FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / KESELAMATAN JALANRAYA. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / KESELAMATAN JALANRAYA. Show all posts

Wednesday, 14 July 2010

SAMAN EKOR : CETEKNYA AKAL PEMIMPIN PAS !!!!!




KUALA LUMPUR, 12 Julai: PAS merasa kesal, di atas sikap kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak menyenarai hitam pesalah trafik melalui saman ekor sehingga mereka tidak dibenarkan untuk membaharui cukai jalan.

Dimaklumkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh PDRM. .....................................................................................................................................................

"Tindakan saman ekor memang bertujuan untuk mendapat wang, .............................................................................................

Logikkah saman ekor di kawasan berkenaan, mana ada kenderaan sekarang yang berjalan 60km/jam di jalan raya.

PAS berpandangan, katanya, bahawa memang kerajaan kekurangan wang sekarang, setelah GST yang ditangguh pelaksanaan kerana mendapat penentangan yang hebat daripada Pakatan Rakyat.

"Mungkin kerajaan telah terlepas peluang kerana lesen judi bola yang tidak berani diluluskan kerana ditentang dengan hebat oleh rakyat. Sebab itu tidak hairanlah kepada kita kenapa Datuk Seri Najib menyokong tindakan polis dan JPJ. Maka satu lagi projek 1Malaysia rakyat didahulukan, saman diutamakan
," katanya. ........................................................................Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mengeleng kepala kita dibuatnya. Inilah pandangan paling dangkal dan begitu bodoh dari seorang pemimpin politik apatahlagi yang kononnya berjiwa islam.

2. Pandangan dan komenya seperti sampah terbuang. Tak ada hujah langsung. Hanya kerana saman ekor , Idris Ahmad mengatakan ini caranya kerajaan nak mencari duit. Juga bagi mengantikan duit judi sukan yang hilang.

3. Letih dibuatnya. Kalau cakap kedai kopi kira ok lah. Ini mengaku pemimpin tetapi hujahnya begitu dangkal.

4. PG pun tak setuju saman ekor dilaksanakan dan kerana kegagalan saman kenderaan kita di senarai hitam untuk pembaharuan cukai jalan. Saman ekor PG setuju. Tetapi bab kerana tak bayar saman ekor , kenderaan di senarai hitam / tak boleh bayar cukai jalan adalah satu tindakan yang di luar undang-undang. Dalam undang-undang jalanraya , setakat yang PG baca, tak ada pula memberikan kuasa kepada JPJ atau PDRM untuk senarai hitamkan kenderaan yang tak bayar saman ekor atau saman biasa pun.

5. Sepatutnya mereka yang gagal bayar saman, perlu diheret ke mahkamah. Kemudian mahkamah yang menentukan hukumannnya. Ini dah jadi lain. Penguatkuasa seperti JPJ dan PDRM sudah mula mengambil peranan mahkamah. Mengapa perlu bayar saman? Mungkin mereka yang kena saman tidak bersalah dan minta dibicarakan? Jadi mengapa di senarai hitamkan mereka seolah mereka sudah bersalah. Pada hal mereka belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Jika mereka tak bayar saman , maka boleh bawa mereka ke mahkamah. Bukan senarai hitamkan kenderaan dan pemandu ini.

6. Selain itu, cara yang sah patut digunakan. Seperti Singapura, terdapat dalam undang-undang jalanraya mereka mengenai tindakan senarai hitam bagi mereka yang tidak menjelaskan saman. Jadi undang-undang membenarkan penguatkuasa melaksanakannya.

7. Oleh yang demikian , jadikan perkara mengenai kuasa untuk senarai hitamkan kenderaan yang tidak menjelaskan saman ini sebagai satu undang-undang. Buat pindaan / tambahan dalam undang-undang jalanraya kita mengenai kuasa senarai hitam ini. Bukan pakai hentam keromo dan pakai otak sendiri sahaja.

8. Kepada Idris Ahmad : Pergi belajar dan bercampur gaul sikit dengan spesis manusia lain di luar PAS tu. Dengan berbuat demikian mungkin , otak anda ankan lebih terbuka. InsyaAllah. Satu lagi, jangan belajar ilmu agama aje, ilmu dunia pun perlu ditambah. Jadi tak le cakap anda itu nampak sangat kedunguannya.

PETA PELAYAR