan dan respon yang mungkin keterlaluan itu pada pandangan anda , pada PG adalah menunjukkan kelebihan yang ada pada anda dan tiada pada katak lain.
7. Kepada YB Ibrahim : Biarkan . Biarlah mereka memanggil anda katak. Anda katak yang ada kelas tersendiri. Anda pun katak pejuang bangsa , agama. Pakai serban, jubah dan harap tanda hitam di dahi pun buat apa jika buka mulut aje semuanya mengajak sesama islam bergaduh, memfitnah, mengkafirkan orang. Jika begitu " HIDUP DI DUNIA TIADA GUNANYA ".
8. Biarlah YB. Anda adalah katak terhebat dari banyak-banyak katak yang ada dipersada politik negara. Biarkan dan pastikan anda kekal sifatnya begitu. Jadi katak begini bagus Ibrahim. Boleh kemut keliling. Sesekali nak ketawa juga bagaimana pandainya strategi Ibrahim Ali mengemut dan mempermainkan PAS Kelantan termasuk TUAN GURU NIK AZIZ dan gengnya pasal parlimen Pasir Mas. Putih Mata pemimpin-pemimpin PAS sehingga sekarang bila mengenang parlimen ini.
9. Itu aje sebabnya Ibrahim............ Jadi jangan ambil hirau le. Teruskan lompatan berbisa anda.
