
Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus RM400
Ogos 18, 10 7:42pm
Ogos 18, 10 7:42pm
Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Tahniah kepada kerajaan Pulau Pinang kerana memberikan bonus raya RM 400 kepada kakitangan kerajaan negeri pada sep ini. Tetapi satu ajelah, kalau dulu bila kerajaan beri bonus mereka juga yang katakan ia rasuah dan memancing undi. Lihat lah dulu bila setiap kali kerajaan bagi bonus. Itulah lagu yang dimainkan oleh mereka. Apa pun baguslah , kerana harga barang pun naik sikit dan dengan bonus ini , PG berpendapat ia boleh meringankan sedikit beban rakyat.
2. Kerajaan Pusat apa lagi. Bila nak beri bonus. Keadaan ekonomi bertambah baik. Semalam Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti memaklumkan pertumbuhan ekonomi negara dah melonjak kepada 8+ % . Jadi apa salahnya kerajaan pusat memberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam yang sudah lama orang seperti kami tidak mendapatnya.
3. Apa salahnya diberi dalam 2 kali bayaran iaitu sebelum hari raya dan sebelum penggal persekolahan bermula pada jan 2011. Ringan sikit bebannya.
4. Banyak juga untungnya beri bonus kepada kakitangan awam ini kerana ia akan menggerakkan ekonomi. Sebabnya ia akan mengerakkan pasaran disebabkan kakitangan awam akan berbelanja dan ini akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
5. PG berpendapat, PM mungkin akan mengumumkan sedikit masa lagi. PG harap dapat le bonus sebulan gaji. Dapat kot !!! PG tiap hari dapat bonus. Tetapi dah tak larat terimanya kerana yang PG dapat ialah Bonus Link sahaja. Itu yang letih tu!!!!!
