FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / IRAN. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / IRAN. Show all posts

Sunday, 21 June 2009

DARAH DI IRAN : APAKAH INI YANG KITA KEHENDAKI ?

Berita Harian
21 jun 2009

13 terbunuh dalam rusuhan di Iran

TEHRAN: Televisyen kerajaan Iran melaporkan 13 orang terbunuh dalam pertempuran ganas di antara polis dan apa yang mereka gelar "kumpulan pengganas".

Laporan itu tidak menyatakan bagaimana kematian itu berlaku tetapi sebelum itu ia melaporkan beberapa orang terbunuh apabila beberapa perusuh menyerang sebuah masjid di barat Tehran.

Laporan hari ini saluran rasmi berbahasa Inggeris itu menyatakan stesen minyak terbakar manakala perusuh juga menyerang pos tentera.

Ibu negara Iran itu dihujani keganasan ketika pasukan keselamatan bertempur dengan penyokong Mir Hossein Mousavi, yang mendakwa beliau memenangi pilihan raya presiden pada 12 June lalyu.

Laporan itu adalah pengesahan kedua berhubung kematian sejak bantahan umum itu. Media rasmi menyatakan tujuh terbunuh pada awal minggu ini.

Penghuni Gua : Apakah ini yang kita mahu di Malaysia. Jika dibenarkan dan diberi kelonggaran untuk perhimpunan tanpa dikawal atau rapat umum parti-parti politik dibenarkan secara bebas dan tidak terkawal atas nama demokrasi , inilah akibatnya.

2. Jika berlaku perkara ini di Malaysia ( sudah berlaku berulang kali secara terpencil ) maka pejuang-pejuang hak asasi ini akan menghilangkan diri. Jika ada pun akan menuding jari kepada kerajaan. Itu sahaja kepandaian mereka.

3. Kepada kerajaan, PG tetap berharap agar sebarang undang-undang pencegahan haruslah diperkemaskan dan dikekalkan supaya perkara seperti di Iran sekarang tidak berulang. Kepada mereka yang kerap mendesak agar semua undang-undang pencegahan dan mendesak diberi kebebasan bercakap dan berhimpun , mereka ini hanya pandai bercakap. Tugas mereka hanya bercakap tanpa tanggung jawab.

4. Sekiranya terjadi seperti di Iran , mereka akan lari dari tanggungjawab. Di Iran , semuanya berjubah dan berserban. Tetapi apabila menyentuh politik dan kepentingan masing-masing : kita lihat sendiri sekarang. Masing-masing mempertahankan mereka benar. Yang menjadi mangsa adalah rakyat.

5. Kepada kerajaan, jangan mengharapkan kumpulan ini akan membantu sekiranya terjadi hal yang sedemikian. Mereka lari kesemuanya. Mereka ini dayus. Bila negara aman , mereka inilah juara demokrasi. Lihat sahaja tragedi 13 mei. Semuanya lepas tangan. Akhirnya, yang menyelesaikan adalah kita semua yang dikatakan gulungan kejam, haram, anjing, maha firaun dan sebagainya.

6. Kepada semua : pertahankan ISA dan semua undang pencegahan yang berkaitan. Inilah benteng pertahanan kita yang terakhir sekiranya apa-apa berlaku. Bukan kekuatan senjata yang menentukan keselamatan kita akan terjamin. Tetapi undang-undang inilah bagi membendung dari peristiwa seperti di Iran berlaku di negara kita. Selamatkan ISA dan undang-undang sepertinya.......

7. Lihat gambar terbaru krisis di Iran : Inikah yang kita kehendaki ?








Friday, 19 June 2009

DEMONTRASI DI IRAN : MEREKA LEBIH ISLAM DARI YANG LAIN !

Selepas pilihanraya presiden , Iran dilanda pergolakkan hingga menumpahkan darah dan kematian. Sehingga kini, demontrasi masih berjalan setiap hari. Setiap pihak menyalahkan pihak lain. Yang kalah mengatakan ada penipuan. Yang menang kata ia telus. Semuanya pemimpinnya adalah cerdik pandai islam dan warak. Serban berbakul di kepala dan mulut berkumat kamit berzikir. negara pula gah dengan nama Republik Islam Iran.

2. Fikirlah sendiri. Semuanya mengaku islam. Amat islam. Tetapi kekacauan masih berterusan. Rakyat menjadi mangsa. Mengapa jadi begini ? Sebabnya mereka merasakan mereka lebih islam dan lebih baik dari yang lain. Di Malaysia pun ada mereka yang sebegini. Fikirkanlah ! Ini semua pun petunjuk yang Allah berikan untuk kita di Malaysia memikirkannya dan mengambil ikhtibar darinya.

3. Fikirkanlah..................






PETA PELAYAR