Majlis tempatan S'gor haramkan pertaruhan sukan
author_photo("Aidila Razak")
Aidila RazakMei 27, 106:14pm
Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Kali ini PG sokong 100% atas tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan negeri Selangor ini terhadap judi bola sekiranya ia diluluskan oleh kerajaan pusat bagi Pertandingan Piala dunia nanti. Pihak kerajaan tempatan berkuasa untuk tidak mengeluarkan lesen tersebut kepada premis seperti Sport ToTo. Atau batalkan lesen perniagaan mereka.
2. Tetapi adalah lagi baik sekiranya Damacai, Sport Toto dibatalkan terus lesen perniagaan judi asal mereka sekiranya kerajaan Selangor atau kerajaan PR yang lain betul-betul komited dan ikhlas. Atau selepas tamatnya lesen perniagaan mereka setiap tahun , jangan dilanjutkan lagi lesen premis perniagaan judi ini. Bagaimana ? Bagus bukan. PG amat setuju.
3. Biarkan Damacai atau Sport Toto mendapat lesen judi dari kerajaan pusat. Tetapi kerajaan tempatan yang diterajui oleh PR boleh dengan tidak mengeluarkan lesen atau menyambung lesen premis perniagaan mereka yang perlu diperbahari setiap tahun. Itu kalau PR ikhlas le. Mengapa sampai sekarang ia tidak dilakukan oleh PR yang sesuci bersih kain putih ini? Cakap aje kot!
4. Itu kalau kerajaan Selangor atau PR ikhlaslah. Jangan nak berpolitik atau atas kepentingan politik. Lesen judi kerajaan pusat lulus. Lesen premis perniagaan judi kerajaan tempatan / kerajaan negeri luluskan. Jadi apa masalahnya? Hapuskan keduanya iaitu judi biasa dan judi bola.
5. Segerakan PR! Jangan cakap aje Che Lateefaa Koya Kuttee oiii!!! Ini bidang kuasa anda!

