Inkues: Koroner arah siasat surat misteri
Ogos 19, 09 6:40pm
Mahkamah koroner hari ini mengarahkan polis melakukan siasatan lanjut terhadap kandungan sepucuk surat misteri yang mengandungi butiran berkaitan kematian Teoh Beng Hock.
Koroner Azmil Muntapha Abas yang meneliti kandungan surat itu berkata ia jelas terdapat beberapa elemen yang berkait rapat dengan perjalanan prosiding inkues tersebut."Oleh itu, saya perlu mengarahkan pegawai penyiasat kes ini Ahmad Nazri Zainal untuk menyiasat kandungan surat ini yang berkaitan dengan skop prosiding inkues bagi menentukan punca kematian (Teoh)," katanya, lapor Bernama. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Seperti mana PG telah tulis sebelum ini, inkues bagi menentukan sebab kematian Teoh samada kematiannya adalah bunuh diri, terjatuh atau dibunuh sudah tamat.
2. Tamat kerana 2 patologist telah mengesahkan bahawa kwmatian Teoh adalah disebabkan bunuh diri dan tiada unsur jenayah dalam kematiannya.
3. Surat misteri yang dkatakan ada kaitan dengan kematiannya dan mengandungi nama-nama pegawai SPRM dikemukakan oleh peguam Gobind Singh Deo kepada Koroner. Arahan Koroner agar pihak polis menyiasatnya.
4. Pada pandangan PG, ia hanya satu pembaziran masa dan hanya mainan peguam ini. Mungkin selepas polis selesai menyiasat surat ini akan ada lagi satu surat lain ( juga tanpa nama ) bagi mengaitkan kematian Teoh adalah satu pembunuhan. Biasalah: Ini taktik peguam bagi memanjangkan isu ini.
5. Apa pun , pada pandangan PG tindakan Koroner agar pihak polis menyiasat surat ini bagus juga bagi melenyapkan keraguan tentang isu kematian Teoh. Walau bagaimana pun, seperti PG cakapkan sebelum ini, inkues ini sebenarnya telah tamat pada hari 2 patologist mengesahkan kematian Teoh tiada unsur jenayah terlibat dan kematiannya hanyalah bunuh diri.
6. Surat tersebut tidak akan mengubah apa-apa dapatan dari inkues ini. Ia hanya bagi melengkapkan inkues tersebut kerana 2 pakar telah mengesahkan sebab kematiannya. Fullstop. Tiada kes.

