

GEORGETOWN: Seramai 19 orang termasuk tiga wanita ditahan selepas menghalang tugas polis mengawal keselamatan di Kampung Buah Pala di sini. Turut ditahan ialah peguam penduduk kampung berkenaan, Darshan Singh. Mereka ditahan kerana menghalang anggota polis yang mengiringi pihak pemaju dan pegawai mahkamah memasuki kawasan kampung itu untuk kerja meroboh rumah penduduk. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Senyap sunyi parti DAP, PKR dan PAS. Juga tidak berbunyi suara DSAI, Mahfuz, Lim Guan Eng, Gobalakrisnan, AMK( Iskandar ), Dr Hassan Ali, P Ramasamy, Mansur ( TKM 1 ) , Gobind singh Deo, Majlis Peguam, SUHAKAM, Semuanya sudah bisu barangkali.
2. Jika tidak sebelum ini bagai nak runtuh negara ini jika pihak polis menangkap mereka yang menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah haram/ setinggan.
3. Majlis Peguam dan berbagai pihaklah termasuk PAS dan DAP tak kering gusi dan air lior mengutuk PDRM dengan mengatakan anjing kerajaan lah, tangan-tangan ghaib, hamba kerajaan dan berbegai gelaran buruk kepada polis jika menangkap penghuni setinggan yang menghalang perobohan. Kali ini diam membisu.
4. Sepatah haram tidak ada komen dari mahfuz, mahjis peguam, suhakam, PAS, PKR dan DAP mengatakan ini tindakan kejam, melanggar hak asasi manusia dan sebagainya.
5. Mengapa membisu. Berilah komen tentang tindakan " kejam " dan " tidak berhak asasi manusia ini" yang di " lakukan " oleh PDRM.
6. Minta komen sikit dari kumpulan yang disebutkan di atas. Jika kerajaan BN yang terlibat maka PDRM akan di maki hamun separuh nyawa. Juga di lihat blog-blog hipokrit pembangkang pun semuanya bisu . Tak ada yang menulis mengenai isu "kejamnya polis"dalam tangkapan ini. Biasanya andalah juara bab setinggan ini dan juara menentang tangkapan oleh polis. Terkena batang hidung sendiri : senyap membisu. Majlis peguam pun sama. Jadi kita tahu siapa dan apa itu majlis peguam.
7. Inilah hipokrasi dan munafiknya parti dan pemimpin serta kumpulan ini. Nasib kau le penduduk Kampung Buah Pala.
8. Yang mampu Lim Guan Eng ucapkan kepada penduduk ini ialah " kerajaan negeri tidak mempunyai kaitan dengan kerja meroboh dan "Ini adalah urusan pemaju, koperasi dan perintah mahkamah," katanya. - Bernama " KLIK
9. Kalau sebelum jadi kerajaan dulu segala hal setinggan dialah juara dan menyalahkan kerajaan bila merobohkan setinggan. Kena kepala sendiri baru tahu. Baru nampak kedunguannya.
