FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / KICKDEFELLA. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / KICKDEFELLA. Show all posts

Thursday, 14 January 2010

KELANTAN RUGI RM 50 JUTA AKIBAT TGNA DIPERBODOHKAN OLEH MENANTU : KICKDEFELLA !


Di petik dari blog : Kickdefella


Akibat langsung daripada kepandaian terlampau Almenantunya Nik Abdul Aziz, mesyuarat exco Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk membayar sejumlah RM23 juta ringgit dari wang hasil pendapatan Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta.

Pembayaran yang telah dipersetujukan itu adalah bagi menyelamatkan beberapa titik air muka YAB Menteri Besar Kelantan daripada tertumpah akibat dituduh cakap tak serupa bikin.

Pada 6hb Mac 2008, iaitu dua hari sebelum pilihanraya umum ke 12, YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MOU) bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan 2 buah persatuan perniaga dan penjaja di sekitar Kota Bharu. Di antara lain, kandungan MOU itu menjanjikan bahawa Projek Bazaar Tok Guru yang akan dimajukan oleh PMBK adalah sebuah projek tidak berorientasikan keuntungan. Ia lebih kepada hasrat murni MB untuk melihat para penjaja dari pasar lambak arked UDA dan peniaga pasar lama MPKB mendapat tempat baru yang lebih selesa untuk meniaga.

Tetapi, seperti yang didedahkan didalam blog ini sebelum ini, Almenantunya Nik Abdul Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab Rahman telah dengan penuh rendah diri memperhambakan harta kerajaan kepada pemaju swasta bernama Sensa Timur Sdn Bhd.

Ariffahmi yang memakai gelaran Ir. tanpa ditauliahkan untuk menurunkan tandatangan sebagai seorang jurutera profesional telah masuk ke dalam rundingan dengan Sensa Timur Sdn Bhd bagi memajukan sebidang tanah Kerajaan Negeri di Jalan Sultan Ibrahim iaitu tapak lama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Tanah seluas 5.9 ekar itu pada asalnya dirancang untuk dimajukan sendiri oleh PMBK bagi pembinaan Hotel dan Servis Apartmen Madinatul Raudhah.

Di dalam perjanjian yang amat bijaksana oleh Almenantunya Nik Abdul Aziz, seluas 1.5 ekar diperuntukan untuk pembinaan Bazaar Tok Guru. Baki 4.4 ekar yang bernilai hampir RM30 juta pula dipindah milik selama 99 tahun kepada Sensa Timur Sdn Bhd sebaik sahaja Bazar Tok Guru disiapkan oleh Sensa Timur.

Apa yang PMBK dapat daripada perjanjian itu, hanyalah tingkat 2 dan 3 bangunan Bazar Tok Guru itupun selepas PMBK membayar balik sepenuhnya pinjaman RM5.5 juta yang Almenantunya yang bijaksana pinjam bagi PMBK dari pemaju Sensa Timur itu. PMBK dan Kerajaan Negeri tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada sebarang aktiviti pembangunan di tanah seluas 4.4 ekar tersebut selama hampir satu abad.

Apabila dipersoalkan oleh seorang exco kewarasan untuk masuk perjanjian dengan Sensa Timur, Almenantunya berkata ia adalah kerana Sensa Timur telah bersetuju untuk menderma bagi sekolah Tok Guru di Pulau Melaka. Sekolah tersebut diuruskan oleh anak-anak lelaki Nik Aziz.

Antara punca kecurigaan di dalam pemberian kontrak kepada Sensa Timur ialah kerana sebelum ini Sensa Timur telah membina Bazar Tengku Anis yang menghadapi banyak rungutan daripada peniaga. Diantara alasan mengapa peniaga tidak mahu berpindah ke situ ialah kerana ruang niaga yang amat sempit. Akibatnya, Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam terpaksa mengambil tindakan ‘Islamik’ dengan satu aksi ‘bail out’ berjumlah lebih kurang RM18 juta kepada Sensa Timur berserta pemberian tapak dan bangunan Pasar Lama MPKB di tengah-tengah bandar kepada Sensa Timur dengan hanya berharga RM3.8 juta sahaja.

Urusan ‘Islamik’ MPKB Bandar Raya Islam kepada Sensa Timur ini menimbulkan seribu satu pertanyaan, kebetulan pula di dalam proses Membangun Bersama Islam, seorang mak Datin dari pihak Sensa Timur mempunyai hubungan amat intim dengan Datin Sabariah, isteri Tuan Guru Nik Aziz dan ibu mertua kepada Almenantunya. Apatah lagi abang ipar Almenantunya yang menjolok dirinya sebagai Al Fadhil Nik Abduh Bin Dato’ Nik Abdul Aziz duduk sebagai Ahli Majlis MPKB Bandar Raya Keluarga Islam Pulau Melaka.

Di dalam waktu yang sama, Al Fadhil abang ipar ini yang juga ahli lembaga pengarah sebuah lagi agensi milik Kerajaan Negeri telah memindah nombor pendaftaran PAS 17 miliknya dari SUV CRV ke sebuah MPV bernilai lebih kurang RM240,000. Al Fadhil juga dilaporkan baru membeli rumah kedai bernilai RM500,000 di Rantau Panjang.

Sebelum Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah bersetuju untuk memberikan tingkat 1 (tingkat bawah) Bazar Tok Guru sebagai tempat penempatan semula para penjaja dan peniaga yang akan berpindah ke situ dari tapak lama mereka di Arked UDA dan Pasar Lama MPKB. Apabila Almenantunya membuat perjanjian yang bijaksana yang berorientasikan keuntungan maha besar sebagai hantaran kasih sayang kepada Bapa Mertuanya, para peniaga ini telah diarahkan membeli ruang niaga di tingkat 2 dan 3 sahaja. Tingkat bawah telah Almenantunya berikan kepada Sensa Timur dan termaktub di dalam perjanjian.

Membangun Bersama Islam mesti cakap serupa bikin. Jadi para exco terpaksa bertungkus lumus mencari penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan air muka Tok Guru yang masih beranggapan Almenantunya adalah lelaki muda terhebat di Kelantan. Kemelut ini akhirnya terhumban ke atas bahu YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yacob.

MB berhadapan dengan tindakan saman oleh Sensa Timur jika ianya bertindak dengan tidak menghormati perjanjian PMBK dengan Sensa Timur. Almenantunya pula sudah mengambil deposit dari pihak-pihak yang diberi diskaun membeli ruang niaga di tingkat 2 dan 3 Bazar Tok Guru. Akhirnya Kerajaan PAS Kelantan yang dilantik oleh rakyat untuk membela rakyat terpaksalah mengambil RM23 juta dari kantung kecil Perbendaharaan Negeri untuk membayar pampasan kepada Sensa Timur Sdn Bhd.

Maka akan larilah bajet sebanyak RM23 yang sepatutnya digunakan untuk faedah rakyat yang mengundi dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu.

Kerajaan Negeri akan kehilangan hampir RM50 juta. Hampir RM30 juta ialah kehilangan dari hasil pemberian tanah Kerajaan Negeri kepada Sensa Timur dan RM23 juta kerana menebus maruah Tok Guru dengan mengambil balik tingkat bawah Bazar Tok Guru. Ini adalah jasa besar Almenantunya Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Menantu kaki bohong
Namanya Ariffahmi.

Penghuni Gua : Fikirlah sendiri. Bukan kami yang kata . Orang PAS juga yang dedahkan iaitu Kickdefella. Orang kuat Husam . MEMBANGUN BERSAMA ISLAM*&^%$%^&*)(*&$#$%^&*()(*^%$%^&*()

2. Rupanya TGNA dan exco PAS ini tak cerdik mana pun. Cakap bukan main. Komplain semua segi kalau yang kerajaan buat untuk baiki ekonomi rakyat. Semua tak betul . Kalah pakar-pakar ekonomi dunia kalau dengar mereka menghentam kerajaan dalam parlimen atau di ceramah-ceramah. Rupanya diperlekehkan oleh budak mentah menantu TGNA aje.

3. Alahai........................(*&^%$%^&*()(*&^%$#$%^&)(*&^%$%^&*( Mahfuz ada jawapanya kot? Doa bala TGNA semakin termakbul, malangnya ia kena pada batang hidung sendiri. Allah Maha Besar, Allah Maha Kaya. Itulah isyarat dan petunjuk yang Allah berikan . Itu pun jika kita mahu berfikir.

Thursday, 12 November 2009

NASIB KICKDEFELLA :SI PEMBALIK BENDERA ..... KESIAN !




Pemecatan seorang pegawai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kelmarin tiada kena-mengena dengan dakwaan salah guna kuasa dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) itu, kata ketua pegawai eksekutifnya.

"Dia (Syed Azidi Syed Abdul Aziz) tidak masuk pejabat. "Dia tidak laporkan kerjanya kepada saya, dia tidak pernah pohon cuti. Dia tidak pernah tunjuk cuti sakit," kata Mohd Ariffahmi Abd Rahman. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah nasib dan balasan kepada seorang blogger upahan PAS yang satu ketika dahulu membalikkan bendera Malaysia di blog nya.

2. Dulu , si Kick inilah yang beraja di mata bersultan di hati. Si Kick ini jugalah ayam sabung PAS, Dia disanjung dan dipuja separuhnya. Bila dia dituduh di mahkamah atas perbuatannya menterbalikkan bendera Malaysia di blognya, pendokong PAS buka main marah dan mengecam kerajaan separuhnya.

3. Kata-kata dan tulisan Kick ini bawah sikit aje tarafnya dari sabda TGNA kalau tak lebih pun pada pandangan orang PAS.

4. Sekarang , Kick hanya merempat ditepi jalan dan mula terpekik terlolong menjerit minta tolong dan menggugut nak dedah itu, nak dedah ini, nak dedah dalang yang menyebabkan dia ditamatkan perkhidmatannya di Perbadanan MB Kelantan.

5. Dedah aje le. nak tunggu apa lagi. Nak memancing apa lagi Kick. Dedah aje kalau dah ada bukti. Kau ni cakap aje lebih dari dulu.

6. Moral kisah ini senang aje: Kita , kalau jadi penulis atau blogger upahan ini, nasibnya beginilah. Takat dapat gaji RM 4,000 tu tak usah berlagak sangat. Cara tulisan kick ini dalam menghentam kerajaan , ingatkan PAS bagi le gajinya RM 10 k ke atas ke. Ok le juga. Ini takat RM 4k aje upah untuk blogger ini. Sengkek sangat le nampaknya.

7. Jadi kepada Bloggers seperti PG ini, kita kekalkan cara kita. Tak berpihak dan diarah sesiapa. Kita menulis atas kerelaan diri sendiri dan kesedaran bagi membela bangsa , agama dan negara kita. Otak kita pun tak terkongkong. Kita pula bebas nak tulis apa sahaja sebab kita tiada sebarang kepentingan dengan mana-mana pihak. Salah pada pandangan dan nilaian kita ! kita bantai aje , tak kira kerajaan ke atau pembangkang.

8. Juga moral dari kisah ini ialah : Inilah nasib blogger dan nilai seorang blogger pada pandangan PAS. Mereka hanya nak gunakan anda sahaja Kick ! Dan mereka yang serupa dengannya. Masa nak kudakan Bloggers, mereka buat seminar dan bengkel Bloggers di Perak. Jika dah tak guna, maka nasibnya akan berakhir seperti KICKDEFELLA.

9. Selamat tinggal KICK. Suara anda pun sudah tak laku gadai lagi. Tak ada yang nak mengendahkannya. Kepada Bloggers seperti PG : Kita berdirilah di atas kaki sendiri. Dan jangan terlebih lagak seolah kitalah segalanya di dunia blogger.

10. Piiiiiiiiiiiiiiiiiiiirahhhhhhhhhhhhhhhh.

11. Opssst : Kepada Kickdefella, cadangan PG agar pergilah jumpa DSAI. Ajarkannya cara bersumpah liwat mengikut islam seperti yang diajarkan oleh TGNA kepada anda. Itu lebih afdal.

PETA PELAYAR